Disebabkan filem yang menghina agama Islam itu, ramai orang Islam di seluruh dunia membuat protes dan demonstrasi membantah filem tersebut, malah pemimpin2 dunia pun menyatakan bantahan dan kekecewaan mereka sebagai reaksi kepada filem itu.
Apa sebenarnya yang kita boleh buat sebagai tanda protes terhadap filem anti-Islam ini? Banyak caranya, kalau anda nak menyatakan protes dan bantahan anda dengan melakukan demonstrasi dan perhimpunan aman tanpa sebarang keganasan dan provokasi, silakan. Nak pergi ke Palestin berperang dengan tentera Israel, ikut suka anda. Kalau anda nak share informasi berkaitan isu ini di Facebook, Twitter, Blog, flyer, brochure dan lain2, boleh juga. Jika anda nak buat solat hajat, pun amat baik. Jika anda tidak mahu buat apa2 dan hanya mahu berdoa di dalam hati pun tidak apa. Malah kalau anda nak boikot produk2 buatan US / Israel Zionist seperti McDonald's, KFC, Nike, Facebook, iPhone dan lain2 pun terpulang, yang penting niat. Kalau ada kawan2 atau mana2 ahli politik non-muslim yang tak faham dengan isu ini dan agama Islam, terangkan dan beri dakwah kepada mereka.
Mungkin kepada sesiapa terutama yang bukan muslim boleh mula memahami dan belajar sedikit sebanyak pengenalan asas kepada Islam dan sejarahnya di sini, sebuah video pendek yang dibuat oleh mat saleh juga, sebab mungkin mereka lebih selesa bangsa mereka sendiri yang terangkan pada mereka dengan cara mereka sendiri.
Sumber
No comments:
Post a Comment