Sedangkan kata beliau, akhbar-akhbar berkenaan tidak mempertikaikan pendirian Umno yang tidak mahu meminda Perlembagan Persekutuan.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, hukum hudud bergantung kepada Perlembagaan Persekutuan yang diguna pakai oleh "Kerajaan Umno", yang dilaporkan bertentangan dengan hukum tersebut.
"Selepas mesyuarat Exco pagi tadi, saya ditanya tentang kenyataan Karpal Singh yang dilaporkan berkata hudud tidak boleh dilaksanakan kerana bertentangan dengan Perlembagaan.
"Tapi saya rasa sekarang Umno yang berkuasa hari ini dan menghalang hudud ialah Umno," kata beliau menerusi laman sosial Facebook semalam, mengulas perkembangan terbaru polemik pelaksanaan hukum hudud.
Semalam, akhbar tempatan melaporkan Karpal memberi amaran dengan pendirian Nik Aziz yang akan tetap mahu melaksanakan hudud dan bakal memberi kesan tidak baik kepada pembakang pada pilihan raya umum akan datang.
"Pas akan diberi nasihat secara mendalam agar mematuhi peruntukan Perlembagaan yang telah diterima pakai sejak negara mencapai kemerdekaan," katanya sebagai reaksi segera kepada pendirian baru Nik Aziz.
Justeru, Nik Aziz menambah jika Perlembagaan Persekutuan sendiri bertentangan dengan hudud, ia sendiri perlu dipinda. -sh
PT
Kalau betul nak buat hudud buat sajalah jangan banyak alasan itulah inilah dah hukum tuhan jalankan sajalah, kalau betul2 nak tegakkan hukum tuhan peduli apa dengan perlembagaan. Ini tidak, dekat2 dengan PRU maka timbulkan lah soal hudud. nampak sangat nak meraih simpati rakyat, terutama rakyat Kelantan yang cepta percaya apa saja yang keluar dari mulut MB mereka. Tau sokong membabi buta dan sanggup dibutakan mata dan hati bertahun2 lamanya.
Apapun kita masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!
No comments:
Post a Comment