Tuesday, 25 September 2012

MANSOR GELAR GUANG ENG DIRAKAM ???


PETALING JAYA – Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 Datuk Mansor Othman dilihat menjerat dirinya sendiri apabila rakaman percakapannya yang menggelarkan Ketua Menteri sebagai ‘sombong dan angkuh’ didedahkan.

Rakaman audio tersebut didedahkan menerusi Buletin Utama TV3 yang dirakam secara sulit, dipercayai suara dan keluhan Mansor terhadap DAP yang didakwa semakin bongkak setelah menang banyak kerusi dalam pilihan raya umum 2008.

Mansor dikatakan membuat kenyataan tersebut apabila ditanya berhubung tuntutan DAP terhadap kawasan yang ditandingi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Mesyuarat Strategik parti April lalu.

Kenyataan Mansor:

“Tidak tentu…belum finalized, dia very arrogant I tell you… Cocky and arrogant. It’s not easy. Now more arrogant. Because dia menang banyak. They are sure of winning 19 and they want more.

“Because by two more they can form their own government and they can, any two from us to be on their side and abandon us out,” katanya seperti yang disirakan Buletin Utama, malam Isnin. – MStar

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive