Thursday 20 September 2012

DUN KELANTAN - BUKAN TAK ADA SOALAN TAPI TAK PERLU BERHUJAH DENGAN MANUSIA TAK BERAPA 'BETUL' ???



KOTA BHARU: Tidak pernah berlaku dalam sejarah persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan khususnya sejak tahun 1990 hingga hari ini di mana pembangkang tidak menghantar soalan bertulis atau lisan.

Sama ada ianya satu perancangan atau ketiadaan idea, namun sidang Dun Kelantan yang bakal berlangsung 15 hingga 17 Oktober ini menyaksikan kejutan apabila pembangkang tidak menghantar soalan untuk dikemukakan pada kerajaan negeri sama ada melalui lisan atau bertulis sebagaimana lazimnya.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Dr Mohamed Fadzli Hassan (gambar) selepas mesyuarat exco tengah hari tadi.

Fadzli memaklumkan bahawa sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan yang akan berlangsung Oktober depan menyaksikan satu kejutan kerana tiada soalan bertulis atau lisan dikemukakan oleh pihak pembangkang.

“Situasi ini kali pertama berlaku dalam tempoh 22 tahun pentadbiran kerajaan negeri,” ujarnya lagi.

Beliau seterusnya berkata, ini mungkin kerana pihak pembangkang di negeri ini sudah berpuas hati dengan pencapaian kerajaan negeri ataupun sudah kehabisan modal untuk berhujah.

“Bagaimanapun kita tunggu nanti dalam dewan mungkin akan ada soalan-soalan tambahan, tetapi kalau soalan dari mereka sendiri memang tidak ada,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive