Showing posts with label Kerajaan Pas kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan Pas kelantan. Show all posts

Wednesday, 12 December 2012

RAKYAT ATAU KERAJAAN PAS KELANTAN YANG PERLU LAKSANA HUKUM ISLAM ???


Ulama terkenal Syria, Syeikh Muhammad Ali as-Sobuuni melahirkan rasa bimbang akan diturun bala oleh Allah Taala apabila ada orang Islam yang membisu terhadap perkara-perkara batil.

“Kalau kita diam di atas perkara batil yang berlaku di hadapan mata kita dibimbangi Allah akan menurunkan bala ke atas kita.

“Oleh itu rakyat Kelantan hendaklah bekerja bersungguh-sungguh untuk melaksanakan hukum Islam. Apabila hukum tersebut dilaksanakan Allah Taala akan menurunkan rahmat,”

PT
Siapakah yang sepatutnya melaksanakan hukum Islam ?? Dah 22 tahun Pas perintah Kelantan tetapi sampai sekarang tiada pun hukum Islam yang dijalankan. Ini sudah terbalik pula, kenapa ulama dari Syria mengharapkan rakyat Kelantan pulak melaksanakan. Apa tanggungjawab Kerajaan Pas di bawah Nik Aziz. Atau hanya untuk menghabiskan hasil bumi serta membotakkan hutan-hutan di Kelantan.

Apapun kuasa memilih pemerintah berada di tangan kita. Pastikan PRU ke13 tidak berlalu sia-sia, tidak kira bila ia menjelma.Kita masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renung-renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan.
 

Friday, 7 December 2012

SIAPA PULA JADI PENCACAI PAS TUKANG BAKAR GAMBAR SULTAN ???



Gabungan Profesional Menuntut Royalti Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti) berasa kecewa apabila papan iklan mereka yang memaparkan gambar Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dibakar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Presiden Royalti, Nazri Deraman berkata, walaupun kebakaran tersebut tidak serius tetapi ia menyentuh tentang sensitiviti kemasyarakatan dan jika tidak dibendung boleh mencetuskan huru-hara.

“Kejadian ini disedari oleh salah seorang ahli jawatankuasa Royalti, Khairul Nizam Abd Ghani, 31, yang kebetulan dihubungi oleh rakannya memberitahu tentang perkara tersebut pada jam 9 pagi semalam (kelmarin).

“Apabila kami melakukan pemeriksaan terhadap papan iklan yang terletak di hadapan Kompleks Darul Naim mendapati terdapat kesan kebakaran pada bahagian gambar Sultan Kelantan dan ia cukup menyedihkan,” katanya kepada pemberita, semalam.

Menurutnya, bagi memastikan perkara tersebut tidak berterusan berlaku pihaknya sudah membuat laporan polis di Balai Polis Pengkalan Chepa.

Beliau mendakwa perkara tersebut dipercayai dilakukan oleh pihak yang tidak senang dengan perjuangan menuntut royalti dan mendaratkan gas ke bumi Kelantan.

Nazri berkata, apa yang mereka lakukan langsung tidak melibatkan fahaman politik mahupun agama kerana ia adalah satu perjuangan untuk menuntut hak rakyat.

“Jika apa yang kami perjuangkan ini berjaya bukan orang Pas sahaja yang akan menikmati keistimewaan ini tetapi semua rakyat Kelantan tidak kira usia atau bangsa. Kami berharap pihak berkuasa dapat memandang serius berhubung perkara tersebut dan tindakan seharusnya diambil,” katanya. Sumber


PT
Hebat politik pas, menggnakan cara yang mengarahkan segala perbuatan kepada orang-orang UMNO. Inilah kerja Pas Kelantan, mereka tidak pernah berhenti menuduh orang lain melakukan perbuatan terhadap mereka.

Friday, 2 November 2012

LAGI PAS ABAIKAN RAKYAT KELANTAN !!! TERPAKSALAH MAMAT 2 ORANG NI TERPAKSA MENCURI ???



KOTA BHARU – Seorang petani antara dua individu yang didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku menyimpan penutup lubang najis yang dicuri di Kampung Guntong, Limbat di sini, 29 Oktober lalu.

Hukuman diputuskan selepas petani berkenaan, Rosidi Mohamed Ruskor, 46, dan Mohd Abd Hafith Idris, 27, mengaku salah pada pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Mereka mengaku menyimpan empat penutup lubang najis bernilai RM40 milik Omar Nik Salleh, 72, di Kawasan Batu 4, Jalan Kuala Krai di sini, pada jam 5.30 pagi, tarikh berkenaan.

Kedua-duanya sebelum itu menafikan tuduhan mencuri besi berkenaan pada jam 4 pagi tarikh sama.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah ternampak Rosidi dan Mohd Abd Hafith menaiki motosikal sambil memegang besi berkenaan. Pemeriksaan mendapati kedua-duanya juga gagal mengemukakan kad pengenalan.

Pada prosiding semalam, Majistret Muhamad Hafiz Mohd Noor turut menjatuhkan hukuman enam bulan penjara sekiranya denda ke atas setiap mereka itu gagal dijelaskan.

PT

Peluang pekerjaan yang terhad di negeri Kerajaan Pas Kelantan maka dua orang manusia Melayu ni terpaksa membuat pekerjaan mencuri sebagai punca rezeki mereka. Dimana para YB Pas yang kaya raya takkanlah hanya membutakan mata serta memekakkan telinga dalam isu ini ? 

Tak terfikirkah dalam kepala otak pemimpin Pas maslah kekurangan pekerjaan yang melanda Kelantan? Maklumlah para pemimpin Pas terlalu selesa dengan kekayaan mereka memiliki pelbagai kemewahan.

Wednesday, 31 October 2012

SAMPAI BILA2 SAYA BOLEH BERKHIDMAT - NIK AZIZ


Add caption
KOTA BHARU – Isu peletakan jawatan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam politik semakin hangat diperkatakan apabila timbul desas-desus mengatakan beliau semakin uzur dan akan bersara tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan itu menyangkal dakwaan yang mengatakan beliau akan bersara setelah 22 tahun memegang jawatan tersebut.

“Syukur saya sihat dan masih boleh berkhidmat dan kita hanya perlukan akal yang bijak dan tajam untuk melakukan sesuatu perkara, bukan sahaja tubuh badan yang sihat.

“Badan sihat dan pemikiran yang tajam dan matang perlu untuk semua ini demi memartabatkan slogan negeri ini 'Membangun Bersama Islam'.

"Kami selalu berbincang pelbagai cara untuk memartabatkan slogan ini selaras dengan tindakannya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Kelantan 2012 di Kompleks Kota Darulnaim, semalam.

Mursyidul Am Pas itu turut menegaskan, beliau masih lagi mampu untuk menerajui pucuk kepimpinan Pas dalam usaha menyatupadukan umat Islam.

"Saya bersedia untuk Pilihan Raya Umum akan datang kerana saya yakin Pas mempunyai kekuatan yang sendiri dan saya akan berundur bila tiba masanya nanti," katanya.

Nik Aziz berkata, isu kesihatan beliau bukanlah satu perkara yang perlu diketengahkan kerana apa yang penting adalah kekuatan minda dan fikiran untuk berjuang.

Beliau berkata, Islam secara asasnya menggalakkan budaya kreatif dan inovasi di kalangan umatnya dan perkara itulah yang perlu diketengahkan pada zaman sekarang.

"Hasil inovasi dan kreativiti ini nanti diharap dapat memberikan pulangan yang bermutu untuk perkhidmatan awam khususnya dan seluruh rakyat Kelantan amnya," katanya.


PT
Kalau nik aziz cakap lagu tu aku tak da komen dah , nampaknya tak merasalah orang lain nak jadi MB , INGATLAH KATA ORG TUA2 MAKAN SEBELUM KENYANG, berundurlah selagi orang masih menyayangi kita sebelum kita diundurkan dengan kebencian,..berpeganglah pada janji , dulu kata bila mahadir bersara maka saya akan ikut bersara kata nik azis , rupa2nya  nik aziz pun hanya reti berjanji tapi tunai jangan harap la.....IKUT DEMO LA TOK GURU WEH....DEMO PEGANGLAH JAWATAN SAMPAI BILA-BILA....

Sunday, 28 October 2012

APA YANG PAS BUAT?? TAKKANLAH PAIP PECAH PUN KENA REPOT KAT AKHBAR ???


TUMPAT – Keadaan paip pecah bawah tanah sejak empat bulan lalu mengundang masalah kepada penduduk di sini apabila air bertakung dan jalan menjadi becak.

Penduduk, Nor Mazalan Ab Ghaffar, 44, berkata, mata air yang sentiasa mengalir dari paip pecah tersebut menyebabkan jalan di sini sentiasa ditakungi air.

“Bila hujan keadaan bertambah buruk kerana ia berlopak, air yang bertakung ini agak dalam dan menyusahkan penduduk,” katanya.

Menurutnya, keadaan itu juga menyukarkan kenderaan keluar masuk kerana perlu meredah jalan yang becak.

“Memang bermasalah untuk kenderaan keluar masuk melalui jalan ini kerana jalan berlopak, kalau bawa laju air kotor akan terpercik, terutama penunggang motosikal perlu berhati-hati untuk melepasi kawasan ini.

“Sekarang ini pula ada sebuah rumah dalam pembinaan, memang kerap lori keluar masuk melalui jalan ini,” katanya.

Menurutnya, dia berharap pihak Air Kelantan Sdn Bhd mengambil tindakan segera membaiki paip bocor tersebut.

Sementara itu, Ketua Operasi Jajahan AKSB Tumpat, Amran Ghani ketika dihubungi memberitahu masalah paip pecah di kawasan Kampung Kedemit mendapat perhatian pihaknya dan proses pembaikan sedah dimulakan semalam.

“Selain masalah paip bocor di Kampung Kedemit, pihak AKSB juga akan membaiki paip bocor di jalan Palekbang Wakaf Bharu,” katanya.

PT
Takper lah penduduk Tumpat nanti PRU13 yang akan menjelang tak lama lagi pandai-pandailah buat pilihan yang tepat. Gunalah otak dan akal siapakah yang boleh memberi keselesaan kepada penduduk dan generasi yang akan datang. Takkanlah nak selesai isu air berlopak pun kena repot kat wartawan sinar harian. YB Pas kawasan berkenaan takkan lah tak turun padang melihat maslah yang menimpa anak mukim? Takkanlah YB hanya reti menjenguk dekat-dekat tarikh PRU??


Thursday, 25 October 2012

PAS SEMAKIN RANCAK MENIPU RAKYAT KELANTAN DENGAN PELBAGAI PROJEK MEGA DI BAWAH HUSAM MUSA ???


Kalau sesiapa yang melalui jalan dari Pekan Rantau Panjang ke Panglima Bayu dan bila sampai di Kg Lalang Pepuyu kita akan lihat sebuah signboard mega yang di buat oleh kerajaan Pas Kelantan untuk mengula-gula dan menipu rakyat Kelantan. MEMBANGUN NEGERI BERKEBAJIKAN dengan megah serta beberapa gambar YB dan Nik Aziz dan di sebelah pula deretan projek mega yang akan di laksaksankan oleh kerajaan Pas.

Antara projek yang di janjikan untuk rakyat Jeli ialah:

1.Takaful Kifalah (Negeri Perintis)
2.Skim Al-Ziwaj
3.Skim Dividen Ladang Rakyat (4834 Penerima)
4.Tabung Serambi Mekah (RM5 Juta Setahun)
5.Skim Al Itam (Beras - 8419 Penerima)

Projek Negeri Di Parlimen Jeli


1.Perumahan PKINK - 313 Unit Di Bandar Jeli
2.Perumahan Kerajaan Negeri - 134 Unit Di Bandar Jeli
3.Pejabat Majlis Daerah Jeli
4.Kilang Air Mineral Di Batu Melintang
5.Jalan Jambatan Jerimbong - Ladang Tapis (Mac 2012)
6.Kilang Kelapa Sawit (CPO) - (Ogos 2012)

Rupa-rupanya hampir keseluruhan projek di atas adalah di bawah YB Husam Musa...Hebat weh Husam nih...seluruh Kelantan beliau jaga..Nik Aziz hanya jadi tukang tandatangan dengan tukang angguk sahaja...

Lihat siapa pengerusi Kilang Air Mineral Di Batu Melintang...

"Negeri Kelantan bakal mencatat sejarah baru apabila kilang pertama bagi pengeluaran, pembotolan dan pembungkusan air mineral semula jadi dibina di Batu Melintang, Jeli berikutan kelulusan tanah seluas 10 ekar oleh kerajaan untuk tujuan pembangunan industri pengeluaran air mineral. Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Sihhat – Afiat Sdn Bhd, YB Dato’ Husam Musa, pemilihan tapak kilang air mineral semula jadi di kawasan tersebut adalah atas gabungan nasihat pakar dari Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan dan Perunding Geologi Syarikat Sihhat di bawah usaha sama antara Tabb Global Sdn. Bhd dan Kelantan Utilities Mubarakan Holding Sdn Bhd (KUM) yang merupakan syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Kelantan."

Info bagi projek yang tersenarai di atas akan di paparkan di entri yang akan datang....

Thursday, 18 October 2012

AUDIT 2011 - LEMBAH SIREH BUKAN UNTUK RAKYAT KELANTAN ???



KOTA BAHARU - Kerajaan Kelantan perlu mengkaji semula program pembangunan Lembah Sireh, di tebing Sungai Kelantan di sini, kerana dilihat tidak memberi keuntungan kepada penduduk setempat.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata projek mega yang mahu dibangunkan di Lembah Sireh itu sebenarnya meminggirkan penduduk setempat yang telah lama membangunkan kawasan berkenaan dengan projek pertanian.

"Penduduk di situ telah hilang pendapatan mereka yang sebelum ini kawasan itu dijadikan tempat penanaman sayur dan kini kawasan itu diambil kerajaan negeri untuk projek pembangunan lain.

"Mereka kini sudah tidak ada tanah untuk mencari rezeki. Pendapatan mereka pun sudah tidak ada. Ini yang perlu kerajaan negeri kaji bagaimana mahu membantu penduduk yang rata-ratanya adalah petani," katanya kepada pemberita selepas merasmikan perlawanan akhir Kejohanan Liga Bola Sepak Piala Datuk Fatmi 2012 di sini, hari ini.

Isu pembangunan Lembah Sireh itu mendapat perhatian beberapa wakil pembangkang di persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan beberapa hari lalu yang meminta kerajaan negeri menamatkan perjanjian dengan syarikat yang diberi tanggungjawab membangunkan kawasan itu.

Menurut mereka, syarikat berkenaan gagal membangunkan kawasan itu yang suatu ketika dahulu terkenal dalam bidang pertanian dan memberi keuntungan kepada penduduk setempat.

Mengulas perkara itu, Mohd Fatmi yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Baharu berkata kerajaan negeri berhak untuk mengkaji semula klausa-klausa yang dipersetujui dengan syarikat berkenaan, dan jika benar telah gagal, kerajaan negeri boleh menamatkan perjanjian.

"Tanah ini telah diusahakan rakyat sejak lebih 100 tahun lalu. Ini kawasan titik peluh rakyat dan kalau gagal untuk dibangunkan, malah tidak memberi keuntungan kepada rakyat, bagi saya kerajaan negeri telah gagal," katanya.

Mohd Fatmi berkata syarikat pemaju sewajarnya menyediakan rumah kepada penduduk terbabit.

Projek pembangunan kawasan seluas 286.8 hektar itu turut ditegur di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob ketika memberikan jawapan pada persidangan DUN itu berkata kerajaan negeri menyedari bahawa projek berkenaan tidak menepati masa pelaksanaan dan tidak memberi pulangan sebagaimana yang dirancang. - Bernama

Wednesday, 17 October 2012

BN HANYA SENARAIKAN DALAM RMK-8, PAS PULA MENIPU DENGAN MENJADIKAN LEBUHRAYA KB-KK SEBAGAI PENIPUAN POLITIK PAS KEPADA RAKYAT KELANTAN ???



KUALA LUMPUR - Pas hari ini mendakwa Kerajaan Pusat diterajui Barisan Nasional (BN) melakukan dosa besar kerana gagal melaksanakan tuntutan rakyat - projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) yang dijanjikan lebih sedekad lalu.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, projek ini telah disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8), tetapi apabila Perdana Menteri baru diganti, projek tersebut ditangguhkan.

Menurutnya, laluan lebuh raya tersebut sangat penting bagi membangunkan ekonomi setiap negeri dan memberi kemudahan kepada rakyat.

"Kegagalan Kerajaan Pusat untuk melaksanakan janjinya membina lebuh raya KBKK, adalah satu dosa besar dan mereka gagal melaksanakan permintaan rakyat.

"Jadi Kerajaan Negeri Kelantan terpaksa membinanya sendiri, tapi ini tidak bererti Kerajaan Pusat boleh melepaskan tangan dan saya boleh katakan inisiatif Kerajaan Pusat adalah negatif untuk kemajuan Kelantan," katanya kepada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Semasa penggulungan Bajet 2013 hari ini, Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor didakwa cuba menutup kegagalan Kerajaan Pusat membina Lebuh Raya KBKK yang pernah dijanjikan pada 1996 apabila cuba mengalih kepada isu air Kelantan.

Shaziman turut memberitahu kerajaan tidak pernah membatalkan projek lebuh raya itu, sebaliknya hanya menangguhkan untuk penilaian semula dan ditangguhkan lagi pada RMK-11.

Shahziman juga berkata, kerajaan tidak yakin dana RM1.8 bilion boleh dicapai melalui kutipan yang dilancarkan oleh Kerajaan Kelantan.

Katanya, Kerajaan Pusat telah menganaktirikan kerajaan yang diterajui Pakatan Rakyat (PR) khususnya Kelantan walaupun Kerajaan Barisan Nasional (BN) sering melaungkan slogan mendahulukan rakyat.

Dalam pada itu, Kamarudin yang juga Ahli Parlimen Tumpat berkata, Kelantan telah berjaya mengumpul RM4 juta melalui usaha rakyat yang berusaha untuk mewujudkan lebuh raya tersebut. - sinarharian

Friday, 28 September 2012

TOK GURU PAS DULU DAN KINI - SIRI 1


SOKONGAN rakyat terhadap Barisan Nasional tidak dapat lagi dibendung Pas yang kini dilihat semakin tertekan dengan pelbagai isu yang timbul. Barisan Nasional memberikan fokus kekuatan bagi menawan Kelantan yang di sifatkan negeri sepatutnya ditawan pada 2008.

Pas kini dilihat mula mendabik dada kerana terus berjaya mentadbir Kelantan lebih dua dekad tanpa menyedari setiap tindakan diperhatikan rakyat. Pas lupa dengan setiap manifesto yang dijanjikan kepada rakyat pada lima penggal pilihanraya umum bermula 1990 sehingga 2008 gagal disempurnakan dan itu menjadi salah satu kelemahan Pas yang mula dinilai rakyat yang inginkan perubahan.

Kebijaksanaan Pas menggunakan slogan Membangun Bersama Islam pada pilihan raya 1990 yang berasal dari tema Program PAS Kelantan menghadapi pilihan raya umum ke-8 itu berjaya memikat hati rakyat.

Program yang bertemakan membangun Bersama Islam sebenarnya adalah manifesto pilihan raya 1990 bagi PAS Kelantan yang membutirkan pelbagai tawaran kepada rakyat negeri Kelantan sekiranya PAS berjaya menguasai pentadbiran negeri.

Keputusan memilih manifesto itu adalah satu keputusan kepimpinan Pesuruhjaya Pas merangkap Ketua Ulama’ Pusat ketika itu, Nik Abdul Aziz Nik Mat.


PT mulai minggu ini akan mengetengahkan tentang Nik Aziz dan pemimpin PAS Kelantan yang sentiasa berubah pendirian,pegangan,malahan janji apabila berhadapan dengankemelut yang memang biasa dicetuskan oleh mereka sendiri sejak Pilihanraya 1990 hingga sekarang.
1- CAKAP KOSONG

DULU....
"Pas adalah sebuah Jama'ah Islam yang memperjuangkan,wujudnya sebuah pemerintahan Islam sebagaimana diwajibkan oleh Allah SWT."

(Manisfesto Pas Kelantan bertemakan "Program Pas Negeri Kelantan 1990 Perkara 1.1)

KINI...
"Sekadar nak buang slogan (penubuhan negara Islam) tidak ada apa.Kerana Rasulullah bukan saja buang slogan tapi dia buang perkataan 'Rasulullah' ini bukan slogan dalam agama Islam. Itu perkara asas pun dia sanggup potong. Ini (penubuhan negara Islam) cuma slogan saja."

(Kenyataan kepada wartawan di Kota Bharu,Kelantan pada 23 Jun 1999)

JADINYA...
Pas berbohong kepada rakyat Kelantan apabila mendakwa ingin menegakkan sebuah negara Islam berteraskan Perlembagaan Madinah di negara ini. Konsep negara Islam tidak disebut pun dalam Perlembagaan Pas.

Yang disebut hanya penubuhan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang melaksanakan nilai-nilai hidup Islam. ini sudahpun dibuat oleh UMNO/BN. Jadi, hasrat Pas mahu menegakkan negara Islam ini cuma sandiwara dan mainan politik saja. 
Nik Aziz sendiri boleh dipakai bila mahu, dan dibuang jika perlu. Dia sanggup gugurkan soal pokok yang diperjuangkan Pas demi memenuhi kehendak Dap.

Lagipun, bagaimanakah Pas boleh memerintah Malaysia kalau tidak pernah meletak calon Parlimen lebih daripada 45 orang? Pas perlu menang sekurang-kurangnya 97 kerusi. Jadi di mana logiknya Pas mahu memerintah Malaysia???

Apapun kita masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renung-renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!



Monday, 24 September 2012

DARI FAIL LAMA !!! NIK AZIZ DAN BENTENG PENAHAN OMBAK DI PANTAI SABAK





Semasa melawat seorang penyokongnya yang meninggal dunia, di Kg Sabak beberapa lama dahulu...Nik Aziz singgah berjumpa dengan penduduk kampung . Kita pakat  dengar perbualan beliau dengan penduduk kampung tentang benteng penahan ombak yang telah dibina oleh Kerajaan Pusat...

Nik Aziz sempat bertanya kepada orang-orang kampug,
"Sejak bila benteng penahan ombak ni dibina ?"

Jawab orang kampung :
"Dah lama dah.... sudah nak siap punnnn..."

Nik Aziz lalu berkata kepada orang-orang kampung :
"Dan dia orang buat dulu, hajat kita nak buat juga."

Nik Aziz bertanya lagi kepada orang-orang kampung :
"Batu-batu buat benteng tu bawa dengan apa dan lalu ikut mana?"

Jawab orang-orang kampung :
"Batu-batu itu dibawa dengan lori dan dibawa melalui jalan raya sedia ada...tu."

Nik Aziz menyampuk :
"Habislah rosak jalan-jalan tu..."

PT
Apa la punya Nik Aziz ni..lebih bimbangkan kerosakan jalanraya dari rumah-rumah penduduk yang dihakis oleh ombak. Sikap dan kata-kata Nik Aziz pada dialog beliau dengan orang-orang kampung di Sabak jelas tidak mencerminkan bahawa beliau seorang pemimpin yang komited dan berwibawa...Betapa Nik Aziz gagal membuktikan belaiu seorang pemimpin Islam kerana maslah keselamatan dan kesejahteraan rakyat ternyata diabaikan...

Tuesday, 18 September 2012

DIA NI HANYA RETI PEGANG JAWATAN AP TAPI KHIDMAT KEPADA PENGUNDI KOSONG ???


BACHOK – Kemelut melibatkan Ahli Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa terjawab apabila Pas telah membuat keputusan muktamad untuk tidak menyingkirkan beliau daripada parti itu dan mengekalkan kedudukan sebagai Ahli Majlis Syura Pas.

Biarpun pelbagai desakan dibuat oleh segelintir pemimpin parti namun keputusan yang dikeluarkan tetap memihak kepada beliau malah paling mengejutkan Pas juga dikatakan akan terus mengekalkan beliau sebagai calon yang mewakili parti itu bagi kerusi parlimen untuk pilihanraya umum akan datang.

Menurut sumber dalaman Pas Kawasan Bachok, keputusan itu amat mengejutkan memandangkan hampir 70 peratus ahli Pas di kawasan terbabit menolak Nasharuddin sebagai calon.

Katanya, tindakan itu akan jika diteruskan memungkinkan Pas kehilangan kerusi Parlimen memandangkan lawan beliau bukanlah calang-calang calon.

“Jika keputusan itu benar ia memang agak mengejutkan. Kita tahu beliau memang banyak berjasa bukan sahaja kepada Pas tetapi juga kepada umat Islam di negara ini namun apabila bila beliau meninggalkan kawasan tanpa mengambil peduli ia satu perkara perlu difikirkan secara serius oleh Pas baik negeri mahupun pusat untuk mengekalkan kedudukan beliau.

“Adalah lebih baik Pas memikirkan calon-calon lain yang ada di kawasan dan tidak kurang juga hebatnya mereka-mereka ini,” katanya kepada DetikPerubahan.com ketika ditemui di sini, hari ini.

Isu mengenai calon kerusi Parlimen Bachok itu timbul selepas Majlis Syura Pas yang bersidang pada 9 September lalu memutuskan tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap bekas Timbalan Presiden Pas itu.

Beliau berkata, ramai calon Pas yang telah lama bekerja keras untuk memastikan kemenangan parti itu di Bachok pada PRU akan datang.

Antara calon yang disebut bakal mewakili Parlimen Bachok adalah Ketua Pemuda Kawasan, Ahmad Marzuk Shaari, Setiausaha Pas Kawasan, Huzaimi Hussain dan beberapa calon lain termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Perupok, Datuk Omar Mohamad.

Sementara itu, Omar yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Bachok, sebelum ini menjelaskan, Pas Kawasan akan menerima siapa sahaja calon yang telah diputuskan oleh Negeri dan Pusat bagi menduduki kerusi Parlimen kawasan terbabit.

Beliau berkata, keputusan yang dibuat oleh parti tentunya akan selari dan kawasan akan menerima keputusan itu dengan hati terbuka bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Pas.

“Kita menerima apa sahaja yang diputuskan oleh kepimpinan parti yang tertinggi baik pusat ataupun negeri. Keputusan yang dibuat pimpinan Pas pusat dan negeri tidak akan berlawan dan begitu juga dengan Pas. Ketiga-tiganya mesti selari jadi barulah keluar siapa orang yang menjadi calon,” katanya.

Omar bagaimanapun berkata, sehingga kini Nasharuddin masih lagi kekal menjawat jawatan terbabit dan meneruskan khidmatnya.

Sunday, 16 September 2012

IMBAS KEMBALI - DARI ULAMAK MENJADI 'Y A B TUAN GURU ???


Suatu masa pad a 30 Jun 1990 apabila ditanya oleh pegawai kanan Kerajaan Kelantan semasa hari pertama Nik Aziz masuk pejabat Menteri Besar, apakah panggilan yang nak digunakan oleh MB? Adakah panggilan Ustaz?. Setelah beberapa hari semua pembantu politik Nik Aziz berbincang dan atas cadangan Nik Aziz maka di istiharkan nama panggilan kepada Menteri Besar baru ni ialah ‘Y A B Tuan Guru’. Surat pekeliling dikeluarkan dengan arahan supaya semua surat menyurat dengan MB mestilah menggunakan YAB Tuan Guru. Moto Kerajaan Nik Aziz ialah Membangun Bersama Islam dan Bersama Kepimpinan Ulamak.


Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!


ISLAM DIJAGA OLEH ALLAH !!! PAS DIJAGA OLEH NIK AZIZ ???



APAKAH papan tanda tumbang maka Islam akan turut tumbang ??? Tidak sama sekali kerana Islam dijaga oleh Allah TAPI pas dijaga oleh Nik Aziz. 


Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

Monday, 10 September 2012

VIDEO !!! GEWE MUSLIMAH KELANTAN DI TANGKAP DALAM KEADAAN SEPARUH BOGEL BERSAMA JANTAN DALAM TANDAS


MEMALUKAN !

Gadis bertudung yang dipercayai awek Kelantan kantoi buat seks dalam tandas. Pasangan kekasih yang sedang asyik ini telah ditangkap oleh anggota keselamatan setelah mendengari bunyi yang mencurigakan dari dalam tandas.

Perbuatan mereka ini juga telah dirakam oleh anggota keselamatan tersebut dan turut dimuat naik di laman youtube.


Guano takkan lah ore luar nak mari buat kijo dalam tandas di kelantan??? Penat weh gini...Pas oh Pas !!!


dalam toilet


Malu, pakai tudung hanya lakonan !

Wednesday, 1 August 2012

TERKINI !!! PORT JUAL BELI NASI KEPADA KAKI PONTENG PUASA DI NEGERI SERAMBI MEKAH ???


Inilah kebenaran yang berlaku di Negeri Serambi Mekah ini, sudah 13 hari umat Islam berpuasa menunaikan Rukun Islam yang ke 3. Tetapi apa yang berlaku di negeri yang diperintah oleh Parti Islam SeMalaysia ini ?Foto2 di bawah yang menjadi bukti kukuh bahawa Kerajaan Pas Kelantan seakan membiarkan gejala ini sengaja tidak WAT CARO kegiatan menjual makanan (nasi) kepada kaki ponteng puasa secara terbuka.

Urusan jual beli hanya dijalankan di tepi jalan 'Industry Area' Pengkalan Chepa.

Tiada sedikit pun rasa malu, selamba mereka berjalan 
selepas mendapat bekalan nasi... 

Tokey nasi kat dalam kereta manakala si kaki ponteng mengambil bekalan .


Kelihatan pelanggan yang siap membeli nasi memasuki kereta Saga.



Drebar lori pun tumpang sekaki ...


Kereta Kancil tokey nasi bungkus...

Daripada tinjauan PT sekitar pukul 10.30 pagi, boleh dikatakan setiap hari proses jual beli ini berjalan tanpa gangguan dari pengguna jalan sekitar kawasan kilang Pengkalan Chepa. Di setiap masa dua atau tiga buah kereta yang tertera didalam foto di atas berhenti dan pemandunya membeli nasi yang di jual dari sebuah kereta kancil silver. Kepada sesiapa yang ingin merasai pengalaman panorama ini datanglah berkunjung dan lihat sendiri suasana yang memalukan ini.


Inilah hakikat sebenar sebuah opera kehidupan di Negeri Serambi Mekah yang tidak seindah nama yang diberi gelaran. Di manakah pihak berkuasa yang sepatutnya memantau operasi penjualan nasi kepada umat Islam yang tidak berpuasa?

Tunggu video yang berkaitan di paparan akan datang!!!!!

Tuesday, 31 July 2012

VIDEO !!! CERITA SEBENAR DISEBALIK PROJEK DEPU HUSAM MUSA


Video pembongkaran Projek Depu Datuk Husam Musa oleh kru KCW  yang memungkinkan beliau 'deme tak kebah' bila pembongkaran demi pembongkaran akan dipaparkan kepada rakyat serta penyokong Pas Kelantan !!!!

Sila klik : http://gelombangkick.blogspot.com untuk merasai pengalaman menemubual 'orang kita' oleh blogger gelombang kick. dan ambo orang kampung.

Saturday, 14 July 2012

FOTO !!! HASIL 22 TAHUN PAS PERINTAH KELANTAN - MAKCIK PENJUAL SAYUR


Lebih kurang pukul 2 tadi PT sempat meninjau pasar 'merpati. yang menjadi tumpuan para penduduk berdekatan. Tetapi yang menjadi tanda tanya kepada PT ialah betapa uzurnya bangsal2 yang didirikan oleh para penjual tanpa apa2 bantuan dari pihak Kerajaan Pas Kelantan.Lihat sendiri keadaan pada foto di bawah.


Terlalu uzur keadaan fizikal pasar tersebut...

Terharu melihat kesungguhan makcik penjual sayur dan juga buah-buahan di pasar 'merpati' simpang 3 kem Polis Hutan di Pengkalan Chepa,Kelantan. PT sempat bertanyakan beberapa soalan tentang pasar tersebut kepada makcik penjual.

"Dulu pernah MPKB datang memberitahu akan membina premis yang lebih elok daripada sekarang, tetapi sampai sekarang tidak ada apa2 pun seperti yang mereka janjikan," katanya. PT membuat kesimpulan dari apa yang di katakan oleh makcik tersebut... Kerajaan Pas memang dari dulu sampai sekarang pandai berjanji tetapi amat susah untuk menunaikannya.



Wajah suram makcik penjual sayur

PT dapat lihat kekecewaan dari wajah makcik pemjual, tapi PT sekadar dapat membantunya dengan membeli sebiji nanas untuk di bawa balik. Terfikir juga PT, apalah yang kerajaan Pas Kelantan lakukan untuk kesejahteraan dan kemudahan rakyat Kelantan dalam menjana ekonomi mereka?

Apakah perkara semudah ini pun tak terfikir oleh exco yang terlibat? Mungkin para YB Pas yang akan tercalon bagi PRU13 nanti akan berduyun2 datang menjenguk para penjual kecil seperti makcik tadi. Seperti yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Bachok pada PRU12 dulu iaitu YB Nasharuddin Mat Isa. Seluruh pelusuk pekan Jelawat Bachok beliau jenguk untuk bersalam dengan para pengundi. Itulah kali pertama dan terakhir Ahli Parlimen Bachok berbuat demikian.


Nanas yang PT beli...sangat manis...

Selama 22 tahun memerintah inikah jasa Kerajaan Pas Kelantan mengadakan premis untuk kemudahan rakyatnya menjalankan jual beli pada setiap hari. Mengikut kata makcik tadi aktiviti jualan bermula dari 8 pagi hingga 12 tengahari.

Mungkin para YB Pas hanya reti makan gaji buta dan tidak reti untuk berkhidmat kepada rakyat yang mengundi mereka pada PRU yang lepas. apa pun kita masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

Saturday, 7 July 2012

BONGKAR !!! 2 IN 1 UNTUK KRONI PAS KELANTAN??

Lihat betapa beruntungnya para kroni Pas, bukan setakat mendapat hasil bijih besi tetapi mendapat rezeki balak di kawasan yang diluluskan untuk carigali bijih. Lihat bukti di bawah dan sendiri fikir !!!


Lesen mencarigali yang dikeluarkan oleh  Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan kepada Syarikat yang ternyata dari kroni Pas!!!


Ini pula surat memohon kebenaran mengeluarkan saki baki kayu balak



pT
Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

Friday, 6 July 2012

VIDEO PANAS !!! AKSI TERHEBAT BUDAK KELANTAN

Masalah sosial yang semakin menjadi-jadi semenjak Pas mengambil alih pentadbiran Kelantan, seolah-olah ia tidak dipedulikan atau dipandang sepi kerana pemimpin Pas ini merasakan masalah yang berlaku itu tidak ada kaitan dengan hidup mereka. Dan tugas untuk menjaga atau membentras gejala ini hanya diletakkan kepada satu pihak sahaja. Ntah tidak tahu ke mana perginya tanggung jawab orang yang mempunyai ilmu agama dalam menyelesaikan masalah ini.

Mereka berharap agar pihak berkuasa sahaja dapat mengawal gerak-geri muda mudi di Kelantan tetapi golongan alim ulmak Pas ini mengmabil sikap lepas tangan untuk mendidik dan memberi penekanan yang lebih beratapa Islam menegah dari membuat perkara yang sia-sia dan boleh mendatangkan kemudaratan.

Sepatutnya di bawah kepimpinan ulamak, keadaan sesebuah tempat atau negeri yang dinaunginya akan lebih sejatera dari masalah sosial dan rakyatnya hidup aman sentosa tanpa perlu rasa risau kasut, baju, selipar dirembat mat gian.

Corak kepimpinan ulamak yang diterapkan dalam sistem pentabiran negeri seakan-akan tidak berfungsi sepenuhnya untuk menjamin kesejahteraan rakyat, kalau ada pun ia hanya sekadar menumpukan kepada perkara tertentu seperti hal politik atau hal yang berkaitan agama sahaja. Soal kebajikan sosial dan ekonomi rakyat diabaikan begitu sahaja.

Seluruh rakyat Kelantan harus merasa bangga dengan kecermerlangan masalah sosial yang dikecapi ini kerana hanya di bawah kepimpinan ulamak Pas sahaja ia boleh berlaku dan berkembang biak. Kepada rakyat Kelantan jangan malu-malu jika orang luar bercakap atau mengata akan perkara ini. Kerana apa yang berlaku itu semuanya di atas pilihan kamu sendiri. - kamera kupang

pT
Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!





Tuesday, 3 July 2012

BIAR BETUL !!! MSO TEGUR AKSB???


Oleh : MSO

Kes pencerobohan pejabat seorang pengurus syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) minggu lalu tidak boleh disepikan begitu saja. Pihak bertanggungjawab terhadap syarikat itu perlu membuat penjelasan. Menyelesaikan isu dengan menyepakkan ke bawah karpet bukan cara sepatutnya. Apa-apa isu atau kes yang menimbulkan kemusykilan rakyat perlu dijelaskan dengan sejelas-jelasnya.

Bukan bererti kerana kejadian itu tiada dalam pengetahuan umum bermakna ia boleh disenyap sunyikan begitu sahaja. Kalau kejadian itu buruk lama kelamaan bau busuknya akan merebak ke luar juga akhirnya dan menyumbat lubang hidung rakyat. Amalan menyepakkan sampah busuk bawah karpet bukan amalan yang baik.

Jalan terbaik kes atau kejadian itu kena diperjelaskan untuk pengetahuan umum dengan telus dan terbuka.

Apa yang saya catatkan beberapa hari lalu dari Kota Bharu, pejabat pengurus bahagian odit diceroboh sebenarnya bukan mimpi. Ia bukan cubaan, tetapi ia benar-benar berlaku. Malahan kejadian menceroboh itu disaksi sendiri oleh pengurus berkenaan yang bergegas ke pejabatnya bila diberitahu ada sesuatu yang pelik berlaku di biliknya. Dan pengurus itu juga melihat sendiri empat orang yang terdiri dari kaki tangan AKSB yang sedang mengelidah bilik berkenaan. Bahkan pengurus itu sangat kenal dengan keempat-empat orang penjenayah itu?

Paling merujakan lagi katanya pengurus itu sempat merakam gambar biliknya yang bersepah dan juga pegawai yang diberkas di dalam biliknya.Rakaman itu katanya macamlah telivesyen PB buntut merakam mat rempit atau pun GRO yang melarikan diri dalam lubang sempit ketika disebut polis?

Kejadian ini serius dan perlu diteliti apakah motifnya. Ia boleh merosakkan integriti syarikat Air Kelantan. Jarang berlaku kejadian menceroboh pejabat sendiri. Dan paling memelikkan lagi kononnya pencerobohan itu di atas arahan orang besar syarikat itu sendiri. Tindakan ini terdedah apabila orang besar di AKSB membuat report dan meminta report polis oleh pengurus yang biliknya itu di 'lembel' di tarik balik?

Kononnya report pengurus berkenaan tersalah dan tersilap. Tersilap tekniklah katakan. Apa yang tersalah dan tersilapnya. Apakah sebelum membuat report polis pengurus berkenaan tidak terlebih merujuk kepada bosnya, orang besar AKSB? Kalau ikut prosuder biasa apa-apa yang berlaku di dalam pejabat sebelum dibawa ke pengetahuan polis perlulah dilaporkan dulu kepada ketua di pejabat itu.

Seperti yang saya bimbangi sebelum wujud berbagai persepsi buruk terhadap kejadian ini yang boleh merosakkan intergriti AKSB dan juga pentadbiran kerajaan Kelantan, baik pihak berwajib tampil menjelaskan kronologi kejadian. Satu laporan terperinci mengenai kejadian itu berlaku juga hendaklah dibuat. Laporan itu perlu dibentangkan kepada pihak pengurusan tertinggi termasuk MB sebagai Pengerusi dan Ahmad Yaacob sebagai timbalannya. Mereka berdua ini perlu diberikan penjelasan yang tuntas.

Untuk tujuan ini mungkin sebuah jawatankuasa penyiasatan khas perlu dibentuk. Anggota jawatankuasa khas ini biarlah terdiri daripada mereka yang berwibawa dan tidak ada kepentingan dalam AKSB. Misalnya wakil rakyat yang mempunyai kepentingan dan menggunakan AKSB untuk kepentingan diri tidak boleh menganggotai jawatankuasa ini. Saya mendapat tahu ada beberapa orang wakil rakyat dikatakan ada kepentingan dengan AKSB kerana itu ada usaha melindungi sesuatu yang berlaku di syarikat berkenaan. Sejauh mana kebenarannya ia sedang disiasat.

Jawatankuasa ini perlu ditubuh segera sekiranya bos AKSB tidak berani untuk membuat penjelasan apa yang sebenarnya berlaku di AKSB. Sudah tentu pihak pihak lembaga atau badan tertinggi mengenai AKSB termasuk badan pengurusan di mana salah seorangnya Exco berada di situ juga perlu mengetahuinya dan perlu menjelaskan kepada umum. Sesuatu jenayah yang berlaku dalam mana-mana syarikat (GLC) milik kerajaan terutamanya tidak boleh dibiarkan begitu saja.

Megenai kejadian itu jangan hendaklah ada apa-apa pembohongan di dalam laporan itu nanti. Buatlah secara telus, adil dan saksama. Laporan itu mesti berasaskan kepada keutamaan AKSB bukan soal-soal lain misalnya masalah kroni dan sebagainya. Sebaba apa yang saya diberi tahu ada juga masalah kroni berlaku di AKSB di mana ada kakitangan yang diambil tidak mengikut prosuder biasa tetapi diambil kerana dia anak-anak orang tertentu.

Saya dan orang ramai menanti apa cerita dan sandiwara yang berlaku dalam AKSB terutama kejadian menceroboh bilik rakan sendiri itu. Penjelasan segera kerana lamat membuat penjelasan ia boleh menyebabkan 'aliran air paip di Kelantan menjadi 'anju' dan ini menyusahkan rakyat. Rasanya rakyat Kelantan juga sedang menunggu penjelasan sebenar dan jelas mengenai kejadian berkenaan. Sumber : Merah Tinta MSO

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive