Friday 21 September 2012

PADERI GAY CIPTA SEJARAH DI MALAYSIA




Seorang paderi gay yang berkahwin dengan kekasihnya di New York tahun lalu dilaporkan telah mengadakan pesta perkahwinan di Malaysia, sebuah negara berpenduduk majoriti Islam,. Pasangan gay itu merasa bangga kerana kedua-duanya berjaya mencipta sejarah yang diyakini sebagai peristiwa pertama seperti itu di negara majoriti Islam.

Pasangan gay itu bernama NGEO Boon Lin, seorang keturunan Cina kelahiran Malaysia. Ngeo merupakan seorang paderi etnik Cina yang tinggal di Amerika Syarikat sejak 1998. Dia berkahwin dengan pasangannya yang bekerja sebagai produser muzik bernama Phineas Newborn III.

Kedua-duanya mengadakan resepsi pesta perkahwinan secara diam-diam pada Sabtu lalu yang dihadiri lebih dari 20 tetamu dan berlangsung cukup meriah. pernikahannya juga dihadiri sejumlah wartawan surat khabar berbahasa Cina yang sebenarnya sudah diminta untuk tidak melaporkan majlis perkahwinannya.

"Kami bersyukur telah membuat sejarah di Malaysia," kata Newborn.

Kajadian ini menarik kecaman dari pegawai Malaysia dan kumpulan agama ketika NGEO berkahwin dengan Newborn, pada bulan Ogos yang lalu. Walaupun Bonn Lin beragama Kristian, menteri kabinet Malaysia untuk urusan Islam bimbang perkahwinan itu akan menimbulkan kecaman di antara 28 juta penduduk Malaysia, termasuk Islam Melayu yang terdiri daripada hampir dua pertiga daripada penduduk.

"Ini hak saya untuk merayakan sukacita saya dengan orang yang saya sayangi," kata ngeo.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive