Sunday 27 January 2013

DEMI PERTAHANKAN TANAH PENDUDUK RELA BERPERANG DENGAN NIK AZIZ !!!



GUA MUSANG – Kira-kira 300 penduduk di Kampung Serian, dekat sini, mengadakan demonstrasi mempertahankan tanah seluas 160 hektar daripada diambil balik kerajaan Pas Kelantan untuk diserahkan kepada syarikat bagi pembangunan ladang sawit.

Mereka mengadakan perhimpunan lebih dua jam bermula jam 3 petang dengan melaungkan tanah itu tidak rela dirampas kerajaan negeri semata-mata bagi memberi pembelaan kepada syarikat yang tidak memberi faedah kepada penduduk kampung.

Tanah itu yang diusahakan lebih 20 tahun dengan ditanam pelbagai tanaman termasuk getah telah mengeluarkan hasil dan boleh menjejaskan pendapatan penduduk jika kerajaan negeri tidak meluluskan segera hak milik kepada mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak, Mohd Rofi Ismail berkata, penduduk akan tetap mempertahankan tanah itu daripada terlepas kepada syarikat bagi pembangunan ladang sawit berikutan hanya kawasan berkenaan sahaja yang tinggal sekarang ini.

Beliau berkata, sebelum ini sudah banyak tanah diusahakan penduduk diambil balik kerajaan negeri dan kini berlaku semula di kawasan lain pula hingga tidak ada pertimbangan bagi memberi hak milik itu kepada mereka yang sekian lama menjelaskan premiumnya.

“Kita menyedari tanah berkenaan diserahkan kepada syarikat pembangunan ladang selepas beberapa pekerja ladang swasta itu mengambil langkah meletak batu sempadan tanpa menghiraukan tanah berkenaan dimajukan penduduk tempatan.

“Kerajaan negeri bawah kepimpinan ulama itu sepatutnya ada budi bicara sebelum meluluskan tanah terbabit kepada syarikat kerana kita yang selama ini memajukan dengan pelbagai tanaman hingga mengeluarkan hasil,” katanya.

Seorang penduduk, Mohamad Yusof, 57, berkata, setiap penduduk yang berhimpun kali ini sanggup berdepan dengan pelbagai kemungkinan bagi mempertahankan tanah berkenaan daripada diambil balik kerajaan negeri.

Beliau berkata, tanah yang ditanam dengan pelbagai tanaman itu sudah dibayar premium untuk mendapatkan hak milik lebih lima tahun lalu, tetapi sekarang ada syarikat yang datang mengakui itu tanah milik mereka.

“Kita tidak akan lepas secara mudah tanah yang sudah kita usahakan dan berani berdepan dengan kerajaan negeri jika ada tindakan susulan selepas ini,” katanya.


PT
Apa punya MB la ..tanah penduduk sendiri pun hendak dirampas ? Takkanlah tak boleh guna akal dan otak. Berapa lama dah penduduk mendiami dan memajukan tanah tersebut. Lebih 20 tahun tok guru, takkanlah dalam diri seorang ulamak yang terhebat dimuka bumi tak ada sedikit pun sifat belas kasihan. Tak mungkin dalam diri beliau ada sifat kebinatangan ???

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive