Showing posts with label Ajaran pas. Show all posts
Showing posts with label Ajaran pas. Show all posts

Tuesday, 20 November 2012

VIDEO !!! BETULKAH ARTIS INI MURTAD KERANA PAS ???



Betulkah  join Parti Pas tidak murtad?? Kerana Pas parti serba boleh, doakan kehancuran sesama Islam,murtadkan sesama Islam dan bermacam-macam lagi..lihat apa jadi pada artis di bawah..



Rasa-rasanya, artis yang "mengaku" murtad ini kerana menjadi ahli UMNO dan menyokong Kerajaan BN ini mahu menyindir TG Nik Aziz berhubung dengan satu laporan akhbar yang mengaitkan kata-katanya, kononnya telah memurtadkan UMNO..

Panas punggung puak penyokong harami dengan kenyataan memperli TGNA nie der...Hanya Tuan guru munafik aje boleh bermain dengan murtad nie der.....Islam kunun tapi skandal pemimpin PAS lagi banyak berbanding ahli politik lain....


Sambungannya sila tekan

TOKEY JUS MINTA HENTIKAN ISU DOA KO UMNO/BN


Adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat di sini, semalam meminta semua pihak menghentikan spekulasi isu doa yang dibacakan selepas solat hajat sempena muktamar parti itu, Jumaat lalu.

Menurutnya, isu tersebut sudah berada di kemuncaknya dan tiada apa yang perlu diperkatakan lagi.

“Sudah cukup apa yang dilaporkan oleh media mengenai bacaan doa terbabit dan saya mengakui saya membacanya tanpa dipengaruhi sesiapa pun.

“Memang saya diarahkan menjadi imam dan bukan untuk doa itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Pada Jumaat lalu, Nik Razi didakwa mendoakan kehancuran terhadap Umno dan Barisan Nasional ketika solat Hajat sempena Muktamar Pas ke-58 di Stadium Sultan Muhammad IV.

Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Mahfodz Mohamed mengesahkan kandungan doa tersebut bukan atas arahan sesiapa, tetapi atas inisiatif Nik Razi sendiri.

Menurutnya, beliau berada sama ketika solat Hajat yang dihadiri lebih 40,000 orang.


PT
Adik doa hancur,abangnya pula kata murtad,dua2 dah .... sampai terlupa barangkali.Abangnya pernah berdoa untuk Tun dulu pun Allah dah tak terima sebab Pas parti sesat.Pas dah lama murtad kerana keluar dari Islam ambik agama kebajikan, satu lagi tukang jaja hudud untuk menraih undi dari rakyat. Akhirnya Hj Hadi tandatangan Hudud tiada dalam Pakatan Haram,Peliknya boleh pulak bagi tahu kepada rakyat hudud ni 0.001% jer setelah puak sesat Pas ni memecah belah habis orang-orang Islam di Malaysia.

Wednesday, 27 June 2012

MASUK PAS KERANA PAS ADALAH BADAN DAKWAH DAN TARBIYAH - AHMAD KAMBAR


BEAUFORT: PAS Sabah mencatatkan sejarah tersendiri apabila bekas Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Sabah dan Labuan, Ahmad Kambar (baju hijau) menyertai parti itu.

Ahmad berkata, beliau menyertai PAS atas pilihan sendiri dan yakin bahawa PAS bukan hanya sebuah parti politik semata malah bertindak sebagai badan dakwah dan tarbiyah yang memberi penekanan berdasarkan agama Allah.

Beliau yang juga pernah menjawat Pengarah Dakwah Bersepadu Negeri Sabah dan Penolong Pengarah Perancangan dan Penyelidikan di Ibu Pejabat Jabatan Perpaduan Negara serta berperanan penting dalam Jawatankuasa PsyWar semasa usaha Kerajaan Persekutuan menjatuhkan Kerajaan Sabah di bawah Parti Bersatu Sabah (PBS) pada awal 90an.

Beliau yang juga merupakan bapa saudara kepada Lahirul turut yakin dengan berdasarkan perkembangan terkini akan lebih ramai lagi bekas pegawai-pegawai tinggi kerajaan Sabah yang akan menyertai perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat.

pT
Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

WOOO !!! 'USTAZAH ABBY' JADI MANGSA KEGATALAN PAK LEBAI PAS






Tersenyum memanjang 'ustazah Abby' bila ramai pak lebai dan pak haji pas menghalakan lense kamera kearahnya. Jangan terperasan udahlah ustazah!!!
pT
Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

BIAR BETUL !!! ABBY ABADI KESAL DENGAN TUDUHAN



Abby Abadi semalam melahirkan kekecewaan apabila dituduh sebagai mendapat hidayah sesat.

Dipetik daripada akaun twitter miliknya, Abby yang kini tampil dengan imej bertudung, mempersoalkan mengapa ketika bersama Barisan Nasional, BN sebelum ini tiada pihak yang mengata dirinya.

Abby turut menjelaskan bahawa sejak Parti Islam, PAS meraikan penghijrahan beliau, pelbagai cerita mula timbul, sehinggakan ada yang menuduh dirinya mendapat hidayah sesat.

Sejak kebelakangan ini, ramai artis terkenal tanah air secara terang-terangan menyatakan sokongan mereka kepada Parti Islam, PAS malah ramai yang turut bergiat aktif sebagai aktivis parti Islam itu.

Abby juga mempersoalkan mengapa semasa beliau aktif di dalam dunia lakonan dan sibuk dengan dunia seni menghiburkan orang tiada pihak yang menuduhnya sesat, namun selepas beliau mula berhijrah, menutup aurat dan mula berdakwah dituduh pula mendapat hidayah sesat. - MPPon9

pT
Masing-masing ada otak, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

Sunday, 17 June 2012

PAS TAK IKHLAS TENTANG INSTITUSI RAJA - AHMAD MASLAN

BAGAN SERAI: PAS tidak ikhlas dan jelas dalam memperjuangan kedaulatan institusi raja di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata perkara itu dapat dilihat dalam isu membabitkan pemimpin mereka Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang tidak dikenakan tindakan berhubung kenyataannya mengenai pembidaan nombor pendaftaran kenderaan oleh Sultan Johor.

"Mungkin kerana ingin sedapkan hati rakan komponennya (DAP dan PKR), maka saya rasa mereka tidak akan ambil tindakan terhadap Nizar. "Nizar pula 'baling batu sembunyi tangan', berbelit-belit cakap, menuduh orang lain...jangan tuduh orang lain, sendiri yang tulis," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penerangan Perdana Parlimen Bagan Serai di sini, Sabtu.

Ahmad mencabar PAS untuk mengambil tindakan terhadap bekas menteri besar Perak itu dan jika gagal, ia menunjukkan parti itu bersekongkol serta bersetuju dengan perbuatan anggota Parlimen Bukit Gantang itu.

Khamis lepas, Sultan Johor melahirkan rasa murka terhadap Mohammad Nizar yang mengkritik tindakan baginda membida nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 menerusi laman Twitter, baru-baru ini.

Sementara itu, Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno berkata kenyataan PAS supaya anggota parti itu yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya umum menangguh ibadah haji tahun ini menunjukkan mereka 'mendaulatkan' parti. -BERNAMA

Saturday, 16 June 2012

BIAR BETUL !!!! RUPANYA ORANG JOHOR SELAMA INI JADI EKOR CICAK



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru rakyat Johor untuk membuat perubahan dengan menyokong Pakatan Rakyat menuju Putrajaya sepertimana yang ditunjukkan oleh beberapa tokoh Umno dan bekas pemimpin polis dan tentera yang kini menyertai perjuangan gabungan itu.

Bahkan, Abdul Hadi juga menggesa supaya rakyat negeri ini tidak menjadi seperti "ekor cicak" dalam usaha untuk menuju perubahan supaya tidak ketinggalan.

"Kita berharap orang Johor juga ikut buat perubahan. Kita tidak mahu orang negeri lain berubah, Johor tak berubah.

"Johor jadi ekor cicak. Ekor cicak kita tahu lah, putus ekor dia... (bunyi ekor menggelepar) tinggal situ saja. Jangan!. Johor mesti buat perubahan sama," katanya yang diiringi ketawa para hadirin.

Berucap kepada lebih 500 hadirin di Majlis Jamuan Rakyat di Tongkang
Pechah dalam parlimen Batu Pahat petang ini, Abdul Hadi berkata rakyat perlu menjadi hakim untuk menentukan pemerintahan dalam menepati maksud demokrasi.

Sementara itu, dalam sidang media selepas itu, Abdul Hadi berkata peluang PAS untuk menang dalam pilihan raya "tidak mudah tetapi tidak mustahil" untuk mencapainya.

Katanya lagi pembahagian kerusi dalam Pakatan Rakyat di negeri itu
mencapai tahap "95 peratus".

Ditanya berapa kerusi PAS akan bertanding, ahli parlimen Marang itu berkata: "Tunggu pada hari penamaan calon".

"Kita yakin mempunyai calon Pakatan yang cukup untuk mentadbir negara dan negeri," katanya. -mK

pT
Hakikatnya, apa jua bangsa, agama, warna kulit atau keturunan; anda adalah rakyat Malaysia dan berhak memilih dan menentukan corak kepimpinan anak-anak Malaysia, bijak sekarang, pilih yang terbaik untuk warisan anda. Tapi agak-agaklah, kalau  terlalu yakin untuk kemenangan sehinggakan 95%. Demi  keamanan serta keharmonian rakyat, semuanya terletak ditangan kita sebagai pengundi. Fikir-fikir dan renung-renungkanlah!!!

Friday, 15 June 2012

BIAR BETUL !!! TERLALU TAKSUB PINTU KEDAI DOBI BERLAMBANGKAN BENDERA PAS


Beberapa minggu yang lalu,  pT dengan seorang sahabat dalam perjalanan ke Kota Bharu atas suatu urusan peribadi. Handset pT kehabisan kredit, lalu pT berhenti di sebuah kedai untuk menambah kredit.  Bersebelahan dengan kedai top up pT terpandang ada sebuah kedai dobi yang menggunakan lambang bendera Pas sebagai pintu kedai. Satu pertanyaan  pT, adakah pelanggan selain dari penyokong-penyokong Pas yang mengunjungi kedai dobi tersebut?


Lalu pT bertanya kepada budak penjual topup kenapa dengan kedai sebalah tu. Dengan selamba budak penjual topup menjawab, katanya, penyewa  kedai dobi itu sudah lari kerana tiada pelanggan. 


" Mungkin pemilik asal kedai dobi tidak membenarkan penyewa kedainya untuk menukar pintu yang berlambangkan bendera Pas kepada pintu yang asal," katanya. 


PT hanya tersenyum sambil berlalu dan sempat merakam gambar pintu kedai dobi tersebut yang terletak di lokasi - Jalan Pengkalan Chepa Kota Bharu. Betul-betul di simpang lampu isyarat Taman Uda Murni. Lihat..bertapa taksubnya puak-puak ni , sehinggakan sanggup mengecat dan menjadikan bendera PAS sebagai pintu kedai. Jika berkesempatan melalui jalan tersebuat jangan lupa untuk meninjau kedai dobi yang dimaksudkan.


Sesetengah pihak yang taksub di dalam Pas sengaja menyamakan parti itu sebagai sebuah agama supaya ia dapat diletakkan dalam jajaran hati manusia. Sesetenghnya pulak sampai sanggup menjadikan bendera pas sebagai sejadah untuk solat.Hanya sebahagian sikap taksub para penyokong Pas kepada parti serta pemimpin meraka. 

Fikir-fikir dan renung-renungkanlah!!!!


BIAR BETUL !!! SAYA BIJAK SEBAB ITU SAYA MASUK PAS - AISHAH



Selebriti tanahair yang suam-suam kuku, Wan Aishah Wan Ariffin yang baru menyertai PAS mengajak rakyat agar sama-sama membuat perubahan politik dalam negara ini.

“Kita selalu ditakut-takutkan dengan perubahan. Inilah propaganda oleh Umno kononnya orang lain tidak boleh memerintah dan hanya Umno sahaja.

“Usah ingat hanya orang Umno saja pandai (memerintah). Hari ini, orang bijak pandai ramai yang sokong dan masuk PAS sekarang,” tegasnya ketika berucap pada majlis Sembang Santai Bersama Salebriti Aishah di Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir.

Menurutnya, setiap orang Islam wajib mencegah segala kemungkaran yang berlaku termasuk pemerintah yang zalim dan rasuah.

Katanya, jika berlaku kemungkaran tersebut perlu dicegah dengan tangan, mulut atau paling kurang kena benci dalam hati.

“Saya masuk PAS hari ini kerana cuba hendak baiki diri dengan Islam dan membesarkan anak-anak saya dengan Islam sebenar. Inilah proses penghijrahan diri saya yang pernah bergelar artis.

pT
Rupa-rupanya masuk Pas terus suci ? Patut la ada kawan aku penyokong Pas tapi perangai mengalahkan setan tetapi dia rasa maccm tidak bersalah  sebab bila sokong Pas conform ..... Conform apa aku tak tahu. Politik adalah politik... Islam adalah Islam... juga dgn parti Pas jadi fikir-fikir dan renung-renungkanlah!!!

Thursday, 14 June 2012

MANAKAH JANJI PAS KEPADA PENDUDUK SABAK?

Pantai Sabak dahulunya adalah sebuah lokasi peranginan laut yang terkenal di Kelantan. Pantai landainya yang putih bersih sentiasa menggamit pengunjung terutamanya pada setiap hujung minggu dan hari-hari kelepsan am.

Di sini terdapat kesan sejarah terpenting tanah air. Di sinilah tempat pendaratan tentera Jepun ke Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua. Di pantai ini dahulunya terdapat kubu peringatn pendaratan Jepun ini. Namun kini segala-segalanya telah lenyap di telan hakisan ombak. Satu pertanyaan yang tidak terjawab - Apa yang Menteri Besar Kelantan buat?

Industri keropok yang beroperasi sejak lebih 10 tahun lalu juga pernah diancam hakisan ombak. Namun syukurlah kata seorang pengusaha keropok yang di kenali sebagai Encik Yusoff. Dapat meneruskan industri keropok ini tanpa sebarang rasa resah dan celaru memikirkan masalah hakisan ombak. Projek pembinaan benteng yang di lakukan segera oleh kerajaan pusat ternyata dapat menyelamatkan mereka. Turut diselamatkan termasuklah punca pencarian harian kira-kira 10 orang penduduk sekitar yang bekerja di tempat perusahaan keropok berkenaan.

Untuk rekod, Kerajaan Pusat melulus peruntukan sebanyak RM2 juta bagi membina benteng sepanjang 340 meter di pantai Mukim Kemerok, Sabak. Membabitkan kos pertama antara RM40 juta hingga RM50 juta. Janji serupa pernah ditabur oleh Kerajaan Pas tetapi janji tinggal janji..Menurut seorng penduduk, pernah Kerajaan Pas membuat benteng tetapi menggunakan guni yang diisi pasir. Kerja yang sia-sia oleh Kerajaan Pas.Fikir-fikir dan renung-renungkanlah!!!


Sunday, 29 April 2012

TERSUNGKUR DIKAKI SYAITAN !!! Inikah perbuatan yang diajar oleh Lebai2 Pas???


Wartawan Mangsa Kekejaman Rejim Pakatan Rakyat

Mohamad Azri Salleh adalah seorang jurugambar di stesen televisyen yang terkenal dengan program bercorak keIslamannya,TV Al Hijrah.Semalam,sepertimana kebanyakan rakan medianya yang lain, Azri berada di sekitar pusat membeli-belah SOGO untuk mengambil sedutan atau ‘footage’ yang menarik sepanjang demonstrasi Bersih 3.0 berjalan.

Dia bukan orang UMNO,dia juga bukan penyokong Bersih 3.0, tetapi dia ada keluarga yang perlu disara dan diberi sesuap nasi.Azri juga bukan bekerja dengan media pro-kerajaan seperti Utusan Malaysia mahupun TV3.Majikannya terkenal dengan program bercorak Islamik,bukan program bercorak retorik.

Namun ada sesuatu yang cukup menyentuh hatinya.Dengan disaksikan kedua matanya sendiri,seorang anggota polis sedang dibelasah sekumpulan penyokong fanatik Bersih 3.0 di depan pusat membeli-belah itu.

Ketika itu anggota polis berkenaan berada di dalam kereta pasukan.Azri tahu yang dia harus berbuat sesuatu,bukan kerana anggota itu orang kerajaan,tetapi kerana yang dipukul itu adalah orang yang seagama dan sebangsa dengannya.Lebih dari itu,Azri tahu,anggota itu tidak melakukan apa-apa kesalahan, kalau pun dia berdosa mungkin kerana dia memilih untuk menjadi ‘anjing kerajaan’ – terma yang sering dirujuk oleh penyokong pembangkang kepada pegawai atau anggota PDRM.Lalu Azri cuba merayu agar tidak diapa-apakan anggota itu memandang dia hanya menjalankan tugasnya sebagai anggota polis dan tidak lebih dari itu.


Malangnya,bukan saja rayuan itu tidak diendahkan,malah Azri juga telah dibelasah tanpa belas kasihan oleh 20 hingga 30 orang penyokong Bersih 3.0 yang sedang ‘naik hantu’.Azri menjerit kesakitan.Kepalanya berlumuran darah,namun semua itu tidak diendahkan,bahkan pukulan yang diterimanya lagi teruk daripada apa yang terjadi pada anggota polis itu.Puas dia merayu,puas dia memohon simpati tetapi apa yang dapat hanyalah sepak terajang insan-insan yang kononnya ‘BERSIH’.Selepas puas dibelasah,Azri hanya dibiarkan sendiri menanggung kesakitan di lantai pusat membeli-belah itu sebelum diselamatkan. - MyNewsHub

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive