Showing posts with label Omar Osman. Show all posts
Showing posts with label Omar Osman. Show all posts

Friday, 21 September 2012

BAJET 2013 - PENJAWAT AWAM SEDIA KERJA LEBIH MASA JIKA TUNTUTAN DIPENUHI KERAJAAN !!!


KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkata lebih 1.4 juta penjawat awam sedia bekerja lebih masa jika 70 peratus daripada enam cadangannya dilulus kerajaan dalam Belanjawan 2013.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata penjawat awam akan bekerja lebih masa selama 30 minit tanpa ganjaran jika tuntutan mereka termasuk penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) diterima kerajaan.

“Cuepacs akan pastikan penjawat awam akan melakukan satu perubahan drastik dari segi budaya bekerja, kalau boleh kita datang 15 minit awal dan balik lewat 15 minit yang merupakan komitmen daripada penjawat awam bagi menghargai jasakerajaan meluluskan tuntutan tersebut,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Cuepacs ke-9 di sini, berkata penjawat awam masih menunggu perubahan dan penambahbaikan ke atas SSM setelah diumumkan pada 8 Mac lepas, susulan pembatalan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam.

Tuntutan lain ialah penyelesaian isu tangga gaji maksimum yang tidak selaras dengan kenaikan gaji tahunan; projek perumahan di bawah harga RM135,000 dalam kawasan bandar; menaikkan imbuhan tetap perumahan; kedudukan status 45,000 penjawat awam berstatus kontrak; bonus dua bulan gaji dan mengkaji semula pemansuhan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di peringkat pusat.

“Kebanyakan perkara ini kita sudah bangkitkan sejak 2010, kecuali isu berkenaan MBJ yang baru timbul dalam bulan Mei, dan kita sudah menghantar ‘written document’ kepada pihak berwajib, jadi kita harap perkara-perkara ini dapat diberikan 
perhatian,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Omar berkata Majlis Tertinggi Cuepacs akan mengadakan satu pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum Disember.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu yang akan dibincang pada pertemuan tersebut.

Thursday, 20 September 2012

CUEPACS KELUARKAN 6 TUNTUTAN UTAMA DALAM BAJET 2013



Cuepacs kelmarin telah mengeluarkan 6 senarai tuntutan utama Cuepacs bagi kerajaan pertimbangkan dalam Bajet 2013 terhadap 1.4 juta penjawat awam, kata Presidennya, Datuk Omar Osman.
“Kami berharap agar kerajaan, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, akan memberi pertimbangan sewajarnya kepada permintaan kami. Kami akan berpuas hati jika sekurang-kurangnya 70 peratus daripada permintaan kami dipenuhi,”
Enam senarai tuntutan skim baru yang diumumkan iaitu perumahan mampu milik di kawasan bandar, peningkatan elaun sewa, bonus 2012tambahan selain dari bonus setengah bulan yang diberi kebelakangan ini dan nasib 45,000 pekerja kontrak yang mana kontrak berakhir 31 Disember ini.

Beliau berkata permintaan tersebut bukan baru tetapi telah menjadi sebahagian permintaan Cuepacs sejak 2010 serta telah mencapai peringkat kritikal.
“Perumahan mampu milik di bandar untuk penjawat awam adalah isu yang paling terdesak. Kami berharap kerajaan dapat memperkenalkan dasar perumahan baru melalui Bajet yang memerlukan pemaju perumahan di bandar bagi mengeluarkan rizab 35 peratus daripada projek-projek mereka bagi membina rumah berharga RM60,000 dan RM150,000,”
Beliau juga menambah bahawa elaun perumahan sewa bulanan semasa sebanyak RM180 perlu ditambah dalam mencerminkan kadar pasaran sekarang.

Beliau berkata Kerajaan perlu menangani nasib beberapa 45,000 kakitangan kontrak yang mana tempoh mereka akan tamat pada 31 Disember 2012.

“Kebanyakan mereka yamg masih berusia antara 40 sehingga 50 tahun dan mempunyai tanggungan dengan pinjaman perumahan yang perlu dibayar.
“Kami berharap Kerajaan dapat mempertimbangkan sewajarnya bagi melanjutkan kontrak ataupun meletakkan mereka pada skim pencen dan skim kumpulan wang simpanan,”
Sebagai tanda komitmen jika tuntutan dipenuhi, beliau berkata cadangan tersebut akan dibawa ke Kongres Cuepacs bulan depan bagi mendapatkan persetujuan penjawat awam bagi tambahan 30 minit kerja setiap hari.
“Jika bersetuju dengan cadangan tersebut, kertas cadangan akan dikemukakan kepada Ketua Setiausaha kepada Kerajaan bagi mengeluarkan pekeliling untuk tujuan itu.”
Beliau berkata wakil jawatankuasa Cuepacs ‘persekutuan serta negeri telah berusaha berjumpa dengan Perdana Menteri dan timbalannya bagi terus membincangkan perkara tersebut. Bajet 2013 yang dijadualkan akan diumumkan pada 28 September.

Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive