Thursday, 10 January 2013

CEMAS !!! ANGIN KENCANG LANDA SEKITAR PANTAI SABAK...

Angin yang bertiup kencang tengah hari tadi mencemaskan penduduk yang tinggal di kawasan pantai terutama di Kampung Sabak dan Pantai Irama, Bachok.
   
Angin kencang beserta ombak besar luar biasa melanda kira-kira setengah jam.
   
Sehubungan itu, kira-kira 500 murid, guru serta kakitangan Sekolah Kebangsaan Sabak dengan diketuai Guru Besar Ahmad Shahir Mohd Hassan mengadakan solat hajat dan membaca Yasin di dewan sekolah agar dihindari dari fenomena alam itu.
   
Ahmad Shahir berkata beliau sempat merakamkan beberapa minit kejadian ribut kencang yang melanda bahagian depan sekolahnya melalui telefon bimbitnya.

"Saya nampak bagaimana gumpalan awan tebal berpusar-pusar sebelum diikuti angin kencang yang menggoyang dan hampir menumbangkan pokok hiasan di kawasan sekolah," katanya.
   
Berikutan itu beliau membuat laporan mengenai kejadian itu kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan.

Seorang penduduk di pinggir Kuala Pantai Sabak, Nik Hassan Nik Mohamad, 64, berkata beliau menyedari angin kencang itu kira-kira 11.45 pagi apabila melihat kepulan awan gelap di sebelah timur laut pantai itu.
  
"Kejadian ini agak mencemaskan dan tambah membimbangkan lagi apabila mendapat tahu mengenai ribut tropika yang diramal akan melanda kawasan pantai pimur dua hari lepas," katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive