"Memang saya sangat memilih dengan watak yang ditawarkan pada saya, tidak kiralah untuk drama mahupun filem.
"Saya pernah membawa watak seksi sebelum ini dan tidak akan mengambil peranan sama lagi. Kerana perkara itu, saya terpaksa menolak lima tawaran berlakon filem.
"Cukuplah, pengalaman lalu mengajar saya banyak perkara. Saya tidak mahu memalukan keluarga dengan isu-isu yang remeh," tegasnya.
Tambah Kilafairy, walaupun dia tahu sikap memilih watak dapat merugikannya sedikit daripada mendapat publisiti, anak kepada Rohana Jalil itu tidak kisah sekiranya namanya kurang popular di kalangan umum.
"Biarlah kuantiti lakonan saya sedikit, asalkan hasil pada setiap lakonan yang dibawakan berjaya memberi impak dan membuatkan penonton ingat dengan watak yang saya tonjolkan itu.
"Dan jujurnya, saya tidak kisah sekiranya kurang diberi publisiti kerana yakin peminat akan tetap mengingati kita menerusi hasil lakonan yang bagus," ujarnya. - Sumber
No comments:
Post a Comment