Thursday 20 September 2012

CUEPACS KELUARKAN 6 TUNTUTAN UTAMA DALAM BAJET 2013



Cuepacs kelmarin telah mengeluarkan 6 senarai tuntutan utama Cuepacs bagi kerajaan pertimbangkan dalam Bajet 2013 terhadap 1.4 juta penjawat awam, kata Presidennya, Datuk Omar Osman.
“Kami berharap agar kerajaan, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, akan memberi pertimbangan sewajarnya kepada permintaan kami. Kami akan berpuas hati jika sekurang-kurangnya 70 peratus daripada permintaan kami dipenuhi,”
Enam senarai tuntutan skim baru yang diumumkan iaitu perumahan mampu milik di kawasan bandar, peningkatan elaun sewa, bonus 2012tambahan selain dari bonus setengah bulan yang diberi kebelakangan ini dan nasib 45,000 pekerja kontrak yang mana kontrak berakhir 31 Disember ini.

Beliau berkata permintaan tersebut bukan baru tetapi telah menjadi sebahagian permintaan Cuepacs sejak 2010 serta telah mencapai peringkat kritikal.
“Perumahan mampu milik di bandar untuk penjawat awam adalah isu yang paling terdesak. Kami berharap kerajaan dapat memperkenalkan dasar perumahan baru melalui Bajet yang memerlukan pemaju perumahan di bandar bagi mengeluarkan rizab 35 peratus daripada projek-projek mereka bagi membina rumah berharga RM60,000 dan RM150,000,”
Beliau juga menambah bahawa elaun perumahan sewa bulanan semasa sebanyak RM180 perlu ditambah dalam mencerminkan kadar pasaran sekarang.

Beliau berkata Kerajaan perlu menangani nasib beberapa 45,000 kakitangan kontrak yang mana tempoh mereka akan tamat pada 31 Disember 2012.

“Kebanyakan mereka yamg masih berusia antara 40 sehingga 50 tahun dan mempunyai tanggungan dengan pinjaman perumahan yang perlu dibayar.
“Kami berharap Kerajaan dapat mempertimbangkan sewajarnya bagi melanjutkan kontrak ataupun meletakkan mereka pada skim pencen dan skim kumpulan wang simpanan,”
Sebagai tanda komitmen jika tuntutan dipenuhi, beliau berkata cadangan tersebut akan dibawa ke Kongres Cuepacs bulan depan bagi mendapatkan persetujuan penjawat awam bagi tambahan 30 minit kerja setiap hari.
“Jika bersetuju dengan cadangan tersebut, kertas cadangan akan dikemukakan kepada Ketua Setiausaha kepada Kerajaan bagi mengeluarkan pekeliling untuk tujuan itu.”
Beliau berkata wakil jawatankuasa Cuepacs ‘persekutuan serta negeri telah berusaha berjumpa dengan Perdana Menteri dan timbalannya bagi terus membincangkan perkara tersebut. Bajet 2013 yang dijadualkan akan diumumkan pada 28 September.

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive