Monday 24 September 2012

CECAH 60 JUTA MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SULTAN BRUNEI ???


Jumaat , negeri Brunei Darussalam meraikan satu upacara perkahwinan yang gilang-gemilang di mana Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan isterinya, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha meraikan kehadiran menantu baru dalam keluarga diraja itu.

Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, 32, dan pasangannya, Pengiran Muhammad Ruzaini Mohd Yakub, 29, selamat diijab kabul dengan sekali lafaz selepas solat Zohor di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien di Bandar Seri Begawan, semalam.

Majlis persandingan yang dijadualkan berlangsung hari ini di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan dihadiri hampir 2,000 tetamu termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta delegasi antarabangsa.

Di sebalik sambutan perkahwinan yang gemilang dan meriah itu, perkahwinan diraja itu dicatatkan sebagai perkahwinan yang paling mahal setakat ini.

Menurut laman Yahoo! News Malaysia, perancang perkahwinan kerabat diraja Brunei, Maya Kalman, pengasas Swank Productions di New York mengesahkan yang jumlah perbelanjaan mencecah USD 20 juta, bersamaan dengan RM60 juta.

Berbeza sewaktu sambutan majlis perkahwinan abang sulung Puteri Hafizah Sururul Bolkiah pada tahun 2004, sebanyak USD 5 juta sahaja dibelanjakan.

“Purata untuk perkahwinan mewah seperti ini menelan belanja sebanyak USD 1 ribu bagi setiap tetamu. Jadi, anggaran saya jumlah perbelanjaan perkahwinan ini sebanyak USD 15 hingga USD 20 juta,” kata Kalman.

Malah, Kalman menambah, jumlah itu hanyalah untuk sambutan majlis persandingan kedua-dua pengantin pada hari ini sahaja.

Ia masih lagi tidak ditambah dengan kos tambahan lain untuk sambutan perkahwinan yang berlangsung selama seminggu ini.

Sumber 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive