Showing posts with label ribut tropika. Show all posts
Showing posts with label ribut tropika. Show all posts

Thursday, 10 January 2013

CEMAS !!! ANGIN KENCANG LANDA SEKITAR PANTAI SABAK...

Angin yang bertiup kencang tengah hari tadi mencemaskan penduduk yang tinggal di kawasan pantai terutama di Kampung Sabak dan Pantai Irama, Bachok.
   
Angin kencang beserta ombak besar luar biasa melanda kira-kira setengah jam.
   
Sehubungan itu, kira-kira 500 murid, guru serta kakitangan Sekolah Kebangsaan Sabak dengan diketuai Guru Besar Ahmad Shahir Mohd Hassan mengadakan solat hajat dan membaca Yasin di dewan sekolah agar dihindari dari fenomena alam itu.
   
Ahmad Shahir berkata beliau sempat merakamkan beberapa minit kejadian ribut kencang yang melanda bahagian depan sekolahnya melalui telefon bimbitnya.

"Saya nampak bagaimana gumpalan awan tebal berpusar-pusar sebelum diikuti angin kencang yang menggoyang dan hampir menumbangkan pokok hiasan di kawasan sekolah," katanya.
   
Berikutan itu beliau membuat laporan mengenai kejadian itu kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan.

Seorang penduduk di pinggir Kuala Pantai Sabak, Nik Hassan Nik Mohamad, 64, berkata beliau menyedari angin kencang itu kira-kira 11.45 pagi apabila melihat kepulan awan gelap di sebelah timur laut pantai itu.
  
"Kejadian ini agak mencemaskan dan tambah membimbangkan lagi apabila mendapat tahu mengenai ribut tropika yang diramal akan melanda kawasan pantai pimur dua hari lepas," katanya.

Monday, 7 January 2013

RIBUT SONAMU MENUJU PANTAI TIMUR ISNIN HINGGA RABU - MKN


Bagi rata-rata rakyat Malaysia, nikmat utama tinggal di negara ini adalah kita jarang sangat berlaku tragedi besar libatkan bencana alam sekitar. Kecuali tanah runtuh dan sikit kesan tsunami Aceh pada 2004 dulu, negara ini tidak ada kejadian letusan gunung berapi atau ribut taufan seperti Taufan Sandy di Amerika Syarikat baru-baru ini.

Mungkin sebab itulah, semua relaks walaupun Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudahpun mengeluarkan amaran bahawa satu ribut tropika dikenali dengan nama Sonamu sedang menuju ke arah negeri-negeri pantai timur, khususnya Kelantan, Terengganu dan Pahang, dari arah Laut China Selatan, antara hari ini (Isnin) hingga Rabu.

Menurut Jabatan Meteorologi, ribut itu dijangka mengakibatkan banjir di kawasan-kawasan rendah dalam negeri berkenaan.

Cuaca tersebut juga akan membawa bersamanya angin kencang dengan kelajuan lebih 60 kilometer sejam (kph) dan laut bergelombang yang mungkin menjadi ancaman kepada kawasan tepi pantai.

Setiausaha MKN, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab, menggesa semua agensi yang terbabit dalam pengurusan bencana supaya membuat persiapan bagi menangani hujan lebat yang bakal menjelang itu.

"Angkatan tentera, polis, (jabatan) pertahanan awam dan jabatan kebajikan telah mengerahkan kakitangan mereka sekiranya berlakunya banjir dan orang ramai terpaksa dipindahkan," kata beliau.

"Kenderaan empat pacuan, bot-bot penyelamat, helikopter dan penjana kuasa adalah antara peralatan yang sudah pun ditempatkan di kawasan-kawasan yang mudah dijejas banjir, manakala Jabatan Kebajikan telah menyediakan pusat-pusat pemindahan sementara bagi menempatkan bakal mangsa," tambahnya.

Orang ramai, khususnya para nelayan telah dinasihatkan supaya jangan keluar ke laut atau lakukan kegiatan di tepi pantai.

SETERUSNYA BACA [SINI]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive