Thursday 27 September 2012

BELANJAWAN PR TERBAIK UNTUK RAKYAT SABAH & SARAWAK - LAJIM UKIN

Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Lajim Ukin melihat belanjawan Pakatan Rakyat 2013 yang dibentangkan memberi satu impak yang amat besar kepada rakyat Sabah dan Sarawak.

Malah menurut beliau, perancangan Pakatan Rakyat yang ingin membina lebuhraya Pan-Borneo (Pan-Borneo Highway) amat dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Sabah dan Sarawak selama ini.

Pakatan Rakyat melalui belanjawan bertemakan 'Ekonomi Rakyat Negara Berkat' yang dibentangkan semalam meletakkan pembinaan lebuhraya Pan-Borneo serta penambahbaikan rangkaian landasan keretapi di Sabah dan Sarawak.


Beliau yang cukup yakin dengan apa yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat kerana agenda yang dibawa adalah untuk memastikan dan memberi keutamaan kepada rakyat terutamanya rakyat Sabah dan Sarawak yang jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan rakyat di Semenanjung.

Beliau yang yakin dengan peruntukan 20 peratus royalti minyak itu bukan sahaja pembangunan di Sabah dan Sarawak dapat ditingkatkan malah rakyat negeri itu akan keluar dari garis kemiskinan.

Pakatan Rakyat selain daripada perancangan pembinaan lebuhraya Pan-Borneo yang menghubungkan Kuching dan Kota Kinabalu itu turut akan memperluaskan dan menaiktaraf rangkaian landasan keretapi di Sabah dan Sarawak yang kini terdiri hanya pada 134 km sahaja.

Pakatan Rakyat berpendapat dengan terlaksananya pembinaan lebuhraya dan juga naiktaraf landasan keretapi itu, pembangunan di Sabah dan Sarawak akan setanding dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.


Sumber :  http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/13453-belanjawan-pr-terbaik-untuk-sabah-sarawak 


PT
Elok sangat la DS Lajim Ukin bersengkokol dengan geng2 Anwar.Pelikkan Lajim lebih rela dibuai mimpi2 indah yang dijanjikan oleh PR. Sehingga melupakan terus segala segala kemudahan yang dibawa oleh BN kepada Sabah dan sarawak. Tak apalah kita semua tunggu dan lihat apa kesuadahan nasib yang akan menimpa DS Lajim Ukin bersama tuan barunya bagi memajukan negeri Sabah nanti. Jangan pula DS Lajim karam bersama kapal PR pada PRU13 nanti !!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive