Saturday, 22 September 2012

MUNGKINKAH INI GAMBAR MAYAT TANGKI AIR TAMAN TITINGAN ???


Semenjak dua ini sekeping gambar memperlihatkan mayat reput dalam satu kawasan berair banyak beredar di Facebook dan blog.

Pada gambar itu tertulis bahawa itu adalah gambar mayat lelaki hampir reput di tangki air Taman Tititngan, Tawau, Sabah yang ditemui pada 12 Mei lalu.

Salah satu persoalan yang timbul apabila melihat gambar itu ialah apakah benar itu gambarnya? Atau itu gambar kejadian lain.

Namun, kalau tidak benar pun, satu yang pasti, dengan melihat gambar berkenaan, kita boleh lah mendapat serba-sedikit gambaran bagaimana mayat yang ada dalam tangki di taman itu pada tarikh berkenaan.

Inikah Gambar Mayat Tangki Air Taman Titingan?
Bila tengok gambar macam itu, baru dapat difahami dengan lebih jelas lagi rasa geli dan gangguan perasaan yang dihadapi penduduk taman berkenaan.

Memang elok sangatlah 337 penghuni perumahan Taman Titingan memfailkan tuntutan saman berjumlah RM100 juta terhadap Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan Jurunilai & Perunding Hartanah Sabah (JPHS) atas dakwaan cuai sehingga menyebabkan mayat hampir reput dijumpai di dalam tangki simpanan perumahan berkenaan.

(Baca kisah saman itu di sini)

Bayangkan kalau ada mayat manusia dalam tangki air dan air itu digunakan untuk memasak dan mandi….Ya Allah…tak boleh nak bayangkan betul.

Memang wajar tindakan penduduk itu semua. Mungkin rasa geli dan kekotoran yang dialami itu tidak akan hilang untuk satu tempoh masa yang lama, namun ia akan mengajar pihak berkuasa tempatan yang lain agar lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah mereka.

Diharap Mahakamah akan pertimbangankan dengan penuh kewajaran tindakan saman itu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive