Showing posts with label Hj Hadi Awang. Show all posts
Showing posts with label Hj Hadi Awang. Show all posts

Thursday, 24 January 2013

GAMBAR 'KHALIFAH' GUANG ENG DIPIJAK PENYOKONG PAS ???

PULAU PINANG - Sekumpulan ahli Pas hari ini mengadakan demonstrasi membantah tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang meminta parti itu mengkaji semula penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Kumpulan yang diketuai bekas Ketua Pemuda Pas negeri, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin itu berarak kira-kira 100 meter bermula di hadapan Dewan Sri Pinang menuju ke firma guaman Karpal di Jalan Green Hall dekat sini.

Mohamed Hafiz berkata, kenyataan Karpal yang mahukan Majlis Syura Ulama Pas mengkaji semula pendirian itu merupakan tindakan biadab serta cuba mencampuri urusan agama Islam.

Tujuan kami berkumpul di hadapan pejabat beliau kerana kami ingin memberitahu kami menyokong penuh keputusan Majlis Syura Ulama Pas berhubung isu kalimah Allah. Dalam masa yang sama kami ingin memberi amaran kepada Karpal supaya jangan berterusan bersikap biadab dan cuba mencampuri urusan Pas kerana partinya sendiri tidak bersih" katanya kepada pemberita di hadapan pejabat Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu di sini.

Kumpulan yang turut disertai beberapa ahli Pas Kawasan Tanjong itu juga membawa pelbagai sepanduk yang tertera perkataan seperti 'Pas Wajib Keluar Pakatan', 'Kami Pertahankan Majlis Syura Pas' dan Meminta Orang Melayu jangan undi Karpal di Bukit Gelugor' serta mengibarkan bendera Pas dan melaungkan slogan anti-Karpal.

Kemuncak demonstrasi menyaksikan bendera Dap dipijak sebagai simbolik kemarahan mereka terhadap parti berkenaan.

Bagaimanapun tiada sebarang kejadian buruk berlaku kakitangan pejabat guaman Ahli Parlimen itu tidak keluar.

Karpal sebelum ini meminta Presiden Pas, Abdul Hadi Awang mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah hanya untuk umat Islam.

Karpal dilaporkan berkata langkah itu bertujuan memastikan pendirian Pas selaras dengan keputusan awal yang dicapai pemimpin pembangkang pada 8 Januari lalu. Selain Karpal, turut menjadi sasaran kemarahan ialah Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Saleh Man yang mana menurut Mohamed Hafiz terlalu takut menyuarakan pandangan tegas Pas negeri berhubung isu terbabit.

"Saleh boleh angkat kaki daripada terus memimpin Pas negeri jika beliau tidak mampu berbuat demikian. Apa yang Setiausaha Agung Dap dan Karpal beri kepadanya sehingga takut bersuara mempertahan Majlis Syura Ulama yang dipandang mulia ahli Pas"

Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR juga turut menjadi sasaran kecaman.

Wednesday, 2 January 2013

USTAD 'HIJAU' NI LAGI HEBAT DARI OSTAZAH 'PENING ???


“Isu amanat sudah berlalu sejak tahun 1981, tiba-tiba isu ini dibangkitkan semula walaupun sudah berlalu lebih 31 tahun,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Menurutnya, semasa isu itu dibangkitkan, ada di kalangan pemimpin Pemuda Umno masih memakai pampers lagi.

“Isu yang sepatutnya sudah selesai jika Debat PAS-Umno tidak dibatalkan pada tahun 1985,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Tambahnya, tujuan isu itu dihidupkan supaya ia menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu kepada PAS.

Harapan Umno, katanya supaya isu kafir mengkafir akan dihidupkan kembali kerana mereka sedar undi Melayu perlu dipungut dengan apa cara sekali pun.

Menurutnya lagi, undi bukan Melayu nampaknya sudah tidak ada harapan, walau pun Datuk Seri Najib memberikan wang sebanyak RM30 juta kepada sekolah Cina.

“Insya Allah isu amanat akan memakan diri Umno. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang meminta televisyen memberi ruang selama satu jam supaya dapat menjawab isu tersebut.

“Beliau juga bersedia untuk bermuzakarah dengan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) seperti yang diminta oleh Datuk Seri Rais Yatim. Cuma pertemuan tersebut perlu dirakam oleh pihak PAS sama,” katanya.

Beliau berkata, sepatutnya pihak Jakim juga perlu bersifat proaktif memanggil Tun Dr Mahathir yang mengatakan malaikat juga membuat salah.

PT

Semakin dekat dengan PRU13 semakin ramai para ahli nujum yang terdiri dari pak lebai dan ostad serta ostazah segera meramal tentang masa depan parti mereka. Kehebatan mereka ni melebihi Allah barangkali sehinggakan segala-segalanya mereka mengetahui tentang untung nasib dan perkara yang akan berlaku dimasa akan datang.

Tak tahulah samada puak-puak berstatus ostad dan ostazah ni betul-betul waras atau sebaliknya.Janganlah kita dibuta mata dan hati dengan puak-puak ni. Fikir-fikir dan renung-renungkanlah !!!

Monday, 19 November 2012

INGATKAN 100% RUPANYA 54% ANWAR LAYAK JADI PM ???



SHAH ALAM - Sementara polemik siapa yang seharusnya menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat (PR) membentuk Kerajaan Pusat berterusan, bancian 'online' menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pilihan ramai.

Seramai 54 peratus daripada 1,139 pengunjung yang menyertai bancian 'online' kendalian Sinar Harian Online mengatakan bahawa Anwar, Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR, layak menjadi Perdana Menteri.

Ia disusuli dengan 34 peratus yang memihak kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan 12 peratus pula memilih Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Berdasarkan perkembangan semalam, kedua-dua Anwar dan Hadi membuat kenyataan media bahawa Pas dan PKR sedia mengadakan perbincangan mengenai isu tersebut.

"Memang betullah. Boleh bincanglah," kata Hadi pada sidang media selepas menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Tahunan Pas ke-58 petang semalam.

Hadi ditanya pandangan beliau berhubung kenyataan Anwar pagi semalam, yang berkata, isu jawatan Perdana Menteri bukan "satu masalah."

"Tiada masalah, tak ada apa, kita boleh bincang dengan baik," katanya selepas merasmikan Konvensyen Halatuju Pendidikan Negara di Universiti Selangor.

Idea supaya Hadi layak menjadi Perdana Menteri dibangkitkan oleh perwakilan Dewan Ulama kelmarin. Ia sekali lagi disahkan oleh Dewan Ulama semalam dan turut mendapat sokongan Dewan Muslimat semalam. Sumber

PT
Apa ? Hanya 54% saja, ingatkan 300% ke yang undi online yang dianjurkan, kalau macam nilah, entah-entah yang mengundi pun dari kalangan penyokong Anwar. Langsung tidak boleh digunapakai. PRU 13 entah bila tarikhnya jawatan PM sudah menjadi kerusi panas dikalangan pemimpin pakatan. Nampak sangat dalam kepala otak pemimpin atasan pakatan ni lebih mementingkan kerusi PM daripada yang berkaitan dengan kepentingan rakyat. Inikah calon yang akan kita angkat jadi PM yang ke 7 untuk Malaysia???

Saturday, 17 November 2012

KESIAN ANWAR, HJ HADI NAK JADI PM PULAK ???



KOTA BHARU - Beberapa perwakilan Pas di Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58 di sini hari ini menyokong cadangan agar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipilih menjadi Perdana Menteri apabila pembangkang menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

Mereka berkata ini bagi memastikan sinar Islam subur di negara ini.

Perwakilan Kapar, Mohd Senu Saad berkata cadangan oleh Perwakilan Dewan Ulamak Pas, Hairun Nizam itu adalah tepat pada masanya dan perlu disokong oleh semua umat Islam di negara ini.


"Kami perwakilan sangat bersetuju demi melihat kesuburan sinar Islam terus berkembang di negara ini," katanya ketika ditemui sewaktu muktamar itu berhenti rehat.

Beliau berkata tidak ada calon lain yang lebih layak selain Abdul Hadi.

Perwakilan Serdang, Nik Razak Nik Hashim yang turut menyokong cadangan itu yakin semua rakyat terutama umat Islam di negara ini turut menyokongnya.

Nizam ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada sebelah pagi mencadangkan parti itu tidak perlu berkempen untuk pemimpin lain menjadi perdana menteri selain Abdul Hadi.

Beliau berkata Abdul Hadi merupakan calon terbaik memegang jawatan perdana menteri sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya itu. - Bernama


PT
Hahahaha nak suko weh...sah puak-perwakilan Pas ni memang 'tak kaba'  cuba lihat keputusan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat malam tadi dan diumumkan oleh 'Bapa Komunis' untuk melantik Anwar Ibrahim sebagai PM ke tujuh. Perwakilan Pas pulak dok membengongkan diri mengatakan HJ Hadi layak jadi PM...Anwar nak jadi PM negara mana pulak??? Alahai tak sempat berkuasa dah berebut nak jadi PM... Belum apa2 lagi Allah dah tunjukkan betapa " BERPAKATNYA PAKATAN " puak2 ni...terimalah gambaran awal dari Allah ketika ini sebagai pedoman kita untuk mengundi nanti...sesungguhnya Allah masih sayangkan negara ini dan dipelihara olehNya dari puak2 yang rakus dan gelojoh untuk memerintah....tiada keraguan lagi...dengan petunjuk Allah ini, hanya UMNO/BN yang mampu memerintah negara ini....

Saturday, 6 October 2012

MUSTAFA ALI JAWAB SINDIRAN AZMIN ALI !!!


KUALA LUMPUR: Perselisihan antara Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dengan Azmin Ali berterusan lagi apabila beliau membalas sindiran Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan mengatakan ‘anak emas Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebut terlalu bercita-cita’.

Malah Mustafa yang juga orang kanan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara berkias dan sinis berkata, sebagai orang tua, beliau faham akan perasaan dan juga cita-cita politik seorang pemimpin muda seperti Ahli Parlimen Gombak itu.

“”Saya tidak perlulah komen apa-apa tetapi sebagai orang tua, saya faham perasaan dan cita-cita besar dia seorang pemimpin muda. Biarkanlah dia,” katanya penuh tersirat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai menjawab sindiran Azmin kepada pemberita di sini hari ini.

PT
Memanglah dari dulu lagi Azmin Ali ni terlalu 'lapar' dengan jawatan tinggi. Kalau ditakdirkan Anwar jadi PM...takkan lah Anwar nak biarkan 'anak emas' beliau ni tanpa sebarang jawtan menteri kabinet.. Apa la punya pemimpin Pas ni itu pun tak tahu... apa saja yang diarah oleh Anwar, berkaitan politik atau hal2 peribadi Azmin tidak sekali-kali membelakangkan bapak Anwar. 

Umum pun tahu macamana hubungan Anwar dengan isteri Azmin sendiri, apapun sendiri fikirlah.....

Friday, 21 September 2012

KENAPA BARU SEKARANG HJ HADI MENYAMAN DR MASHITAH ???




Haji Hadi akhirnya saman Datuk Dr Mashitah dan Akhbar Sinar berhubung isu beliau kononnya difitnah ada skandal seks dan akhirnya kahwin dengan isteri baru beliau satu ketika dulu. Persoalannya kenapa baru sekarang Hj Hadi Awang, Presiden Parti Pas bertindak untuk saman kedua defendan tersebut ?

Imbas kembali apa yang Datuk Dr Mashitah perkatakan mengenai tingkah laku dan tahap moral pemimpin pakatan haram ketika kes Ustaz Badrulamin ditangkap bersama isteri orang satu ketika dulu ;

Penangkapan Ahli Mahlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon yang dituduh berkhalwat dengan isteri orang di Kuantan minggu lalu adalah kesinambungan krisis moral yang membabitkan ramai pemimpin pakatan pembangkang. Gelaran ustaz dan orang kuat Anwar Ibrahim tidak menjadikan beliau kebal; malah dilaporkan dibelasah sebelum diserah kepada Jabatan Agama Islam Pahang.

Mengikut laporan, beliau mempertahankan diri dengan beri alasan cuba membantu isteri yang lari daripada suami kerana ingin menyelesaikan krisis rumah tangga. Mungkin benar, mungkin tidak. Beliau kini direhatkan sebulan sementara kesnya disiasat.

Berlakunya penangkapan ini dalam waktu persiapan pilihan raya umum tidak lama lagi pasti meletakkan pakatan pembangkang dalam keadaan tertekan. Mereka perlu lakukan damage control, apatah dengan pelbagai krisis yang dihadapi di Kedah (pemberontakan ahli Exco Pas terhadap Menteri Besar), Selangor (skandal curi pasir dan longgokan sampah) dan Pulau Pinang (diskriminasi terhadap orang Melayu dan projek kroni). Kewujudan Pas yang berpuak-puak di Kelantan serta perkelahian antara parti komponen Pakatan Rakyat di Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan, Johor dan Perak benar-benar menguji persediaan pembangkang menghadapi PRU ke-13 nanti.

Apa pun, kes Badrul Amin mengingatkan kita kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang juga pernah ditangkap berkhalwat dengan isteri kawannya sendiri di Kota Bharu kira-kira 12-13 tahun lalu. Ketika itu beliau Ahli Parlimen Kubang Kerian. Ketika ditangkap, isteri kawannya berada di dalam bilik hotel, manakala Mohamad Sabu hanya memakai tuala. Beliau dibicarakan di mahkamah Kelantan tetapi akhirnya dibebaskan.

Tidak kurang hebatnya cerita Adun Pas Selising ditumbuk seorang lelaki di stesen keretapi Wakaf Bharu beberapa tahun lalu kerana disyaki berzina dengan isteri orang dalam gerabak keretapi. Khabarnya kes ini terpaksa diselesaikan sendiri oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Penyokong parti pembangkang diketahui sering menyimpan rahsia keburukan pemimpin-pemimpin mereka, terutama berkaitan skandal seks, projek atau rasuah. Mereka cuba menonjolkan imej baik dan maksum. Namun, adakala bagai menutup bangkai dengan nyiru.

Skandal membabitkan bos Badrolamin – Anwar Ibrahim – berlarutan 20 tahun. Dua kali dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan liwat, beliau dibebaskan atas sebab-sebab teknikal. Namun, majoriti rakyat, terutama mereka yang mengenali beliau secara rapat, tahu latar belakang dan orientasi seksnya.

Semasa diberi peluang menjawab tuduhan salah laku seks di mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 2 September 1998, Anwar menzahirkan kemarahan dengan menumbuk meja. Beliau tidak menjawab tuduhan, malah pusing cerita mengatakan bahawa beliau juga boleh berkonspirasi menjatuhkan Presiden parti dengan menghantar wanita kepada Tun (ketika itu Datuk Seri) Mahathir Mohamad. Maksudnya, beliau diperangkap.

Turut menuduh beliau ketika itu ialah Mohamad Sabu, yang memberinya gelaran Anwar al-Jub***. Namun, bila Mat Sabu sendiri terbabit dengan skandal seks, dia ikut cara Anwar, iaitu menuduh Umno telah memerangkapnya. Tidak mengejutkan Ustaz Badrul Amin juga juga akan menuduh Umno dalang dalam kes khalwatnya.

Presiden Pas sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu. Beliau dikatakan mengambil gadis itu untuk dijadikan isteri ke-3. Beliau menafikan.

Begitu juga dengan bekas Speaker DUN Kelantan, yang dikatakan bernikah dengan wanita lewat 20-an dari Kemboja bernama Haseena sekitar waktu yang sama, tanpa pengetahuan isteri pertamanya. Perkahwinan bekas Adun Pas Melor dengan wanita Kemboja yang berakhir dengan perceraian mendapat liputan media secara meluas kerana kesnya berlarutan beberapa tahun di mahkamah. Dilaporkan bekas isterinya menuntut pampasan RM3 juta kerana mengetahui Adun Pas itu mampu serta memiliki harta yang banyak. Dari sumber menyatakan YB tersebut masih berhutang dengan syarikat peguam yang menguruskan proses penceraian dengan wanita Kemboja tersebut.

Rakyat jelata tidak seharusnya terpengaruh dengan gelaran ustaz atau lebai hatta tuan guru daripada kalangan pemimpin parti pembangkang. Ataupun terpegun dengan jubah yang labuh, serban yang tinggi atau janggut yang panjang. Hakikatnya mereka adalah ahli politik yang boleh tergoda dengan wanita dan memiliki nafsu seperti orang lain. Mereka juga boleh terpalit dengan dosa walaupun pada waktu yang sama menuduh orang lain kafir.

(Pada 2 Mac - Mashitah dalam tulisannya bertajuk Skandal Seks, Krisis Politik Pakatan di akhbar Sinar Harian ; rujuk kepada kolum mingguan ‘Langit Terbuka’ yang ditulis Mashitah bertajuk ‘Skandal seks, krisis politik Pakatan’ dan disiarkan pada Mac lalu.)

Dalam kes saman ini, Hj Hadi menamakan Mashitah sebagai defendan pertama dan akhbar Sinar Harian sebagai defendan kedua.

PT

Apapun kita masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

Wednesday, 12 September 2012

INDIVIDU HINA GAMBAR PEMIMPIN PR DIKESAN POLIS


KUALA TERENGGANU - Polis sedang mengesan individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan menghina gambar pemimpin Pakatan Rakyat yang disiarkan di sebuah portal berita Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah/Perundangan Terengganu Supt Luqman Abdul Rahman berkata siasatan dilakukan setelah polis menerima laporan berkenaan perkara itu di Balai Polis Kerteh, Kemaman, Sabtu lepas.

"Gambar dalam portal berkenaan menunjukkan beberapa lelaki melakukan perbuatan menghina pemimpin Pakatan Rakyat antaranya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Salah seorang daripada mereka seolah-olah membuang air kecil pada gambar pemimpin itu. Perbuatan yang dilakukan ini kita kira sangat serius kerana ia menyalahi undang-undang," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Luqman berkata setakat ini polis masih mengesan sama ada kejadian sebenar berlaku di Terengganu atau di tempat lain serta latar belakang kesemua suspek.

Beliau menggesa individu yang bertanggungjawab tampil menyerah diri secepat mungkin dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi balai polis berhampiran.- Bernama

PT
Apa pun tahniah buat pdrm, inilah masanya membuktikan integreti anda, membuktikan anda pelindung dan milik semua. Tindakan tidak memihak, harap berterusan begini. Fikir2 dan renung2kanlah....

Monday, 10 September 2012

USTAD NASHA MASIH KEKAL DALAM MAJLIS SYURA - PRESIDEN PAS


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengumumkan bahawa bekas timbalannya, Nasharudin Mat Isa masih kekal sebagai anggota Majlis Syura Ulama parti itu.

Katanya, kedudukan Nasharuddin tidak dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa berkenaan, yang berlangsung selama dua jam bermula jam 9 malam sehingga lewat malam malam ini.

Sebaliknya, mesyuarat berkenaan adalah untuk membincangkan mengenai calon PAS yang akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, kata Abdul Hadi lagi kepada pemberita.

"Tidak ada dalam agenda (mesyuarat). Tak ada. Dan dia hadir dalam mesyuarat. Dia masih lagi jadi ahli Majlis Syura Ulama," katanya menjawab soalan pemberita berhubung isu kedudukan bekas timbalan presiden itu.

"(Jadi) tidak timbul apa-apa masalah. Siapa yang timbul masalah (ini) ?" soal Abdul Hadi.

Kenyataannya itu sekali gus menamatkan spekulasi berhubung kedudukan Nasharudin yang dilihat sebagai duri dalam daging parti itu, ekoran kenyataan MP Bachok itu sebelum ini.

Ditanya sama ada Nasharudin akan kembali dicalonkan PAS dalam pilihan raya itu, Abdul Hadi berkata perkara itu akan diumumkan kemudian.

"Itu tunggu pilihan raya (nanti) termasuk saya sendiri tak tahu jadi calon ataupun tidak," katanya.

Mengulas lanjut mengenai senarai calon itu, Abdul Hadi berkata ada kawasan PAS tertentu yang menyenaraikan sehingga empat calon bagi kawasan berkenaan.

Katanya, mesyuarat itu membincangkan bahawa PAS perlu meletakkan calon yang berwibawa dari sudut Islam dalam pilihan raya itu."Majlis Syura meluluskan semua nama-nama yang dicalonkan walaupun ada satu parlimen atau satu DUN untuk seorang sahaja (untuk bertanding).

"Terpulang kepada PAS negeri dan PAS kawasan (untuk memutuskan senarai tersebut)," katanya lagi dalam sidang media di ibu pejabat parti itu.

Nasharudin, yang kelihatan ceria selepas mesyuarat berkenaan, turut menyertai sidang media bersama Abdul Hadi dan juga seorang naib presiden PAS, Salahuddin Ayub, namun enggan memberi sebarang ulasan.

Sementara itu, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat beredar daripada pejabat agung PAS kira-kira jam 9.20 malam tanpa memberi sebarang kenyataan kepada pihak media.

Nasharudin mencetus kontroversi sebelum ini ekoran kenyataannya yang menggesa PAS meninggalkan Pakatan Rakyat kerana pengerusi DAP Karpal Singh berkeras menolak pelaksanaan hudud. -MK

Tuesday, 28 August 2012

SIRI PEMIMPIN PEMBANGKANG DIAIBKAN !!!




Sebelum ini Nasharuddin Mat Isa telah dimaki dan dihina oleh pemimpin-pemimpin dan media pro-pembangkang. Beliau dianggap begitu jijik oleh rakan taulan pro-pembangkang.

Di antaranya :

Pemuda PAS sedikit pun tidak rugi jika individu seperti Nasharuddin Mat Isa mengangkat kaki meninggalkan parti, kata Setiausaha Pemuda PAS Kelantan.


Selain daripada itu, bloggers pembangkang turut memainkan peranan besar untuk menghina dan memburuk-burukkan Nasharuddin Mat Isa.

Di antara kenyataan penghinaan tersebut:

Dengan pelbagai masalah disiplin dan berpendirian yang bertentangan dengan amal jamaiyy di dalam banyak hal, maka sewajarnya kedudukan Nasharuddin sebagai ahli Majlis Syura disemak semula dan beliau sepatutnya digugurkan dari menganggotai majlis berkenaan.


Selain daripada itu, isu Nasharuddin bersama Perdana Menteri Malaysia di Mekah juga telah membuka pintu seluas-luasnya untuk rakan politik PAS menghentam dan menjatuhkan maruah Nasharuddin tanpa memikirkan consequences yang berlaku dek kelatahan mereka.

Sila baca di bawah :

PAS Kelantan tidak lagi memerlukan Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa dan tidak akan mencalonkan beliau pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Timbalan Pesuruhjaya Pas III Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata pengundi PAS di Bachok juga menolak Nasharudin dan mahu beliau digantikan dengan calon lain pada PRU akan datang.
seterusnya


Dan kenyataan yang paling keras sekali ialah daripada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. Dalam satu kenyataan di sidang media, beliau menyifatkan Nasharuddin Mat Isa, Ahli Parlimen Bachok sudah kehilangan sokongan akar umbi dan tidak relevan lagi bagi perjuangan Pas.

Akan tetapi, segala penghinaan dan maki hamun terhadap Nasharuddin Mat Isa tertempelak kembali ke muka Hadi Awang, PAS Kelantan, Pemuda PAS Kelantan, bloggers pembangkang dan Pemimpin-pemimpin PAS yang lain apabila Ketua Dewan Ulama PAS menyokong Nasharuddin Mat Isa!

Bukan itu sahaja, Hadi Awang dimalukan apabila Ketua Dewan Ulama PAS menganggap Nasharuddin masih relevan!

Seriously, dimanakah Presiden PAS itu mahu menyorokkan muka beliau itu? Malunya!

Sila baca di bawah :

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib secara terbuka menyatakan sokongan terhadap Nasharudin Mat Isa serta menegaskan bekas Timbalan Presiden Pas itu masih relevan dalam perjuangan Pas.

"Saya sudah cakap dari dulu lagi, Nasharudin masih relevan.

Beliau bekas Timbalan Presiden dan meskipun tidak terpilih pada muktamar lalu, Nasharudin masih mampu menyumbang kepada perjuangan Pas," katanya.

Kenyataan terbuka Harun disifatkan sebagai tamparan kepada Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengambil pendirian seolah-olah Ahli Parlimen Bachok tersebut sudah tidak penting.

Beliau bagaimanapun menasihati Nasharudin agar menggunakan saluran yang betul dalam mengketengahkan rasa tidak puas hatinya terhadap golongan yang mahu menyingkir beliau dari parti.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Nor Azmi Musa turut menyatakan sokongan terbuka terhadap Nasharudin serta menyifatkan beliau sebagai masih relevan dalam mempertahankan maruah Pas, walaupun kritikannya terhadap parti agak keras.

"Beliau adalah bekas Timbalan Presiden, sudah tentu masih relevan.

"Mungkin ramai yang tidak senang dengan kelantangan beliau namun jangan sesekali menidakkan sumbangannya terhadap parti," tegas Nor Azmi.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak itu turut menggesa Majlis Syura Ulama agar mengadili Nasharudin dengan sebaik-baiknya dan memberikan bekas Timbalan Presiden itu untuk memberi penjelasan.

Sebelum itu, Abdul Hadi dalam satu kenyataan di sidang media menyifatkan Ahli Parlimen Bachok itu sudah kehilangan sokongan akar umbi dan tidak relevan lagi bagi perjuangan Pas - KLPos


Kita tunggu keputusan Majlis Syura PAS. Tetapi, walau apa pun keputusan Majlis Syura, rakyat sudah dapat menilai kerapuhan, ketidakefesienan dan pertelagahan hebat sesama kepimpinan PAS. Itu yang lebih penting dan bakal memudaratkan parti tersebut di PRU13 kelak.

Apa pun, di antara pihak yang melompat kegembiraan dek perbalahan sesama pemimpin PAS itu ialah parti DAP. Mahu tak mahu, PAS terpaksa akur kepada arahan DAP demi mendapat sokongan yang semakin merudum. - dr.mim

PUTRAJAYA LEBIH PENTING DARI AKHIRAT - PAS



APABILA Pas membuat keputusan menjalinkan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam pakatan pembangkang ramai tertanya-tanya, apakah Pas membuat tindakan yang betul.

Ia memandangkan Pas yang ditubuhkan oleh sekumpulan ulama mempunyai misi bagi melaksanakan pemerintahan Islam dan memperjuangkan hukum hudud.

Tetapi sejak pilihan raya umum lalu, apabila Pas berjaya menawan Kedah dan mempertahankan kekuasaan di Kelantan serta membantu PKR dan DAP memerintah Pulau Pinang dan Selangor, kita jarang mendengar Pas bercakap soal hukum hudud.

Keadaan itu berlaku kerana atas hasrat menjaga hubungan dengan kedua-dua parti berkenaan, Pas dengan rela hati mengorbankan perjuangan negara Islam dan hukum hududnya.

Apa yang lebih banyak kita dengar sebelum ini ialah keterujaan Pas untuk bersama-sama PKR dan DAP menumbangkan Barisan Nasional (BN) bagi membolehkan mereka menguasai Putrajaya.

Sebab itulah dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, Pas menghasilkan manifesto bertemakan ‘Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih - Menuju Negara Berkebajikan’. Ia sekali gus bermakna secara rasmi Pas sudah meninggalkan perjuangan negara Islam dan hukum hudud demi meraih sokongan politik.

Justeru bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat acuh tidak acuh dalam isu penentangan oleh DAP melalui Pengerusinya, Karpal Singh berhubung hukum hudud.

Sebaliknya, Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas mesyuarat Lujnah Politik Pas lebih selesa mahu terus menjaga kepentingan politik Pas apabila menganggap penentangan Karpal adalah perkara biasa dan menuding jari mempersalahkan UMNO berikutan kemelut yang berlaku.

Biar pun Abdul Hadi dalam kenyataannya menegaskan bahawa hukum hudud akan dilaksanakan mengikut lunas-lunas demokrasi namun ia boleh dianggap satu jawapan ibarat lepas batuk di tangga sahaja.

Ternyata Pas tidak mahu isu hukum hudud menggugat hubungannya dengan dua parti kesayangan mereka iaitu PKR dan DAP.

Tidak kisahlah kalau Pas terus diperkotak-katikkan atau dilihat dibuli dalam pakatan pembangkang yang pasti Pas sanggup menempuh itu semua semata-mata tidak mahu dipinggirkan oleh kedua-dua parti itu dalam memburu kuasa.

Berdasarkan kepada kenyataan Abdul Hadi dan Pas yang ternyata tiada langsung menunjukkan keseriusan parti itu memperjuangkan hukum hudud maka tidak perlulah pemimpin dan penyokong tegar Pas di peringkat akar umbi bermuram durja kerana terbukti kini Pas bukan lagi memperjuangkan Islam.

Harapan untuk mereka melihat pemimpin atasan bermati-matian mempertahankan perjuangan Islam dan hukum hudud serta berani menyanggah penentangan DAP hanyalah satu mimpi indah yang tidak kesampaian.

Ternyata sekali lagi, hukum hudud hanyalah mainan politik Pas menjelang pilihan raya, kalau benar mereka serius memperjuangkan perkara berkenaan sudah pasti mereka akan senada dengan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa.

Namun malangnya ketegasan Nasharudin mempertahankan dasar dan prinsip perjuangan Pas serta membela maruah parti itu dianggap suara ‘pemimpin yang sudah ditolak oleh akar umbi’.

Demikianlah hebatnya Pas mempertahankan kerjasama dengan PKR dan DAP sehinggakan mana-mana juga pemimpinnya yang dilihat tidak mahu menjaga hubungan berkenaan akan dipinggirkan.

Mungkin atas alasan itulah pimpinan Pas menyerahkan kepada Majlis Syura Ulama menentukan tindakan ke atas Nasharudin, ini sekali gus memberi gambaran bahawa Ahli Parlimen Bachok itu sememangnya bersalah pada kaca mata Pas kerana membuat kenyataan meminta parti itu mengkaji kedudukannya dalam pakatan pembangkang.

Nasharudin adalah pemimpin kedua dalam Pas yang mungkin akan disingkirkan selepas Datuk Dr.Hasan Ali dipecat daripada Pas kerana dilihat tidak senada dengan parti itu dalam memberi sokongan kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Soal sama ada mereka mempertahankan maruah atau martabat Pas, Islam mahupun dasar parti bukanlah perhitungan utama sebaliknya semua pemimpin Pas perlu akur untuk terus ‘berpeluk’ dengan pemimpin PKR dan DAP, biar pun Pas diperkotak-katikkan serta menjadi ‘pak turut.

Semua itu tidak penting bagi kepimpinan Pas kerana apa lebih utama memburu kuasa politik, Pas mungkin sudah bosan hanya memerintah satu dua negeri, Pas ingin menjadi pemerintah pusat selepas 66 tahun berjuang dalam arena politik negara.

Justeru yang mana boleh dikorbankan hatta prinsip perjuangan sendiri pun maka ia harus dikorbankan asalkan Pas boleh berada ‘sekapal’ dengan PKR dan DAP menuju ke Putrajaya.

Sikap terbaru Pas ini yang tidak bersungguh-sungguh mempertahankan perjuangan Islam dan hukum hudud perlu menyedarkan penyokong mereka di peringkat akar umbi bahawa suara mereka tidak penting bagi pimpinan atasan.

Tambahan pula, Pas kini sudah kehilangan keyakinan diri sebagai sebuah parti yang hebat dan pemimpin mereka lebih takut dengan desakan pemimpin-pemimpin PKR dan DAP berbanding penyokong sendiri.

Atas sebab itulah Pas dilihat lebih rela menghukum pemimpin sendiri yang berjuang atas prinsip mempertahankan maruah parti daripada melukakan hati pemimpin PKR dan DAP.

Pas memahami biar pun perjuangan Islam dan menegakkan hukum hudud seharusnya menjadi keutamaan namun kegelojohan untuk menumbangkan BN dan UMNO telah menutupi hasrat berkenaan.

Apatah lagi Pas tahu kalau mereka ingin terus kekal dalam pakatan pembangkang, mereka perlu melupakan hukum hudud kerana parti itu tidak akan disokong oleh mana-mana pemimpin-pemimpin PKR atau DAP.

Ia jelas apabila Anwar sendiri konsisten menolak hukum hudud Pas atas alasan ia tidak ada dalam kesepakatan pembangkang melalui penghasilan Buku Jingga.

Semua orang tahu, dalam pakatan PKR dan DAP mempunyai hubungan yang jauh lebih akrab berbanding hubungan mereka dengan Pas. Malahan mereka tidak pernah berasa gentar dengan ancaman politik Pas sebab mereka tahu Pas hanya ‘pak turut’ dan tidak memiliki kekuatan bagi membangkang kehendak mereka.

Berdasarkan kepada keadaan itulah PKR dan DAP tidak perlu bersusah payah mewujudkan forum bagi menyelesaikan perbalahan antara Karpal dan Nasharudin.

Tidak payah DAP hendak meminta Penasihatnya, Lim Kit Siang atau Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng bersuara, cukuplah Karpal seorang berhadapan dengan pemimpin-pemimpin Pas.

Pemimpin-pemimpin PKR dan DAP memahami sikap konsisten Karpal dalam isu hukum hudud sudah cukup ampuh bagi berhadapan dengan mana-mana pemimpin Pas.

Kenyataan Abdul Hadi semalam bahawa Pas tidak perlu mentarbiyahkan Karpal mengenai hukum hudud sudah menampakkan dengan jelas ketidakberanian Pas mempertahankan perjuangan Islamnya.

Mereka tidak ada kekuatan untuk berhadapan dengan pakar undang-undang seperti Karpal sebab pelaksanaan hukum hudud yang dicanangkan oleh Pas bukannya mahu dilakukan secara bersungguh-sungguh tetapi sekadar mencari modal politik menjelang pilihan raya sahaja.

Kalau mereka yakin bahawa pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan adalah betul maka sudah pasti mereka akan mengajak pemimpin-pemimpin DAP terutamanya Karpal berdebat.

Tetapi biasalah pemimpin-pemimpin Pas hanya berani berkokok kuat di hadapan pemimpin-pemimpin UMNO sahaja, namun akan kecut perut apabila perlu berhadapan dengan pemimpin PKR atau DAP bagi mempertahankan prinsip mereka.

Demikianlah nasib Pas sebuah parti yang ditubuhkan 66 tahun lalu atas hasrat memperjuangkan Islam tetapi akhirnya lemas akibat memburu puncak kekuasaan, kesudahannya hukum hudud ditinggalkan, Putrajaya diutamakan.

Monday, 27 August 2012

AKSI SHEIKH PADZIL BILA BERDEPAN DENGAN TUN M DAN HJ HADI !!!



Aneh apabila melihat aksi Sheikh Fadzir ketika berdepan dengan Tun Mahathir, kerana sebelum ini Sheikh Fadzir tidak pernah mencium tangan Anwar Ibrahim mahu pun tokoh-tokoh 'ulamak' PAS sebagaimana yang beliau lakukan ketika berhadapan dengan Tun Mahathir dan Tun Hasmah.


Usahkan mencium tangan, beliau juga tidak pernah tunduk hormat kepada pemimpin-pemimpin pembangkang, foto di bawah menjelaskan segala-galanya.





Para pemerhati politik berpendapat, Sheikh Fadzir 'musibat' mempunyai agenda peribadi kerana dalam politik itu tiada apa yang berlaku secara kebetulan.

Nak tahu kenapa 'musibat' ini keluar UMNO, sila klik artikel di yuseriyusoff.blogspot.com

Sunday, 12 August 2012

BIAR BETUL !!! HAJI HADI RELA SOKONG TINDAKAN DAP TOLAK HUDUD ???


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tindakan pengerusi DAP Karpal Singh menolak pelaksanaan hukum hudud bukanlah satu perkara yang menghairankan.

Akhbar Sinar Harian memetik Abdul Hadi sebagai berkata, Karpal dan pemimpin DAP juga berhak untuk tidak mempersetujui pelaksanaan itu memandangkan kalangan itu bukan beragama Islam.

Bagaimanapun, DAP tidak pernah membawa hukum hudud ke mahkamah, seperti yang dilakukan Umno ke atas kerajaan negeri Kelantan, kata Abdul Hadi.

“Kerajaan pusat pernah hantar surat kepada kerajaan Kelantan, jika Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan bertindak.

“Selepas itu, kes (hudud) pernah dibawa ke mahkamah. DAP belum pernah bahawa hudud ke mahkamah.

“Umno tolak hudud sebelum PAS berpakat dengan DAP lagi,” katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Isu tersebut timbul ekoran laporan Utusan secara berturut-turut minggu lalu yang mendakwa haram bagi orang Islam menyokong DAP.

Laporan itu antara lainnya menyatakan bahawa DAP “secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.”

Laporan yang memetik kenyataan seorang guru pondok itu ditangkis pemimpin Pakatan, antaranya ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkannya sebagai satu bentuk kempen pelampau agama.

Anwar juga berkata, akhbar tersebut tidak melaporkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mantan perdana menteri juga tidak menyokong hukum hudud.

Kenyataan itu disambut Mahathir yang berkata, pendiriannya tidak bersetuju dengan hudud yang dituntut PAS tidak boleh disamakan dengan DAP kerana Malaysia sudah diisytiharkan sebagai negara Islam ketika zaman pentadbirannya.

Justeru, bekas perdana menteri itu menafikan dakwaan beliau anti-Islam kerana tidak melaksanakan hukuman hudud semasa pemerintahannya.

Friday, 6 July 2012

NIK AZIZ DAN PERMAINAN POLITIKNYA !!!



Kebanyakan akhbar, blog dan media  mengutip perjalanan politik Nik Aziz. Katanya dan 'fatwa' Nik Aziz turut dipaparkan dan diulas oleh banyak pihak. Penyokong Pas yang taksub sudah pasti menyokong secara membabi buta apa sahaja yang diperkatakan oleh Nik Aziz, semuanya baik. Diatas permainan politik Nik Aziz yang selalu berdolak dalik, sekejap nak sekejap tak nak. Tiba-tiba boleh, tetiba tak boleh. Pelik sangat2 dengan permainan politik Nik Aziz ni sehinggakan rakyat Kelantan jadi 'bengong kelu' dengan sesetengah tindak tanduk yang tidak terjangka oleh akal fikiran.

Kumpulan yang penting dalam membahas isu Nik Aziz ialah kumpulan atas pagar yang terdiri dari golongan pertengahan umur dan remaja. Mereka ini menerima kepimpinan Nik Aziz dengan berfakta dan menilai dengan akal yang waras. Setiap hujah Nik Aziz dinilai dengan penuh akademik sesuai dengan penampilan Nik Aziz yang kononnya pemimpin berilmu dan digelar ulamak.

Pada satu masa tindakan Nik Aziz yang bukan sahaja berkeras menolak kerjasama dengan sesama Islam -Umno- malah mengeluarkan kata-kata 'pergi jahanamlah Umno itu sejajar dengan Quran dan hadith atau disokong oleh fakta yang kukuh?


Apa yang jelas sebagai pemimpin dan ahli potitik Nik Aziz cuba menunjulkan dia lebih hebat dari Hj. Hadi. Sebagai ulamak dia cuba menjadikan dirinya 'soho' dan sempurna. Sebab itulah setiap kali fatwa yang dikeluarkan walaupun bercangah dari hukum Islam tapi mendapat kredit politik peribadi serta sokongan 'gila' dari para penyokong. Tambahan pula akhir2 ini  beberapa orang artis telah menyertai Pas. Kehulu kehilir para artis2 di bawa ke majlis ceramah mereka.

Sejak dari dulu lagi Nik Aziz lebih popular dari Hj. Hadi ,sekarang gara-gara strategi politik yang digunakan oleh beliau iaitu Parti Pas mengatasi Islam. Strategi meletakkan Pas mengatasi Islam. Politik Nik Aziz berjaya menyakinkan Dap bahawa Pas untuk semua sesuai untuk msayarakat majmuk dan berbagai agama masa kini. Apa sahaja fatwa yang dikeluarkan oleh Nik Aziz semenjak dulu sampai sekarang, beliau berjaya meletak Pas mengatasi Islam. 




 pT melihat penyokong Pas begitu taksub kepada Nik Aziz mengatasi Islam, walaupun hujah Nik Aziz bertentangan dengan Islam. Nik Aziz memang patut dilupakan oleh Pas bukan sahaja kerana beliau gagal membawa perpaduan dalam partinya sendiri tetapi juga tidak pernah ikhlas menjayakan perpaduan ummah. Jika Nik Aziz berterusan dengan meletakkan Pas mengatasi Islam maka, Nik Aziz adalah seorang penglipurlara politik murahan.

pT
Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

Saturday, 16 June 2012

BIAR BETUL !!!! RUPANYA ORANG JOHOR SELAMA INI JADI EKOR CICAK



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru rakyat Johor untuk membuat perubahan dengan menyokong Pakatan Rakyat menuju Putrajaya sepertimana yang ditunjukkan oleh beberapa tokoh Umno dan bekas pemimpin polis dan tentera yang kini menyertai perjuangan gabungan itu.

Bahkan, Abdul Hadi juga menggesa supaya rakyat negeri ini tidak menjadi seperti "ekor cicak" dalam usaha untuk menuju perubahan supaya tidak ketinggalan.

"Kita berharap orang Johor juga ikut buat perubahan. Kita tidak mahu orang negeri lain berubah, Johor tak berubah.

"Johor jadi ekor cicak. Ekor cicak kita tahu lah, putus ekor dia... (bunyi ekor menggelepar) tinggal situ saja. Jangan!. Johor mesti buat perubahan sama," katanya yang diiringi ketawa para hadirin.

Berucap kepada lebih 500 hadirin di Majlis Jamuan Rakyat di Tongkang
Pechah dalam parlimen Batu Pahat petang ini, Abdul Hadi berkata rakyat perlu menjadi hakim untuk menentukan pemerintahan dalam menepati maksud demokrasi.

Sementara itu, dalam sidang media selepas itu, Abdul Hadi berkata peluang PAS untuk menang dalam pilihan raya "tidak mudah tetapi tidak mustahil" untuk mencapainya.

Katanya lagi pembahagian kerusi dalam Pakatan Rakyat di negeri itu
mencapai tahap "95 peratus".

Ditanya berapa kerusi PAS akan bertanding, ahli parlimen Marang itu berkata: "Tunggu pada hari penamaan calon".

"Kita yakin mempunyai calon Pakatan yang cukup untuk mentadbir negara dan negeri," katanya. -mK

pT
Hakikatnya, apa jua bangsa, agama, warna kulit atau keturunan; anda adalah rakyat Malaysia dan berhak memilih dan menentukan corak kepimpinan anak-anak Malaysia, bijak sekarang, pilih yang terbaik untuk warisan anda. Tapi agak-agaklah, kalau  terlalu yakin untuk kemenangan sehinggakan 95%. Demi  keamanan serta keharmonian rakyat, semuanya terletak ditangan kita sebagai pengundi. Fikir-fikir dan renung-renungkanlah!!!

Thursday, 24 May 2012

BIAR BETUL !!! MUZAKARAH - HJ HADI TAK BOLEH, NIK AZIZ BOLEH

Ulasan blogger 'sebelah sana' tentang perbezaan pendapat 2 orang ulamak Pas berkaitan muzakarah dengan Umno.

Aku tak faham betul la PAS ni macamana? Bab nak muzakarah atau takmau muzakarah dengan Umno pun tak boleh nak bersatu. Tak kesian ka kat kami yang kat bawah ni? Mula-mula TG Nik Aziz kata setuju nak muzakarah dengan Umno.

Tak lama lepas tu tiba-tiba TG Hj Hadi pulak kata PAS tak hingin nak muzakarah dengan Umno tapi bersedia nak bermuzakarah dengan NGO.
Kali ni penyokong PAS grassroot mudah sikit kut nak terima, boleh la kalau nak bermuzakarah dengan sapa pun, asal bukan Umno. Tapi jangan bermuzakarah dengan JATI dah la, pelik sangat kalau PAS bermuzakarah dengan JATI tapi rasanya Dr. Hasan Ali pun tak berani nak bermuzakarah dengan PAS.

Semalam TG Nik Aziz pulak kata dia nak muzakarah dengan Umno bukan dengan NGO.


Ni yang parah ni. Kalau dua kenyataan sebelum ni mungkin tak berapa nak jelas sangat dan masih lagi boleh ditakwil tapi kenyataan TG Nik Aziz kali ni dah jadi payah nak takwil.

Yang aku mushkilnya pasai apa boleh jadi macam ni. Tak boleh ka depa dua orang Tok Guru ni seiya sekata?

pT
Hahahaha nak suko weh....ni baru seorang blogger 'sebelah sana' kepeningan sebab seorang kata tak boleh muzakarah dan seorang lagi kata boleh pulak. Macamana la kalau mereka ni perintah Malaysia. Mau la cacamarba seluruh negara dengan karenah 2 orang ulamak nih. Fikir-fikirkanlah!!!

Wednesday, 2 May 2012

BERSIH 4.0 - Lagi Ganas + Gila !!!


HULU TERENGGANU : PAS tidak menolak kemungkinan dan bersedia menghadapi himpunan Bersih 4.0 jika kerajaan gagal membuat perubahan daripada kejayaan penganjuran Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan jika kerajaan tidak membuat perubahan sebagaimana tuntutan Bersih 3.0, tidak mustahil Bersih 4.0 akan diadakan lagi.

Menurutnya, tuntutan Bersih 3.0 agar kerajaan membuat perubahan dengan kebebasan media dilaksanakan, tidak ada penipuan dalam pilihan raya, bersihkan daftar pemilih dan sebagainya.

“Celup dakwat pun belum tentu lagi, dakwat jenis mana kita tidak tahu lagi. Ketua-ketua pengarang yang cuba hendak bebas akan dipecat dan dilantik yang ikut arahan sahaja,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) kali ke-43, di Dewan Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (Kudqi), Kubang Lembek, Manir, hari ini.

Katanya, demonstrasi di negara ini cuba dibendung, disekat dan dikawal dengan kawalan-kawalan yang boleh mengongkong bukan kawalan yang boleh meluahkan rasa dengan bebas.

“Kerajaan kena siasat siapa bertanggungjawab. Minta siasatan itu secara adil dan hakim juga kena adil. Kebebasan kuasa itu kena ada antara badan kehakiman dengan eksekutif. Ini penting dalam sistem demokrasi,” tegasnya. -Hrkh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive