Thursday, 24 January 2013

GAMBAR 'KHALIFAH' GUANG ENG DIPIJAK PENYOKONG PAS ???

PULAU PINANG - Sekumpulan ahli Pas hari ini mengadakan demonstrasi membantah tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang meminta parti itu mengkaji semula penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Kumpulan yang diketuai bekas Ketua Pemuda Pas negeri, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin itu berarak kira-kira 100 meter bermula di hadapan Dewan Sri Pinang menuju ke firma guaman Karpal di Jalan Green Hall dekat sini.

Mohamed Hafiz berkata, kenyataan Karpal yang mahukan Majlis Syura Ulama Pas mengkaji semula pendirian itu merupakan tindakan biadab serta cuba mencampuri urusan agama Islam.

Tujuan kami berkumpul di hadapan pejabat beliau kerana kami ingin memberitahu kami menyokong penuh keputusan Majlis Syura Ulama Pas berhubung isu kalimah Allah. Dalam masa yang sama kami ingin memberi amaran kepada Karpal supaya jangan berterusan bersikap biadab dan cuba mencampuri urusan Pas kerana partinya sendiri tidak bersih" katanya kepada pemberita di hadapan pejabat Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu di sini.

Kumpulan yang turut disertai beberapa ahli Pas Kawasan Tanjong itu juga membawa pelbagai sepanduk yang tertera perkataan seperti 'Pas Wajib Keluar Pakatan', 'Kami Pertahankan Majlis Syura Pas' dan Meminta Orang Melayu jangan undi Karpal di Bukit Gelugor' serta mengibarkan bendera Pas dan melaungkan slogan anti-Karpal.

Kemuncak demonstrasi menyaksikan bendera Dap dipijak sebagai simbolik kemarahan mereka terhadap parti berkenaan.

Bagaimanapun tiada sebarang kejadian buruk berlaku kakitangan pejabat guaman Ahli Parlimen itu tidak keluar.

Karpal sebelum ini meminta Presiden Pas, Abdul Hadi Awang mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah hanya untuk umat Islam.

Karpal dilaporkan berkata langkah itu bertujuan memastikan pendirian Pas selaras dengan keputusan awal yang dicapai pemimpin pembangkang pada 8 Januari lalu. Selain Karpal, turut menjadi sasaran kemarahan ialah Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Saleh Man yang mana menurut Mohamed Hafiz terlalu takut menyuarakan pandangan tegas Pas negeri berhubung isu terbabit.

"Saleh boleh angkat kaki daripada terus memimpin Pas negeri jika beliau tidak mampu berbuat demikian. Apa yang Setiausaha Agung Dap dan Karpal beri kepadanya sehingga takut bersuara mempertahan Majlis Syura Ulama yang dipandang mulia ahli Pas"

Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR juga turut menjadi sasaran kecaman.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share it

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive