Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

Tuesday, 1 October 2013

Terbaik!!! Johan As'ari Masuk UMNO???


Pelakon Johan As’ari sememangnya dah dilahirkan dalam keluarga politik. Ayahnya sorang yang aktif dalam politik Umno. Kini dia juga cuba-cuba menyumbangkan khidmatnya dalam dunia politik tetapi tak berhasrat untuk betul-betul aktif dalam bidang politik.

“Sebenarnya saya tercalon sebagai Ahli Jawatan Kuasa Dewan Undangan Negeri Bukit Kecil Paya Dalam, Melaka. Saya terharu bila penduduk di situ saya dipilih untuk pikul tanggungjawab tu dan saya hargai kepercayaan mereka terhadap saya”, katanya kepada Malaysian Digest.

Ayahnya Datuk As’ari Ibrahim, 57, adalah Setiausaha Politik kepada Menteri Kerja Raya dan berjaya merebut jawatan sebagai Timbalan Ketua Bahagian Umno Cawangan Bukit Katil, Melaka.

“Saya dibesarkan dalam keluarga politik. Saya nampak politik itu adalah kuasa. Saya tak perlukan kuasa. Saya rasa kalau saya tak ceburi dunia politik pun tapi atas nama sebagai anak seni, saya masih lagi boleh berbakti pada masyarakat dengan cara saya sendiri. Jadi biarlah saya terus saya jadi anak seni.”

“Dah 30 tahun ayah saya ceburi dunia politik. Pada saya, saya melihat bapa saya seorang pejuang bangsa. Saya harap dia berjaya menyandang jawatan itu”, katanya lagi.

Thursday, 5 September 2013

[FOTO] Pengguna Naik Minyak Akibat RON97 Dinaikkan!!!

Dek kerana pengumuman mengejut oleh kerajaan Malaysia melalui Datuk Seri Najib dua hari lepas dan terbaru semalam untuk RON97 ditambahkan sifat panik dikalangan rakyat Malaysia akhirnya menyebabkan berlakunya kemalangan di stesen minyak Shell Durian Tunggal Melaka.


Rakyat Malaysia terutamanya golongan pertengahan dan yang berpendapatan rendah merasakan kenaikan minyak 20 sen besar impaknya kepada mereka, mengambil kesempatan untuk mendapatkan penjimatan sebanyak mungkin dengan mengisi minyak di stesen minyak berdekatan sebelum bermulanya harga baru minyak RON 95 tengah malam tadi (3 September 2013).


Gambar kemalangan berjaya dirakam di stesen minyak SHELL Durian Tunggal berdekatan dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).


Kes berlaku disalah sebuah stesen minyak Shell di Durian Tunggal, Melaka malam tadi. Berita Semasa dimaklumkan kemalangan berpunca kerana :


pemilik stesen minyak SHELL Durian Tunggal Melaka tidak mahu menjual minyak petrol RON 95 kepada pemilik kenderaan dengan alasan simpanan minyak mereka telah pun kering.


Sedangkan, pelanggan di sekitar Stesen Minyak SHELL Durian Tunggal Melaka yang terus menunggu merasakan pemilik stesen minyak itu hendak mengambil kesempatan untuk mendapatkan keuntungan yang sekali ganda atas nama pengumuman kenaikan harga minyak 20 sen bagi (minyak RON 95 dan Diesel) - Sumber




PT
Belum reda lagi isu kenaikan harga minyak RON95. Terbaru  dapat berita bahawa RON97 pulak bakal dinaikkan harga. Harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara naik 15 sen seliter kepada RM2.85 seliter berbanding RM2.70 seliter berkuat kuasa malam ini. Perkara tersebut disahkan oleh presiden Persatuan Pengusaha Petroleum Perak, Lee Chee Seng.

Sebaik-baiknya Kerajaan turut mengumumkan langkah-langkah mengurangkan beban rakyat (ini janji BN!) akibat kenaikan ini semasa mengumumkan kenaikan harga tersebut, termasuklah apa yg hendak dibuat untuk rakyat berhubung dengan wang yang dikatakan dapat dijimatkan berbilion2 itu!

Wednesday, 28 August 2013

Cerita Terkini "Sultan Melaka" Yang Baru???



Dia mengaku “Sultan Melaka”, pelik juga kerana ramai pula pengikutnya. Khabar terkini Sultan Melaka, Raja Noor Jan Shah Raja Tuan Shah hadir dalam jamuan Hari Raya Aidil Fitri bersama-sama anak yatim di Kelab Cinta Sayang, Kedah pada 22 Ogos lalu.

Gah juga Sultan Melaka kerana sambutan kepada dirinya agak meriah juga. Dengan berpakaian Diraja berwarna kuning, sedondong dengan permaisurinya, Raja Noor Jan menjadi tumpuan ramai di majlis tersebut. 



“Jika saya bukan Sultan sebenar, saya tidak akan buat dakwaan ini, Kami sentiasa berbangga dengan sejarah kami, era kegemilangan Melaka. Tetapi ia tidak diendahkan,” kata Raja Noor Jan suatu ketika dulu yang mengaku dirinya keturunan Sultan Abdullah Muhammad Shah yang memerintah Perak dari 1851 hingga 1857.

Jangan pula Yang Di-Pertua Negeri Melaka tak senang duduk sudah!!

Tuesday, 2 July 2013

Apa Motif Letak Gambar Masjid Dan Pijak???

BANDA HILIR - Tindakan sebuah pusat beli-belah di sini meletakkan gambar masjid bersama ucapan Selamat Hari Raya di atas lantai setiap pintu masuk pasar raya berkenaan mendapat bantahan orang ramai.

Ini kerana, tindakan mereka itu seolah-olah menggalakkan orang ramai memijak masjid, sekaligus dianggap satu penghinaan kepada umat Islam.

Peniaga, Aziz Embi, 58, mendakwa, kewujudan gambar masjid di atas lantai sejak kira-kira seminggu lalu amat dikesali kerana masjid merupakan simbol umat Islam, bagaimanapun pengurusan pasaraya terbabit meletakkan martabatnya di bawah tapak kaki.

“Pada mulanya saya tidak sedar perkara ini, tetapi lama-kelamaan baru saya sedar ia gambar masjid dan dipijak orang ramai setiap kali memasuki pintu masuk pusat beli-belah ini,” katanya.

Pengunjung, Khairul Arif Abdul Hakim, 25, pula berkata, pusat beli-belah berkenaan patut peka terhadap sensitiviti umat Islam.

“Walaupun saya percaya mereka berniat baik dan mahu memeriahkan suasana hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi, tetapi seharusnya hal ini tidak berlaku,” katanya ketika ditemui di pasar raya berkenaan, semalam.

Seorang lagi pengunjung, Yahya Abd. Razid, 42 berkata, pihak pengurusan sepatutnya meletakkan gambar berkenaan di dinding dan bukannya di lantai.

“Kalau nak juga letak di lantai, letak sahaja ucapan Selamat Hari Raya tanpa gambar masjid,” katanya.

Manakala, Halim Samsuddin, 34, pula berharap, pihak pengurusan pasaraya terbabit dapat mengalihkan segera gambar masjid yang diletak di atas lantai itu, sebelum lebih ramai pengunjung memijaknya.

“Pihak berkuasa juga diharap dapat menasihatkan pihak pengurusan pusat beli-belah ini dalam hal-hal berkaitan sensitiviti umat Islam,” katanya.

Sumber

Saturday, 6 April 2013

#OpsDaulat Fasa Ketiga : Ketua Pengganas Sulu Diburu Ditahan !!! #PeaceSabah #ESSZONE

Misteri Ketua Pengganas Sulu Yang dicari-cari selama ini mungkin sudah sampai ke punghujungnya. Penangkapan ini semestinya dapat membantu PDRM dalam melakukan siasatan lebih mendalam bagi menjejak saki baki pengganas.




Seorang lelaki berusia 60-an dipercayai salah seorang ketua pengganas sulu berjaya ditahan di Melaka hari ini.

Belum ada kenyataan rasmi daripada PDRM, namun mengibas muka lelaki yang ditahan itu menyerupai Datu Piah yang sedang diburu pihak polis.


Thursday, 3 January 2013

ISU BUDAK DIDAKWA CABUL - POLIS MINTA JANGAN BUAT SPEKULASI




Berhubung isu seorang remaja berusia 13 tahun yang disyaki mencabul seorang wanita di Melaka tempoh hari, ramai yang marah kerana mendakwa Mynewshub.my seolah-olah dilihat membela kanak-kanak tersebut.


Ia ternyata TIDAK BENAR DAN DIBUAT DI LUAR KONTEKS.


Kebimbangan kami hanya terarah kepada hakikat yang seorang yang disyaki belum benar-benar bersalah sehingga ia dibuktikan mahkamah berbuat demikian.
Yang paling penting, kami bimbang kerana tindakan wanita itu menyiarkan identiti suspek termasuk alamat lengkap, nombor kad pengenalan dan wajahnya ternyata menyalahi undang-undang negara dan mencabuli prinsip yang disebut di atas.

Terkini di bawah ini adalah kenyataan rasmi pihak polis berhubung kes itu.
Kami siarkan TANPA PINDAAN WALAU SEBARIS AYAT untuk kita renungkan bersama.


RESPOND PDRM MELAKA MENGENAI ISU SEORANG WANITA YANG MELAPORKAN DIRINYA DICABUL KEHORMATAN OLEH SEORANG REMAJA LELAKI YANG BERUMUR 13 TAHUN DI SHELL
Pihak PDRM Melaka meminta kerjasama orang ramai untuk tidak membuat andaian dan spekulasi berkaitan kes seorang wanita yang melaporkan dirinya dicabul kehormatan oleh seorang lelaki berusia 13 tahun di dalam tandas sebuah stesyen minyak di Melaka.
PDRM Melaka menegaskan bahawa siasatan terperinci untuk kes tersebut sedang dilaksanakan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Orang ramai diingatkan agar tidak menyiarkan apa-apa maklumat seperti nama, alamat, institusi pendidikan atau apa-apa butir serta gambar yang memaparkan kanak-kanak di dalam apa-apa akhbar, majalah atau apa-apa sahaja bentuk perantara elektronik termasuklah tindakan memuat turun di dalam blog, facebook dan sebagainya.
Tindakan ini adalah menyalahi peruntukkan di bawah Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001.
Dalam usaha menangani isu-isu lain yang turut dibangkitkan oleh pengadu dalam kes ini sebagaimana yang dipaparkan dalam medium ‘siber’ maka, PDRM Melaka mengambil tindakan pro-aktif dengan mengadakan perjumpaan dengan pihak pengadu pada 3 Januari 2013 jam 11 pagi.
Orang ramai dinasihatkan sekali lagi untuk tidak membuat sebarang andaian dan spekulasi yang akan menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan. (Facebook Polis Melaka)

Monday, 1 October 2012

BIAR BETUL !!! LIM KIT SIANG KATA 13 JUTA KOS MAJLIS KAHWIN ANAK ALI RUSTAM ???





MELAKA: Majlis perkahwinan anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam memecahkan rekod apabila 130,000 tetamu menyertai majlis yang berlangsung lapan jam itu.

Majlis yang berlangsung di Dewan Tun Ali Bukit Katil, Ayer Keroh itu adalah untuk perkahwinan anak lelakinya, Mohd Ridhwan, 26, dengan isterinya, Nur Azieha Mohd Ali, juga 26.

Antara tetamu yang hadir adalah Sulatn Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Yang DiPertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop dan bekas Ketua Menteri Abu Zahar Ithinin yang juga bapa pengantin perempuan.

Ekoran jumlah tetamu itu, Ali menerima sijil Malaysian Book Of Rekod (MBR) dari wakilnya, Zulhairi Md Zin.

Anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming memalui Twitternya berkata, jika satu orang dibelanjakan RM30, kosnya sebanyak RM4 juta.

"Itu duit siapa?" soal beliau.

Namun Lim Kit Siang meramalkan kosnya lebih tinggi. Beliau menganggarkan kos setiap orang adalah RM100. Jika begitu, beliau menjangkakan kos untuk makan sahaja adalah RM13 juta?.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim pula dalam kenyataannya berkata, Umno tentu bangga kerana mempunyai pemimpin Melayu yang boleh mengumpulkan 130,000 orang untuk makan percuma.

Sebelum ini, Ali pernah menerima hukuman dari Umno sendiri setelah terbukti memberikan rasuah.


PT
Betul la dengan panggilan PEMBANGKANG kepada sekumpulan manusia yang mewakili parti Pas,Dap,Kita dan juga Pkr. Pelik betul semua perkara dikutip mereka dan dibantah tidak kira asalkan datang dari pemimpin UMNO maka di canangkan gegak gempita seluruh Malaya. Itulah tabiat pembangkang, tidak pernah berubah dulu, kini dan selamanya.

Masalah majlis perkahwinan anak Ali Rustam ini biarlah pihak berkuasa menyiasat samada berlaku salah guna kuasa atau pun tidak.Pembangkang  tidak perlu la berkokok sedangkan taik di bontot mereka masih terpalit !!!

Thursday, 30 August 2012

'DR MICHAEL CLINTON' TIPU JANDA KAYA RM233K




MELAKA: Cair dengan pujukan ‘Dr Michael Clinton’ kononnya dari Switzerland dan mahu membuka klinik di Malaysia, seorang janda beranak satu menjadi mangsa terbaru sindiket penipuan Internet lelaki Nigeria membabitkan kerugian RM233,000.


Mangsa berusia 56 tahun mengenali lelaki itu menerusi satu laman sosial, awal Mei lalu yang memaparkan gambarnya sebagai lelaki kulit putih yang bekerja di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan Soh Hock Sing berkata, untuk meyakinkan mangsa suspek memberitahu dia akan mengirimkan wang AS$380,000 (RM1,186,38) kepada mangsa untuk disimpan bagi membuka klinik yang dirancang.

Menurutnya, selepas satu tempoh, suspek mendakwa wang itu sudah dikirim dan berada di Kuching, Sarawak, namun untuk mendapatkannya mangsa terlebih dulu perlu membuat beberapa pembayaran kononnya sebagai yuran pengubahan wang dan servis serta cukai kerajaan.

Sunday, 22 July 2012

PONTENG PUASA - DATUK DITAHAN

BANDARAYA MELAKA – Hari pertama bulan Ramadan dicemari dengan tingkah laku warga emas beragama Islam tanpa segan silu menikmati sarapan pagi di sebuah kedai makan bukan Islam.

Tanpa menghiraukan orang ramai yang lalu lalang, warga emas terbabit dengan selamba menghirup hidangan kopi panas sambil menikmati roti bakar.

Bagaimanapun, perbuatan mereka itu dikesan anggota Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) yang bertindak menyerbu kedai makan berkenaan, pagi semalam.

“Saya mengaku saya makan tadi,” kata warga emas berusia 65 tahun itu sebaik saja menyedari kehadiran anggota penguat kuasa.

Ketua Penguatkuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, warga emas berkenaan merupakan seorang daripada lima yang dicekup kerana makan di khalayak ramai di bulan puasa.

"Kesemua mereka berusia 40 hingga 65 tahun itu, termasuk tiga daripadanya sudah bergelar warga emas, di tahan di kawasan 'panas' tempat tumpuan mereka yang ponteng puasa.

"Lebih mengejutkan, ada antara warga emas berkenaan sudah pun bergelar datuk kepada sembilan orang cucu," katanya kepada pemberita ketika mengikuti operasi berkenaan, semalam.

Rahimin turut melahirkan rasa kecewa kerana masih ada pengusaha kedai makan Islam 

yang beroperasi di siang hari, sekali gus memberi ruang kepada mereka yang tidak berpuasa.

“Tindakan peniaga ini mencemarkan imej umat Islam sendiri. Sepatutnya mereka sama-sama menghormati Ramadan dan tidak mengambil kesempatan untuk kejar keuntungan semata-mata," katanya.

Menurutnya, kesemua yang ditahan itu akan disiasat mengikut Seksyen 49 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka yang memperuntukkan denda RM1,000 dan penjara enam bulan.

Berikutan itu juga, katanya, Jaim akan terus melipat gandakan penguatkuasaan untuk memastikan kesucian Islam sepanjang Ramadan ini tidak diperlekehkan.

Katanya, ini termasuk tindakan terhadap mereka yang dikesan membeli nombor ekor pada bulan Ramadan. - sinarharian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive