Berikut petikan beberapa pemimpin utama pembangkang berhubung pembentangan semalam :
Anwar Ibrahim
"Belanjawan biasanya memberikan unjuran berdasarkan senario antarabangsa dan keupayaan domestik.
"Kedua-dua ini nampak tak disentuh sangat tapi nampak beberapa gimik politik yang agak keterlaluan."
"Tentunya ada beberapa isu kita boleh jawab umpamanya disentuh tentang perumahan yang besar tetapi tidak pernah dicapai seperti kita harapkan."
Lim Guan Eng
"Jelas bajet ini bajet pilihan raya kerana ia tidak mengambil kira keadaan fiskal atau keadaan kewangan negara.
"Kalau kita lihat belanja tahun lepas ia telah lebih belanja RM20 bilion.... Kalau kita lihat. Hutang naik 456 bilion tahun lepas kepada 502 bilion untuk akhir tahun ini."
"Jadi jelas ia bajet pilihan raya untuk beli undi tapi kita harap bukan sekadar beli undi tapi menjadikan kroni-kroni kaya sahaja."
"Kita lihat di sini yang dapat manfaat kroni-kroni dengan projek yang dijanjikan. Kita lihat kalau tahun depan Pakatan menang ini mungkin akan buat kita lebih susah lagi."
Khalid Ibrahim
"Ia (belanjawan) masih berkisar soal isu makro dan bukan isu-isu berkaitan rakyat."
Salahuddin Ayub
"Asas kekuatan ekonomi tidak disentuh secara kukuh dalam bajet kali ini. Banyak fokus yang menjurus kepada pemberian undi. Kena kembali kepada asas dan pecahkan sistem monopoli."
"Bajet yang sangat jelas menjurus kepada pemberian undi yang tidak dapat dielakkan ekoran terlalu banyak pengumuman pemberian tunai."
"Bajet Pakatan lebih bersifat fundamental dan punya objektif yang kukuh untuk menyelesaikan masalah rakyat jika memilih Pakatan."
Mahfuz Omar
"Ini bajet panik kerajaan kerana ia berasaskan pemberian yang diumumkan dan di akhirnya memang menyeru harapan rakyat supaya bagi peluang kepada Umno-BN sekali lagi.
Kerajaan panik dengan gelombang kebangkitan rakyat. Bajet yang tidak mengetengahkan reformasi kepada struktur ekonomi.
Ada lagi unsur ketirisan dan nak kayakan kroni bukan untuk rakyat.
Dengan hutang negara telah mencecah RM476billion hutang negara, kerajaan masih tidak mengemukakan langkah untuk membawa pulang semula RM1.08 trilion ke dalam negara."
Anthony Loke
"Ia untuk membeli pengundi dari pelbagai sektor. Gula-gula paling jelas ialah rebat pembelian telefon pintar RM200. Ia jelas mensasarkan pengundi pertama kali. Begitu juga dengan baucar dan sebagainya.
Penjawat awam dengan bonus sebulan setengah... Ini pertama kali bonus untuk penjawat awam naik kepada sebulan setengah.
Tujuannya untuk mendapatkan sokongan kelompok ini dalam pilihan raya."
Dr Dzulkefly Ahmad
"Jelas bahawa bajet PM seolah-olah tidak mengambil latar belakang fizikal dan hanya disusun untuk mendapatkan undi.
"Ini kita sudah jangkakan. Perbelanjaan sepatutnya bertanggungjawab dan ini berlaku sebaliknya."
"Segala pemberian one-off bermakna Najib hanya mahukan undi untuk pilihan raya umum."
"Ringkasnya, walaupun bajet PM dan belanjawan Pakatan bersifat popular dan populis - opular untuk memenuhi kesejahteraan rakyat - populis hanya memberikan beban pada rakyat."
Liew Chin Tong
"Belanjawan ini tiada idea baru dan hanya mengulangi dasar memberikan wang di sana sini serta membeli undi."
"Kenapa saya kata tiada idea? Ia seperti memberitahu pelajar "saya beri kamu wang untuk tuisyen" daripada memperbaiki kualiti pendidikan."
PT
Bangkitlah Rakyat Malaysia Semua.Bangun Jangan Asyik Khayal & Leka Dengan Janji Palsu Pakatan Rakyat.Lihatlah Bukalah Mata Hati & Akal Semua Yakinlah Bahawa Kerajaan Barisan Nasional Kini Sentiasa Menjaga Kesejahteraan Kepada Semua Rakyat Malaysia.Hidup UMNO/BN !!!
Apapun kita masing-masing
ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat, fikir-fikir dan renungkan
dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!
No comments:
Post a Comment