Showing posts with label Pasaraya. Show all posts
Showing posts with label Pasaraya. Show all posts

Tuesday, 2 July 2013

Apa Motif Letak Gambar Masjid Dan Pijak???

BANDA HILIR - Tindakan sebuah pusat beli-belah di sini meletakkan gambar masjid bersama ucapan Selamat Hari Raya di atas lantai setiap pintu masuk pasar raya berkenaan mendapat bantahan orang ramai.

Ini kerana, tindakan mereka itu seolah-olah menggalakkan orang ramai memijak masjid, sekaligus dianggap satu penghinaan kepada umat Islam.

Peniaga, Aziz Embi, 58, mendakwa, kewujudan gambar masjid di atas lantai sejak kira-kira seminggu lalu amat dikesali kerana masjid merupakan simbol umat Islam, bagaimanapun pengurusan pasaraya terbabit meletakkan martabatnya di bawah tapak kaki.

“Pada mulanya saya tidak sedar perkara ini, tetapi lama-kelamaan baru saya sedar ia gambar masjid dan dipijak orang ramai setiap kali memasuki pintu masuk pusat beli-belah ini,” katanya.

Pengunjung, Khairul Arif Abdul Hakim, 25, pula berkata, pusat beli-belah berkenaan patut peka terhadap sensitiviti umat Islam.

“Walaupun saya percaya mereka berniat baik dan mahu memeriahkan suasana hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi, tetapi seharusnya hal ini tidak berlaku,” katanya ketika ditemui di pasar raya berkenaan, semalam.

Seorang lagi pengunjung, Yahya Abd. Razid, 42 berkata, pihak pengurusan sepatutnya meletakkan gambar berkenaan di dinding dan bukannya di lantai.

“Kalau nak juga letak di lantai, letak sahaja ucapan Selamat Hari Raya tanpa gambar masjid,” katanya.

Manakala, Halim Samsuddin, 34, pula berharap, pihak pengurusan pasaraya terbabit dapat mengalihkan segera gambar masjid yang diletak di atas lantai itu, sebelum lebih ramai pengunjung memijaknya.

“Pihak berkuasa juga diharap dapat menasihatkan pihak pengurusan pusat beli-belah ini dalam hal-hal berkaitan sensitiviti umat Islam,” katanya.

Sumber

Saturday, 15 September 2012

VIDEO !!! MISTERI ADA DI MANA2..LELAKI 'DIRASUK' DI PASARAYA



Sekarang ini satu video yang berjudul ‘Lelaki Dirasuk Di Pasaraya Lah!’ sudah tersebar meluas di laman-laman sosial yang ada.

Mengenai lokasi kejadian iaitu pasaraya, tidak pula penulis ketahui pasaraya di mana.

Cuma, kejadian itu telah direkod dengan CCTV pasaraya itu.

Video itu memaparkan seorang lelaki yang sedang mengambil minuman dari peti ais tiba-tiba berkelakuan aneh dan pelik.

Seorang pekerja pasaraya itu juga terkejut dan lari selepas melihat kelakukan lelaki itu.

Lelaki itu seperti dirasuk oleh sesuatu dan mengerang dengan kuat.

Misteri dan apa yang lebih misteri, pada masa yang ditunjukkan 1:29:22, satu bayangan telah keluar dari tubuh lelaki itu selepas dia rebah ke lantai.

Seterusnya, tisu yang berada di rak atas telah jatuh.

Siapa yang melakukannya?

Aneh bukan?

Namun, terdapat segelintir pihak yang telah menyaksikan video itu mengemukakan beberapa perkara yang boleh dipersoalkan tentang ketulenan video itu.

Ada yang mengatakan video itu hanyalah ‘troll’ sahaja dan sudah dirancang awal-awal sebelum dirakam.

Malah, seperti yang dikomen oleh @arifin jalin, dia dengan terang-terang mengatakan CCTV tidak merakam audio, yang dirakam hanyalah gambar.

Begitu juga dengan @riez609, mula mempersoalkan waktu rakaman pada 1:29:22 di mana waktu itu berhenti seketika yang menampakkan satu bayangan keluar dari cermin peti ais dan kotak-kotak tisu jatuh.

Dengan adanya kecanggihan pelbagai alat teknologi sekarang, tak mustahil apa yang

tidak ada diadakan.

Wednesday, 29 August 2012

BIAR BETUL !!! VIDEO - Pemain Bola Sepak Kelantan Pukul Pelanggan Pasaraya ???



Pemain bola Negeri Kelantan dikatakan telah memukul seorang pelanggan di pasaraya terkemuka di Shah Alam pada 27 Ogos .

Obinna telah membeli barang di sebuah pasaraya.. dia telah beratur utk membayar tetapi tertinggal satu barang lain utk dibeli menyebabkan dia datang semula untuk mengambil barang tersebut dan kembali ke kaunter.. setibanya situ, ore tua (Melayu) telah potong Q dan Obinna persoal.. ttp ore tu berkata uduh dan mace2 ko Obinna menyebabkan dia marah lalu memukul.. mujur ada jurulatih kecergasan dan Fisio TRW yang menyekat dr pergaduhan berlarutan.. Kedua-dua pihak sudah membuat laporan polis akan perkara ini


Sumber : RedsFC

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive