Showing posts with label Bendera Pas. Show all posts
Showing posts with label Bendera Pas. Show all posts

Sunday, 9 September 2012

PAS DENGAN JANJI DITABURI DI DAERAH JELI.....

Tengok dan nilai sendiri betapa para pemimpin dan ulamak Pas hanya reti 'menangguk di air yang keruh' setelah bertahun-tahun Tok Pa bertungkus lumus menjadikan Daerah Jeli membangun dengan pelbagai prasarana serta Hub Pendidikan. Tetiba muncul singboard yang paling 'bengong' di satru simpang isyarat bandar Jeli. PT tertarik untuk berkongsi dengan para pembaca dengan memaparkan gambar ini. 



Barangkali kerana terlalu hendak jadikan Parlimen Jeli dihijaukan maka di letakakan dengan bendera-bendera Pas di celah-celah deretan bendera BN. Berapakah imbuhan yang oara YB upah kepada pencacai PAS untuk memasang bendera di tepi jalan sekitar pusat jual beli Bukit Bunga. PT sempat merakam gambar kesungguhan mereka.


Tapi wahai pencacai PAS... tidak terfikirkah di kepala otak puak2 demo...sapo yang menjadikan Daerah Jeli seperti sekarang??  Tidak terlintaskah demosiapakah yang menjadikan sesetengah kaum keluarga boleh hidup senang lenang atas segala pembangunan yang telah di tepati dari janji-janji BN dulu??? Atau puak2 demo sengaja buat pekak atau sengaja membutakan mata demi meneruskan sebuah Kerajaan yang penuh dengan berjuta janji yang langsung tidak ditunaikan dan jauh sekali ditepati???? Apapun kita ada otak dan akal fikiran maka fikir-fikir dan renung-renungkanlah!!!

Monday, 2 July 2012

BIAR BETUL !!! BELUM PRU 13, BENDERA PAS DAH MNYEMBAH BUMI


Apakah makna di sebalik bendera Pas yang menyembah bumi ini. pT bukan pakar dalam meramal sesuatu yang akan berlaku di hari depan. Tetapi kalau mengikut firasat orang2 tua pada zaman dahulu kala, ada maksud yang tersirat disebalik sesuatu kejadian sebegini. pT sempat merakamkan semasa pT dalam perjalan ke bandar Kota Bhrau beberapa bulan yang lalu. Tiada apa yang menarik untuk pT kongsi bersama tetamu blog pT. Cuma satu pertanyaan dari pT untuk peyokong2 Pas, kenapa mereka hanya melihat serta membiarkan saja bendera 'keramat' mereka mencium jalanraya...

Mungkin nasib bendera Pas itu juga membawa maksud yang Pas akan kecundang di Negeri Cik Siti Wan Kembang ini di PRU 13 nanti. Maaf bukan pT meramal tetapi hanya membuat spekulasi di atas peristiwa yang berlaku. Tetapi tidak mustahil Kelantan akan dirampas dari tangan Pas jika kerjasama yang kukuh dari semua pihak samada pemimpin serta penyokong2 UMNO/BN dalam menentukan kejayaan.

Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

Friday, 15 June 2012

BIAR BETUL !!! TERLALU TAKSUB PINTU KEDAI DOBI BERLAMBANGKAN BENDERA PAS


Beberapa minggu yang lalu,  pT dengan seorang sahabat dalam perjalanan ke Kota Bharu atas suatu urusan peribadi. Handset pT kehabisan kredit, lalu pT berhenti di sebuah kedai untuk menambah kredit.  Bersebelahan dengan kedai top up pT terpandang ada sebuah kedai dobi yang menggunakan lambang bendera Pas sebagai pintu kedai. Satu pertanyaan  pT, adakah pelanggan selain dari penyokong-penyokong Pas yang mengunjungi kedai dobi tersebut?


Lalu pT bertanya kepada budak penjual topup kenapa dengan kedai sebalah tu. Dengan selamba budak penjual topup menjawab, katanya, penyewa  kedai dobi itu sudah lari kerana tiada pelanggan. 


" Mungkin pemilik asal kedai dobi tidak membenarkan penyewa kedainya untuk menukar pintu yang berlambangkan bendera Pas kepada pintu yang asal," katanya. 


PT hanya tersenyum sambil berlalu dan sempat merakam gambar pintu kedai dobi tersebut yang terletak di lokasi - Jalan Pengkalan Chepa Kota Bharu. Betul-betul di simpang lampu isyarat Taman Uda Murni. Lihat..bertapa taksubnya puak-puak ni , sehinggakan sanggup mengecat dan menjadikan bendera PAS sebagai pintu kedai. Jika berkesempatan melalui jalan tersebuat jangan lupa untuk meninjau kedai dobi yang dimaksudkan.


Sesetengah pihak yang taksub di dalam Pas sengaja menyamakan parti itu sebagai sebuah agama supaya ia dapat diletakkan dalam jajaran hati manusia. Sesetenghnya pulak sampai sanggup menjadikan bendera pas sebagai sejadah untuk solat.Hanya sebahagian sikap taksub para penyokong Pas kepada parti serta pemimpin meraka. 

Fikir-fikir dan renung-renungkanlah!!!!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive