Monday, 7 January 2013

BERAKHIRNYA EPISOD SAMAN TERHADAP BLOGGER TERHEBAT #Dr MiM !!!

Blogger pro Umno, Dr Norvandri Hasan Basri atau dikenali juga Dr MiM hari ini memohon maaf secara terbuka kepada anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ekoran dakwaan beliau kepada AJK PAS Pusat itu.

Permohonan maaf ekoran dakwaan Khalid adalah Bishop itu akan diletakkan dalam blog beliau novandri.blogspot.com dan Harakahdaily.net hari ini.

Dr Novandri juga bersetuju membayar sejumlah wang ganti rugi yang tidak disebutkan.Penyelesaian luar mahkamah ini dinyatakan di depan hakim mahkamah Pulau Pinang hari ini.



Dr Novandri melalui blognya, novandri.blohspot.com pada 15 Januari 2010 lalu menulis satu tulisan dalam blognya bertajuk 'Penjarakan Khalid Bishop Samad'.

Ekoran itu, Khalid melalui peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin menuntut supaya Novandri menarik balik tulisan dan gambar yang menunjukkan Khalid memakai tanjak Kristian dan salib dari blognya.

Setelah sekian lama berlalu, hari ini Novandri bersetuju untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah dengan memohon maaf secara terbuka kepada Khalid.

Hari ini keputusan persetujuan penyelesaian di luar mahkamah dimaklumkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Turut hadir adalah Khalid Samad bersama peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin dan peguam yang mewakili 
Dr Novandri. Hrkh

p/s

Aadakah nasib yang menimpa Doc adalah bukti 'pengiktirafan' kepada bloggers dan pejuang siber sebagaimana dilaung-laungkan oleh pembesar-pembesar parti Melayu?

1 comment:

  1. mane pergi pemimpin yg disyariatkan rasullullah...semua dihentam..semua leka...cri slah itu ini..saya sebagai rakyat malaysia yang beragama islam mahukn pemimpin yg menjadi contoh lengkap dri segi ekonomi dan agama (hal dunia n akhirat).saya mencari pemimpin yg boleh dijadikn contoh lengkap pada kabinet2 negeri rakyat semua untuk bngunkn agama dan negara. kenapa masih tk boleh bersatu semua..kenapa masih bertelagah mencari kuasa..atau kesalahan..apakan fungsi politik pada asalnya...saya sebagai remaja,rakyat malaysia,melayu,islam, merasa bosan jika ini berlarutan..tolong tnjuk kn kami pemimpin2 semua agar boleh dijadikn contoh kepada kami baik didunia n akhirat..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive