Thursday, 6 September 2012

PENJELASAN DARI MANGSA 'VIDEO SUAMI DERA ISTERI'



Amanda Fong Kim Yen, 19, yang mendakwa menjadi mangsa dera suami hari ini tampil bagi memberi penjelasan berhubung rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan penderaan terhadapnya.

Amanda yang hadir di Pejabat MCA Ipoh Timur bersama ibunya Lily Yeoh, 49, serta peguam yang mewakilinya Datuk G Amajit Singh Gill pada kira-kira jam 2 petang menceritakan kejadian tersebut yang turut dimuat naik ke dalam laman facebook miliknya.

Beliau yang masih dalam keadaan trauma berkata kejadian tersebut berpunca daripada perselisihan faham dengan suaminya pada 23 Ogos lalu.

"Semuanya bermula apabila rakan suami saya mahu menjual minyak wangi berjenama kepada kedai kami, saya tidak suka cadangan tersebut, saya tidak percayakannya kerana rakan suami saya pernah berhutang RM2,000 sejak 2 tahun lalu dan gagal membayarnya.

"Saya takut minyak wangi itu tiruan. Saya berhenti bertengkar kerana perut saya rasa sakit dan saya mahu balik dan berehat tetapi dia mula bertindak ganas terhadap saya," katanya kepada pemberita.

Amanda berkata suaminya mengetahui beliau hamil 2 bulan, namun tetap memukulnya termasuk menekan perutnya menggunakan lutut, bagaimanapun tidak menggunakan sebarang senjata atau kayu.

Wanita itu berkata bapanya membuat laporan polis setelah kejadian berlaku manakala beliau membuat laporan polis pada 3 September lalu selepas memuat naik rakaman kejadian itu di dalam facebook miliknya pada 30 Ogos bagi diberikan kepada polis untuk membantu siasatan.

Menurutnya beliau yang mendirikan rumah tangga pada 17 Januari lalu mengetahui suaminya itu mempunyai sikap panas baran serta agresif dan pernah dikasari sebelum mereka berkahwin. Beliau sentiasa memaafkannya dan berharap suaminya akan berubah.

Amajit Singh berkata Amanda adalah seorang gadis yang berani bagi menceritakan pengalamannya.

"Beliau memuat naik video ke dalam internet kerana bimbang dengan kejadian tersebut dan meminta polis menyiasat kes ini dan seterusnya mengambil tindakan," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim melalui khidmat pesanan ringkas berkata kertas siasatan kes tersebut telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini untuk tindakan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive