Showing posts with label cctv. Show all posts
Showing posts with label cctv. Show all posts

Friday, 26 October 2012

FOTO !!! ADAKAH INI PEREMPUAN CINA PEYOKONG GUANG ENG JADIKAN LIFT SEBAGAI JAMBANNYA ???



Pengotor! Itulah yang boleh dikatakan kepada seorang perempuan bangsa Cina berumur lingkungan 20-an ini apabila dia bertindak kencing di dalam sebuah lift. Kejadian yang berlaku di apartmen Sri Saujana di Georgetown ini sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sekitar jam 6.07 petang pada 10 Oktober lalu.Dalam rakaman berdurasi 16 saat itu, perempuan berkenaan dilihat menoleh ke arah CCTV sebelum menanggalkan seluar dalamnya lalu membuang air kecil dalam keadaan mencangkung.

Menurut setiausaha jawatankuasa pengurusan apartmen, Yeoh Kean Huat, beliau tidak akan melaporkan kejadian ini pada polis kerana ia adalah kes pertama berlaku sejak CCTV itu dipasang dua tahun lalu. Bagaimanapun, beliau bertindak memaparkan cetakan rakaman CCTV berkenaan di papan notis sebagai tanda amaran kepada orang lain.Berikut beberapa paparan daripada rakaman CCTV yang sempat dirakam.




Sumber : duniarealiti.com

PT
Tengoklah sendiri betapa betina Cina ni tanpa sedikit pun rasa malu dan bersalah dengan bertindak kencing di dalam lift. Sedangkan lift ini adalah kegunaan semua penghuni apartment tersebut. Adakah betina ni si penyokong Dap yang ternyata sangat pengotor dengan menjadikan lift sebagai jamban untuk membuang air kencing.

Saturday, 15 September 2012

VIDEO !!! MISTERI ADA DI MANA2..LELAKI 'DIRASUK' DI PASARAYA



Sekarang ini satu video yang berjudul ‘Lelaki Dirasuk Di Pasaraya Lah!’ sudah tersebar meluas di laman-laman sosial yang ada.

Mengenai lokasi kejadian iaitu pasaraya, tidak pula penulis ketahui pasaraya di mana.

Cuma, kejadian itu telah direkod dengan CCTV pasaraya itu.

Video itu memaparkan seorang lelaki yang sedang mengambil minuman dari peti ais tiba-tiba berkelakuan aneh dan pelik.

Seorang pekerja pasaraya itu juga terkejut dan lari selepas melihat kelakukan lelaki itu.

Lelaki itu seperti dirasuk oleh sesuatu dan mengerang dengan kuat.

Misteri dan apa yang lebih misteri, pada masa yang ditunjukkan 1:29:22, satu bayangan telah keluar dari tubuh lelaki itu selepas dia rebah ke lantai.

Seterusnya, tisu yang berada di rak atas telah jatuh.

Siapa yang melakukannya?

Aneh bukan?

Namun, terdapat segelintir pihak yang telah menyaksikan video itu mengemukakan beberapa perkara yang boleh dipersoalkan tentang ketulenan video itu.

Ada yang mengatakan video itu hanyalah ‘troll’ sahaja dan sudah dirancang awal-awal sebelum dirakam.

Malah, seperti yang dikomen oleh @arifin jalin, dia dengan terang-terang mengatakan CCTV tidak merakam audio, yang dirakam hanyalah gambar.

Begitu juga dengan @riez609, mula mempersoalkan waktu rakaman pada 1:29:22 di mana waktu itu berhenti seketika yang menampakkan satu bayangan keluar dari cermin peti ais dan kotak-kotak tisu jatuh.

Dengan adanya kecanggihan pelbagai alat teknologi sekarang, tak mustahil apa yang

tidak ada diadakan.

Thursday, 6 September 2012

PENJELASAN DARI MANGSA 'VIDEO SUAMI DERA ISTERI'



Amanda Fong Kim Yen, 19, yang mendakwa menjadi mangsa dera suami hari ini tampil bagi memberi penjelasan berhubung rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan penderaan terhadapnya.

Amanda yang hadir di Pejabat MCA Ipoh Timur bersama ibunya Lily Yeoh, 49, serta peguam yang mewakilinya Datuk G Amajit Singh Gill pada kira-kira jam 2 petang menceritakan kejadian tersebut yang turut dimuat naik ke dalam laman facebook miliknya.

Beliau yang masih dalam keadaan trauma berkata kejadian tersebut berpunca daripada perselisihan faham dengan suaminya pada 23 Ogos lalu.

"Semuanya bermula apabila rakan suami saya mahu menjual minyak wangi berjenama kepada kedai kami, saya tidak suka cadangan tersebut, saya tidak percayakannya kerana rakan suami saya pernah berhutang RM2,000 sejak 2 tahun lalu dan gagal membayarnya.

"Saya takut minyak wangi itu tiruan. Saya berhenti bertengkar kerana perut saya rasa sakit dan saya mahu balik dan berehat tetapi dia mula bertindak ganas terhadap saya," katanya kepada pemberita.

Amanda berkata suaminya mengetahui beliau hamil 2 bulan, namun tetap memukulnya termasuk menekan perutnya menggunakan lutut, bagaimanapun tidak menggunakan sebarang senjata atau kayu.

Wanita itu berkata bapanya membuat laporan polis setelah kejadian berlaku manakala beliau membuat laporan polis pada 3 September lalu selepas memuat naik rakaman kejadian itu di dalam facebook miliknya pada 30 Ogos bagi diberikan kepada polis untuk membantu siasatan.

Menurutnya beliau yang mendirikan rumah tangga pada 17 Januari lalu mengetahui suaminya itu mempunyai sikap panas baran serta agresif dan pernah dikasari sebelum mereka berkahwin. Beliau sentiasa memaafkannya dan berharap suaminya akan berubah.

Amajit Singh berkata Amanda adalah seorang gadis yang berani bagi menceritakan pengalamannya.

"Beliau memuat naik video ke dalam internet kerana bimbang dengan kejadian tersebut dan meminta polis menyiasat kes ini dan seterusnya mengambil tindakan," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim melalui khidmat pesanan ringkas berkata kertas siasatan kes tersebut telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini untuk tindakan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive