Showing posts with label Jeli. Show all posts
Showing posts with label Jeli. Show all posts

Thursday, 25 October 2012

PAS SEMAKIN RANCAK MENIPU RAKYAT KELANTAN DENGAN PELBAGAI PROJEK MEGA DI BAWAH HUSAM MUSA ???


Kalau sesiapa yang melalui jalan dari Pekan Rantau Panjang ke Panglima Bayu dan bila sampai di Kg Lalang Pepuyu kita akan lihat sebuah signboard mega yang di buat oleh kerajaan Pas Kelantan untuk mengula-gula dan menipu rakyat Kelantan. MEMBANGUN NEGERI BERKEBAJIKAN dengan megah serta beberapa gambar YB dan Nik Aziz dan di sebelah pula deretan projek mega yang akan di laksaksankan oleh kerajaan Pas.

Antara projek yang di janjikan untuk rakyat Jeli ialah:

1.Takaful Kifalah (Negeri Perintis)
2.Skim Al-Ziwaj
3.Skim Dividen Ladang Rakyat (4834 Penerima)
4.Tabung Serambi Mekah (RM5 Juta Setahun)
5.Skim Al Itam (Beras - 8419 Penerima)

Projek Negeri Di Parlimen Jeli


1.Perumahan PKINK - 313 Unit Di Bandar Jeli
2.Perumahan Kerajaan Negeri - 134 Unit Di Bandar Jeli
3.Pejabat Majlis Daerah Jeli
4.Kilang Air Mineral Di Batu Melintang
5.Jalan Jambatan Jerimbong - Ladang Tapis (Mac 2012)
6.Kilang Kelapa Sawit (CPO) - (Ogos 2012)

Rupa-rupanya hampir keseluruhan projek di atas adalah di bawah YB Husam Musa...Hebat weh Husam nih...seluruh Kelantan beliau jaga..Nik Aziz hanya jadi tukang tandatangan dengan tukang angguk sahaja...

Lihat siapa pengerusi Kilang Air Mineral Di Batu Melintang...

"Negeri Kelantan bakal mencatat sejarah baru apabila kilang pertama bagi pengeluaran, pembotolan dan pembungkusan air mineral semula jadi dibina di Batu Melintang, Jeli berikutan kelulusan tanah seluas 10 ekar oleh kerajaan untuk tujuan pembangunan industri pengeluaran air mineral. Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Sihhat – Afiat Sdn Bhd, YB Dato’ Husam Musa, pemilihan tapak kilang air mineral semula jadi di kawasan tersebut adalah atas gabungan nasihat pakar dari Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan dan Perunding Geologi Syarikat Sihhat di bawah usaha sama antara Tabb Global Sdn. Bhd dan Kelantan Utilities Mubarakan Holding Sdn Bhd (KUM) yang merupakan syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Kelantan."

Info bagi projek yang tersenarai di atas akan di paparkan di entri yang akan datang....

Tuesday, 11 September 2012

JANJI DITEPATI DARI TOK PA UNTUK RAKYAT JELI, TAPI NIK AZIZ JANJI APA ????


Politeknik Jeli dalam pembinaan dan  tersenarai sebagai 
hub pendidikan..



Hospital Jeli  siap sepenuhnya dan beroperasi 
untuk kemudahan penduduk Jeli dan sekitarnya...




Jambatan menghubungkan Bukit Bunga 
dengan sempadan Thailand - Buketa




Kampus UMK Jeli Kelantan tersergam indah dan megah 
serta menjadi kebanggaan Kelantan dan baru beroperasi..




Ini pulak banner yang paling pelik tetiba muncul di pusat bandar Jeli...
tapi jangan bimbang selagi orang UMNO Jeli masih bernafas 
kehijauan PAS tidak akan merebak ke sini....
Fikir2 dan renung2kanlah......

Sunday, 9 September 2012

PAS DENGAN JANJI DITABURI DI DAERAH JELI.....

Tengok dan nilai sendiri betapa para pemimpin dan ulamak Pas hanya reti 'menangguk di air yang keruh' setelah bertahun-tahun Tok Pa bertungkus lumus menjadikan Daerah Jeli membangun dengan pelbagai prasarana serta Hub Pendidikan. Tetiba muncul singboard yang paling 'bengong' di satru simpang isyarat bandar Jeli. PT tertarik untuk berkongsi dengan para pembaca dengan memaparkan gambar ini. 



Barangkali kerana terlalu hendak jadikan Parlimen Jeli dihijaukan maka di letakakan dengan bendera-bendera Pas di celah-celah deretan bendera BN. Berapakah imbuhan yang oara YB upah kepada pencacai PAS untuk memasang bendera di tepi jalan sekitar pusat jual beli Bukit Bunga. PT sempat merakam gambar kesungguhan mereka.


Tapi wahai pencacai PAS... tidak terfikirkah di kepala otak puak2 demo...sapo yang menjadikan Daerah Jeli seperti sekarang??  Tidak terlintaskah demosiapakah yang menjadikan sesetengah kaum keluarga boleh hidup senang lenang atas segala pembangunan yang telah di tepati dari janji-janji BN dulu??? Atau puak2 demo sengaja buat pekak atau sengaja membutakan mata demi meneruskan sebuah Kerajaan yang penuh dengan berjuta janji yang langsung tidak ditunaikan dan jauh sekali ditepati???? Apapun kita ada otak dan akal fikiran maka fikir-fikir dan renung-renungkanlah!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive