Showing posts with label Bob Lokman. Show all posts
Showing posts with label Bob Lokman. Show all posts

Friday, 28 September 2012

AMBO TAK MAHU JADI CALON PRU - BOB LOKMAN





PASIR PUTEH - “Setelah melalui segala jalan syahwat, ALLAH SWT memberi aku gambaran akhirat. Maka aku mencari kebenaran dengan masuk ke gerbang hijau yang bertonggak ulama dan ditakuti pencinta dunia,” demikian luah Bob Lokman selepas mengambil keputusan menyerahkan borang ahli Pas kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, awal tahun ini.

Bob atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman, 48, yang mengakui terabai dengan kefahaman Islam walaupun lahir dalam keluarga Islam keturunan ulama, bersyukur kerana diberi petunjuk untuk berjuang bersama Pas.

Bagaimanapun katanya, beliau tidak pernah berhasrat bertanding dalam pilihan raya atau menjadi wakil rakyat.

“Menawarkan diri untuk menjadi wakil seperti meletakkan sebelah kaki ke dalam neraka dan saya sememangnya tidak pandai menjadi wakil rakyat.

"Biarlah saya terus membantu Pas mengikut kemampuan,” katanya pada Majlis Jalinan Mesra Muslimat Pas Kawasan Pasir Puteh bersama Bob Lokman di sini, kelmarin.

Bob Lokman memang dikenali dalam industri hiburan dan keputusan beliau menjadi ahli Pas memulakan fenomena penyertaan ramai selebriti ke dalam parti itu seperti Aishah, Abby Abadi, Renggo Arrow dan Hairie Othman.

Ketika diminta mengulas fenomena itu, beliau berkata, mereka membuat pilihan tersebut kerana menyedari Pas lebih baik berbanding parti lain di negara ini.

“Apabila usia meningkat, pemikiran semakin matang lalu mereka memilih untuk menyokong kebenaran dan peribadi baik Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga merupakan faktor orang tertarik untuk bersama Pas. - Sinarharian



PT

Kesedaran artis untuk bertaubat adalah bagus.. tapi harus  diingat join PAS bukan tiket diterima taubat. Adalah dikhuatiri masuk PAS akan bertambah dosa sebab mendengar ceramah pemimpin PAS yang suka maki hamun..buat fitnah. Hasad dengki dan putar belit, kalau nak bertaubat buat lah amalan dengan ikhlas.Tidak perlu menunjuk-menunjuk, pergi kelas agama, baca Quran dan tak payah nak kutuk-kutuk org lain dan merendah-rendahkan seseorang.


Apapun kita masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

Sunday, 22 July 2012

PATUTLA NAK JADI CALON PRU13 RUPANYA ??




ROMPIN – Bekas pelawak dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman atau Mohd Hakim Lokman tidak menolak kemungkinan menjadi calon Pas pada pilihan raya umum (PRU) akan datang sekiranya diarahkan pucuk pimpinan tertinggi parti itu untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, Bob berkata, pemilihannya sebagai calon PRU itu bersyarat di mana beliau hanya akan bertanding jika Pas ketandusan calon di sesuatu kawasan hingga memaksanya memikul amanah tersebut.

Menurutnya, keputusan itu selaras dengan tuntutan fardu kifayah yang meminta perkara wajib dilakukan sebahagian masyarakat untuk menjaga kepentingan Umat Islam.

“Dalam hukum memang macam itu. Kalau sudah tiada orang, saya sanggup jadi calon kerana ia adalah satu kewajipan perlu dilaksanakan,” katanya kepada Sinar Harian semasa Ceramah Umum di Markas Pas Kampung Mentara. - sH


Sunday, 24 June 2012

BIAR BETUL !!! USTAD BOB SESAK NAFAS DI HOSPITAL PR?

Taiping- Bob Lokman yang mempunyai program di sekitar Taiping dan Larut ,dikatakan sesak nafas ,awal pagi tadi,di rumah penginapan di Kamunting. Beliau dibawa ke Hospital Taiping untuk mendapat rawatan.Dimasukkan di Hospital Taiping, di Wad D4. Tapi kalau tidak silap la..Hospital Taiping bukan hospital swasta? Yang pasti ustad Bob telah dirawat di hospital Kerajaan?

Untuk makluman. kira-kra 4 petang, beliau telah dibenarkan keluar dari WAD D4 Hospital   Taipng. Menurut Zam sahabat beliau ,Bob Lokman kini dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Buluh,Selangor. Semoga Ustad Bob Lokman sihat dan sentiasa dilindungi Allah S.W.T.

pT
Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

VIDEO !!! PAS UNTUK SEMUA - ABBY MASIH SAYANGKAN DUNIA ARTIS



Selepas Ustazah Aisyah disahkan sebagai ahli syurga PAS kini yang terbaru adalah Abby Abadi, ( tapi Abby cakap masih sayangkan dunia artis) beliau dikhabarkan akan mengikut jejak langkah Ustaz Bob Lokman dan Ustazah Aisyah menyertai PAS tidak lama lagi. Tertinggal seorang lagi di jangka akan mendapat status ustad jugak Ustad Haire Othman...betapa mudahnya status ustad di berikan kepada para artis oleh penganut2 Pas....

Orang PAS dah mula gelar Ustazah Abby , ramai pak haji, abang lebai PAS menaruh minat melihat janda beranak dua ini beraksi diatas pentas PAS selepas ni. Punyalah gelak pak haji dan pak lebai Pas bila Ustazah Abby bercakap. 

pT
Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive