Thursday 3 January 2013

ISU BUDAK DIDAKWA CABUL - POLIS MINTA JANGAN BUAT SPEKULASI




Berhubung isu seorang remaja berusia 13 tahun yang disyaki mencabul seorang wanita di Melaka tempoh hari, ramai yang marah kerana mendakwa Mynewshub.my seolah-olah dilihat membela kanak-kanak tersebut.


Ia ternyata TIDAK BENAR DAN DIBUAT DI LUAR KONTEKS.


Kebimbangan kami hanya terarah kepada hakikat yang seorang yang disyaki belum benar-benar bersalah sehingga ia dibuktikan mahkamah berbuat demikian.
Yang paling penting, kami bimbang kerana tindakan wanita itu menyiarkan identiti suspek termasuk alamat lengkap, nombor kad pengenalan dan wajahnya ternyata menyalahi undang-undang negara dan mencabuli prinsip yang disebut di atas.

Terkini di bawah ini adalah kenyataan rasmi pihak polis berhubung kes itu.
Kami siarkan TANPA PINDAAN WALAU SEBARIS AYAT untuk kita renungkan bersama.


RESPOND PDRM MELAKA MENGENAI ISU SEORANG WANITA YANG MELAPORKAN DIRINYA DICABUL KEHORMATAN OLEH SEORANG REMAJA LELAKI YANG BERUMUR 13 TAHUN DI SHELL
Pihak PDRM Melaka meminta kerjasama orang ramai untuk tidak membuat andaian dan spekulasi berkaitan kes seorang wanita yang melaporkan dirinya dicabul kehormatan oleh seorang lelaki berusia 13 tahun di dalam tandas sebuah stesyen minyak di Melaka.
PDRM Melaka menegaskan bahawa siasatan terperinci untuk kes tersebut sedang dilaksanakan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Orang ramai diingatkan agar tidak menyiarkan apa-apa maklumat seperti nama, alamat, institusi pendidikan atau apa-apa butir serta gambar yang memaparkan kanak-kanak di dalam apa-apa akhbar, majalah atau apa-apa sahaja bentuk perantara elektronik termasuklah tindakan memuat turun di dalam blog, facebook dan sebagainya.
Tindakan ini adalah menyalahi peruntukkan di bawah Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001.
Dalam usaha menangani isu-isu lain yang turut dibangkitkan oleh pengadu dalam kes ini sebagaimana yang dipaparkan dalam medium ‘siber’ maka, PDRM Melaka mengambil tindakan pro-aktif dengan mengadakan perjumpaan dengan pihak pengadu pada 3 Januari 2013 jam 11 pagi.
Orang ramai dinasihatkan sekali lagi untuk tidak membuat sebarang andaian dan spekulasi yang akan menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan. (Facebook Polis Melaka)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive