Monday, 24 September 2012
JET PERIBADI - TIAN CHUA KATA JIMAT,NURUL IZZAH KATA BUKAN WANG RAKYAT, PAK SHEIKH KATA DITAJA ???
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan jet peribadi yang dinaikinya bersama pimpinan pembangkang pertengahan bulan ini adalah ehsan ‘tajaan’ daripada seorang kenalan.
Tanpa mendedahkan identiti pemilik jet berkenaan, Anwar malah mengharapkan ‘tajaan’ seumpama itu terutamanya menjelang pilihan raya umum akan datang.
“Saya tak ada masalah (naik jet peribadi). Kalau ada ruang, saya nak pinjam lagi terutama dekat pilihan raya…saya nak pinjam,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen di sini, Isnin.
Mengulas lanjut mengenai peminjam jet peribadi itu, Anwar berkata beliau dihubungi individu berkenaan bagi mendapatkan persetujuan untuk menaja pakej perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak.
“Rekod siapa punya jet itu ada pada DCA (Jabatan Penerbangan Awam). Jet itu berpangkalan di Kuala Lumpur.
“Saya dihubungi seseorang untuk diberikan kebenaran. Dia kata kalau ditanya (identiti pemilik jet) kata kawan tolong uruskan.Setakat itu sahaja yang saya boleh jawab. Macam kalau kereta saya rosak, saya minta tolong (pinjam) kereta kawan,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan kontroversi gambar Anwar bersama pemimpin pembangkang menaiki sebuah jet peribadi dari Terminal Sky Park Subang untuk ke Labuan, Sabah pada 15 September laluyang menjadi topik hangat di internet.
Menurut pendedahan blog yang memetik kenyataan akaun Twitter Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua beberapa hari lalu, jet peribadi itu dinaiki Anwar bersama-sama para pemimpin pembangkang lain ke Labuan dan Kota Kinabalu, dipercayai bagi menyambut perayaan Hari Malaysia.
Mengulas lanjut mengenai penyebaran gambar tersebut, Anwar berkata ia sengaja disebarkan bagi mengelakkan sebarang spekulasi negatif.
“Mengapa kita izinkan Tian ambil gambar? Ia sebab saya tak mahu perkara ini dirahsiakan. Sebab itu sengaja kita sebarkan di facebook,” katanya.
Dalam pada itu Anwar turut menafikan sebarang dakwaan yang mengaitkan wujudkan unsur rasuah disebalik penajaan jet peribadi tersebut.
“Saya semak jika wujud unsur berkepentingan di Selangor, tapi tak ada. Saya bimbang juga kalau dia nak tanah atau kontrak di Selangor…tapi tak ada,” katanya.
SEMENTARA itu dalam entri di blog novandri.blogspot.com mendakwa pemimpin pembangkang itu menuduh kerajaan Barisan Nasional membazir kerana sering menggambarkan diri mereka pandai berjimat cermat dan mengembara dengan menaiki syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia.
“Ramai penyokong telah tertarik, malangnya ini semua hanya satu lakonan.
“Cerita terbaru mengenai Anwar menaiki jet peribadi bersama-sama pemimpin PR sudah pasti akan meninggalkan kesan serta persepsi negatif daripada rakyat,” kata blogger tersebut.
Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, adalah satu ironis apabila pembangkang sering menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan kerajaan suka membazir, sedangkan mereka menaiki jet peribadi untuk pergi berkempen.
“Walaupun perkhidmatan tersebut dibayar oleh pihak tertentu, rakyat tetap ada hak untuk mengetahui sama ada ia dibiayai oleh pihak antarabangsa atau orang tempatan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang berkata: “Sekalipun ia hanya dipinjamkan, mereka harus sedar tiada makanan tengah hari percuma di dunia hari ini.”
Menjawab reaksi terhadap kritikan yang dilemparkan kepadanya, Anwar pada Sabtu menulis di laman Twitternya,: “Apa isunya? Seorang kawan telah merancang untuk memberi pinjam jet peribadinya.”
Sambil mempertahankan tindakan bapanya, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar turut menghantar tweet: “Apa isunya dengan perjalanan menaiki jet peribadi yang dipinjamkan oleh seorang rakan? Ia bukan kepunyaan kami, bukan dengan duit rakyat.”
Tian Chua berkata, mereka telah pergi ke beberapa tempat di Sabah dan Sarawak pada hujung minggu ketika cuti hari Malaysia.
Beliau menambah adalah lebih murah dan menjimatkan masa menyewa jet peribadi berbanding pesawat komersial. (Mstar.com.my)
Labels:
Anwar Ibrahim,
Jet peribadi,
Nurul Izzah,
pkr,
Tian Chua
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ENTRI POPULAR
-
Gambar hiasan "Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetap...
-
SUNGAI BESAR – Calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar menunaikan tanggungjawabn...
Blog Archive
-
▼
2012
(1542)
-
▼
September
(232)
- DAPig & NGO BANTAH DI RAPID PENGERANG BUKANNYA PEN...
- 20 ORANG PKR MANAKALA PAS BERAPA ORANG.....??? JIK...
- 'APA KATA KALAU PAKATAN MEMERINTAH ?? TIDAK ADA NE...
- FOTO !!! MUNGKIN KITA AKAN LIHAT JIKA PAKATAN JADI...
- SAH !!! NGO DAN PENDUDUK DI PERGUNAKAN OLEH PEMBAN...
- BANGKAI ULAR LA PULAK !!! NI MESTI TUDUH UMNO YANG...
- BERUK BERJIHAD MEMPERTARUHKAN NYAWA UNTUK ANAKNYA !!!
- BAJET 2013 !!! PEMIMPIN PEMBANGKANG TIDAK DAPAT ME...
- LEPAS TONGKAT APA LAGI YANG AKAN DILELONG OLEH NIK...
- BAJET 2013 BUAT ANWAR JADI SASAU DAN PAKATAN TERUS...
- SEKADAR KONGSI PENGALAMAN - KISAH BOMOH
- 170,000 TIDAK PERLU MEMBAYAR CUKAI - TERMASUKLAH P...
- PESARA PUN TURUT MERASA IMBUHAN DARI BAJET 2013
- BAJET 2013 !!! "ANWAR HANYA PANDAI BERKOKOK SAHAJA...
- BR1M 2.0 SEBANYAK RM250-RM500 - PM
- SYUKUR SANGAT2 !!! BONUS PENJAWAT AWAM DITAMBAH 1 ...
- FOTO !!! MAJLIS PERKAHWINAN LIN DAN
- GADIS MELAMPAU MENERIMA PADAH !!!
- AMBO TAK MAHU JADI CALON PRU - BOB LOKMAN
- BABAI MAK...SATU CERITA MENYAYAT HATI !!!
- TOK GURU PAS DULU DAN KINI - SIRI 1
- BIAR BETUL !!! PEMUDA PAS DITANGKAP KHALWAT ???
- MUHYIIDDIN TERGELAK MELIHAT BELANJAWAN PR !!!
- HINA NABI - GILIRAN MAJALAH SEPANYOL PULA TERBIT K...
- LEMBAGA MKINI DOTCOM ADA KAITAN DENGAN SOROS ???
- BELANJAWAN PR TERBAIK UNTUK RAKYAT SABAH & SARAWA...
- BERSIH 3.0 DALAM PERCUBAAN SPM - KPM TIDAK BERTANG...
- SANGAT PEMURAH BAJET 2013 !!!
- MENANGANI ISU MENGHINA ISLAM DAN RASULULLAH
- ANTARA SAKIT PINGGANG DAN URUT BELAKANG SERTA JET ...
- BERKARAOKE SAMBIL BERSENDA BERSAMA GADIS SEKSI GIL...
- HINA ISLAM !!! MOHON MAAF DAN RUMAH GOPINATH DISERANG
- RUPANYA BAS PKR ADALAH BALASAN PEMBELIAN LORI SAMP...
- DULU APEK,SEKARANG INDIA PULAK MENJADI SEBAHAGIAN ...
- DULU BAS MEWAH, SEKARANG JET MEWAH PULAK, LEPAS NI...
- DI LOKASI MANAKAH ANWAR BERADA SEMASA DEMONTRASI P...
- VIDEO! !! 2 BETINA MELAYU 'ISLAM' TUMPANG BILIK AW...
- KENA SERANG KE ATAU PUKUL DIRI SENDIRI ???
- MANSOR GELAR GUANG ENG DIRAKAM ???
- LAYAKKAH DIPANGGIL BAPA KENCING NEGARA ???
- "NAK JADI USTAD SANGAT TAPI BODOH" - USTAD AZHAR I...
- JET PERIBADI - TIAN CHUA KATA JIMAT,NURUL IZZAH KA...
- CUBAAN MENAMATKAN RIWAYAT HIDUP KETUA PEMUDA KEPON...
- TIDAK BERLAKU PENCERAIAN ANTARA SAYA DAN SUAMI - V...
- DARI FAIL LAMA !!! NIK AZIZ DAN BENTENG PENAHAN OM...
- YAHUDI SANGAT MARAH DENGAN IKLAN INI !!!
- CECAH 60 JUTA MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SULTAN BRUNE...
- BIAR BETUL !!! BEKAS PEGAWAI AGAMA SELANGOR MENGAK...
- RUPANYA MADRASAH AL-TAQWA MARKAS AJARAN SESAT ???
- DARI FAIL LAMA !!! JAWAPAN NIK AZIZ BERKAITAN HAKI...
- VIDEO DEMONTRASI !!! UNIT AMAL PAS VS PAS PRO SYIAH
- BANTAHAN HINA NABI ATAU KEMPEN PRU13 ???
- NIK AZIZ MEMULAKAN DAN ORANG LAIN MENGIKUTINYA....
- YAKIN KUASAI 15 IPTA SELASA INI - PRO ASPIRASI
- LAGI PENGHINAAN PADA KALIMAH ALLAH - TERTERA KALIM...
- CUKUP2LAH PAIRIN JADI WAKIL RAKYAT !!! BAGI PELUAN...
- PENANG - 300 AHLI PAS LOMPAT DAN KELUAR PARTI SERT...
- LAWAK ANTARABANGSA DARI ABBY UNTUK PEMINATNYA....
- MUNGKINKAH INI GAMBAR MAYAT TANGKI AIR TAMAN TITIN...
- SISWA JUANG DIPLOMASI BUKAN DEMO - ASPIRASI
- JIN AJAK 'GADIS API' BERLAWAN GUNA PARANG ???
- JAMBATAN KEDUA SULTAN YAHYA PETRA DIJANGKA SIAP TA...
- NIK AZIZ 'KENALIN' BERHADAPAN DENGAN DAP - 'Innonc...
- DS JAAFAR SHAARI DIDAKWA MEMBUNUH !!!
- NURUL IZZAH NAK KEMANA TU ? NAK BERDEMO KE NAK KE ...
- HANYA PAK GUARD YANG TERIMA MEMORANDUM - KETUA PEM...
- MELAYU JANGAN TERPEDAYA DENGAN DAP - TUNKU ABDUL AZIZ
- KENAPA BARU SEKARANG HJ HADI MENYAMAN DR MASHITAH ???
- ADAKAH FILEM HINA NABI WUJUD ???
- PERKEMBANGAN SEMASA HIMPUNAN AMAN DI KEDUTAAN AS -...
- VIDEO !!! MUFTI PERANCIS FASIH KECEK KELATE
- WANITA ISLAM PERLU JAGA 13 PERKARA !!!
- BIAR BETUL !!! ADA ANJING DALAM BERNAMA @ NST ???
- PADERI GAY CIPTA SEJARAH DI MALAYSIA
- LAGI MANUSIA APEK BIADAP DIJUMPAI - PIJAK FOTO PM !!!
- PAS PUNYA PENANGAN !!! DEMO PROTES HINA ISLAM PUN ...
- REMAJA SEMAKIN HILANG PEDOMAN - BERDOA TENGAH BUAT...
- VIDEO !!! PEREMPUAN DITANGKAP MENCURI DI RUMAH PEN...
- BAJET 2013 - PENJAWAT AWAM SEDIA KERJA LEBIH MASA ...
- MAHFUDZ OMAR DI AWAN AWANGAN SEOLAH2 SUDAH PEGANG ...
- PANDAI PULA NGEH TARIK BALIK & MINTA MAAF ISU TWEE...
- FILEM ANTI ISLAM - APAKAH USAHA KITA SEBAGAI MUSLI...
- DUN KELANTAN - BUKAN TAK ADA SOALAN TAPI TAK PERLU...
- DARI FAIL LAMA !!! NIK AZIZ DI MAJLIS PERARAKAN "K...
- BIAR BETUL !!! SANGGUP DIMAKI KARPAL ASALKAN DAPAT...
- CUEPACS KELUARKAN 6 TUNTUTAN UTAMA DALAM BAJET 2013
- MAJALAH PERANCIS PUN TUMPANG SEKAKI HINA NABI MUHA...
- LAWAK DAP LAWAK KURANG AJAR !!!!
- KADIAQ PERLU TAUBAT SEGERA - UFB
- GALAXY S4 AKAN KELUAR - SAMSUNG
- PORK BURGER ONLY IN SELANGOR - PBT LULUSKAN ???
- SIAPA DI BELAKANG YANG KIBARKAN BENDERA BARU PADA ...
- ADA BUKTI KE ORANG UMNO YANG BUAT ??? ORANG UMNO B...
- SEMBANG ISU SEMASA BERSAMA RAKAN AJK PERKASA KELANTAN
- FILEM HINA NABI MASIH BOLEH DI TONTON DI YOU TUBE !!!
- DIA NI HANYA RETI PEGANG JAWATAN AP TAPI KHIDMAT K...
- FILEM HINA NABI TIDAK BOLEH DIAKSES MELALUI INTERN...
- JANGAN DIROBOH PERPADUAN DI SABAH - LIEW VUI KEONG
- 135 BENDERA BN DIBAKAR DI PENGKALAN CHEPA !!!
- VIDEO !!! UAI BERSAMA JKK 'CHAAR' DI ATAS PENTAS
-
▼
September
(232)
Blog Archive
- June (28)
- January (3)
- December (15)
- October (10)
- September (36)
- August (35)
- July (23)
- June (11)
- May (21)
- April (16)
- March (117)
- February (24)
- January (16)
- December (12)
- November (19)
- October (78)
- September (36)
- August (12)
- July (41)
- June (63)
- May (65)
- April (98)
- March (240)
- February (74)
- January (109)
- December (103)
- November (96)
- October (109)
- September (232)
- August (188)
- July (200)
- June (99)
- May (172)
- April (257)
- March (69)
- February (5)
- January (12)
- December (2)
- November (3)
No comments:
Post a Comment