Bob atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman, 48, yang mengakui terabai dengan kefahaman Islam walaupun lahir dalam keluarga Islam keturunan ulama, bersyukur kerana diberi petunjuk untuk berjuang bersama Pas.
Bagaimanapun katanya, beliau tidak pernah berhasrat bertanding dalam pilihan raya atau menjadi wakil rakyat.
“Menawarkan diri untuk menjadi wakil seperti meletakkan sebelah kaki ke dalam neraka dan saya sememangnya tidak pandai menjadi wakil rakyat.
"Biarlah saya terus membantu Pas mengikut kemampuan,” katanya pada Majlis Jalinan Mesra Muslimat Pas Kawasan Pasir Puteh bersama Bob Lokman di sini, kelmarin.
Bob Lokman memang dikenali dalam industri hiburan dan keputusan beliau menjadi ahli Pas memulakan fenomena penyertaan ramai selebriti ke dalam parti itu seperti Aishah, Abby Abadi, Renggo Arrow dan Hairie Othman.
Ketika diminta mengulas fenomena itu, beliau berkata, mereka membuat pilihan tersebut kerana menyedari Pas lebih baik berbanding parti lain di negara ini.
“Apabila usia meningkat, pemikiran semakin matang lalu mereka memilih untuk menyokong kebenaran dan peribadi baik Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga merupakan faktor orang tertarik untuk bersama Pas. - Sinarharian
PT
Kesedaran artis untuk bertaubat adalah bagus.. tapi harus diingat join PAS bukan tiket diterima taubat. Adalah dikhuatiri masuk PAS akan bertambah dosa sebab mendengar ceramah pemimpin PAS yang suka maki hamun..buat fitnah. Hasad dengki dan putar belit, kalau nak bertaubat buat lah amalan dengan ikhlas.Tidak perlu menunjuk-menunjuk, pergi kelas agama, baca Quran dan tak payah nak kutuk-kutuk org lain dan merendah-rendahkan seseorang.
Apapun kita masing-masing
ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan
dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!
No comments:
Post a Comment