Tuesday 18 September 2012

DIA NI HANYA RETI PEGANG JAWATAN AP TAPI KHIDMAT KEPADA PENGUNDI KOSONG ???


BACHOK – Kemelut melibatkan Ahli Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa terjawab apabila Pas telah membuat keputusan muktamad untuk tidak menyingkirkan beliau daripada parti itu dan mengekalkan kedudukan sebagai Ahli Majlis Syura Pas.

Biarpun pelbagai desakan dibuat oleh segelintir pemimpin parti namun keputusan yang dikeluarkan tetap memihak kepada beliau malah paling mengejutkan Pas juga dikatakan akan terus mengekalkan beliau sebagai calon yang mewakili parti itu bagi kerusi parlimen untuk pilihanraya umum akan datang.

Menurut sumber dalaman Pas Kawasan Bachok, keputusan itu amat mengejutkan memandangkan hampir 70 peratus ahli Pas di kawasan terbabit menolak Nasharuddin sebagai calon.

Katanya, tindakan itu akan jika diteruskan memungkinkan Pas kehilangan kerusi Parlimen memandangkan lawan beliau bukanlah calang-calang calon.

“Jika keputusan itu benar ia memang agak mengejutkan. Kita tahu beliau memang banyak berjasa bukan sahaja kepada Pas tetapi juga kepada umat Islam di negara ini namun apabila bila beliau meninggalkan kawasan tanpa mengambil peduli ia satu perkara perlu difikirkan secara serius oleh Pas baik negeri mahupun pusat untuk mengekalkan kedudukan beliau.

“Adalah lebih baik Pas memikirkan calon-calon lain yang ada di kawasan dan tidak kurang juga hebatnya mereka-mereka ini,” katanya kepada DetikPerubahan.com ketika ditemui di sini, hari ini.

Isu mengenai calon kerusi Parlimen Bachok itu timbul selepas Majlis Syura Pas yang bersidang pada 9 September lalu memutuskan tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap bekas Timbalan Presiden Pas itu.

Beliau berkata, ramai calon Pas yang telah lama bekerja keras untuk memastikan kemenangan parti itu di Bachok pada PRU akan datang.

Antara calon yang disebut bakal mewakili Parlimen Bachok adalah Ketua Pemuda Kawasan, Ahmad Marzuk Shaari, Setiausaha Pas Kawasan, Huzaimi Hussain dan beberapa calon lain termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Perupok, Datuk Omar Mohamad.

Sementara itu, Omar yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Bachok, sebelum ini menjelaskan, Pas Kawasan akan menerima siapa sahaja calon yang telah diputuskan oleh Negeri dan Pusat bagi menduduki kerusi Parlimen kawasan terbabit.

Beliau berkata, keputusan yang dibuat oleh parti tentunya akan selari dan kawasan akan menerima keputusan itu dengan hati terbuka bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Pas.

“Kita menerima apa sahaja yang diputuskan oleh kepimpinan parti yang tertinggi baik pusat ataupun negeri. Keputusan yang dibuat pimpinan Pas pusat dan negeri tidak akan berlawan dan begitu juga dengan Pas. Ketiga-tiganya mesti selari jadi barulah keluar siapa orang yang menjadi calon,” katanya.

Omar bagaimanapun berkata, sehingga kini Nasharuddin masih lagi kekal menjawat jawatan terbabit dan meneruskan khidmatnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive