Showing posts with label Pembangkang. Show all posts
Showing posts with label Pembangkang. Show all posts

Thursday, 3 October 2013

Hebat Betul Wardina,Sudah Berani Menyalahkan Kerajaan???



Bekas pelakon dan pengacara TV3, Wardina Safiyyah meluahkan rasa kecewa di twitter selepas membaca Laporan Audit Negara 2012 yang mendedahkan begitu banyak pembaziran dan penyelewengan kerajaan.


Antara kata-kata beliau ialah .... Rasa sesak nafas baca penyelewengan yang berlaku ... Many ppl struggling to pay Uni yuran .. Yg hutang sekeliling pinggang. Yg nak bukak business x de modal . Yg x de duit beli susu anak . You joly ... Sakitnya baca satu demi satu pembaziran yg terjadi. Tolong orng Melayu bukak business .. masuk University lg elok ... Mcm ini kita x pyh menidakkan . X pyh live in denial . We know thre ar MANY corrupt so called 'leaders' I dont want them to be MY leaders.
Wardina Ingat dalam Sektor Kerajaan semuanya orang UMNO ker?Ingat jangan jadi Bodoh pemikiran tu.Ada akal tak nak pakai...cakap merapu rapu saja...Inilah kalau minda nak dipolitik kan.Jikalau lah Laporan Audit terkena pada Negeri Pakatan Pembangkang...semuanya dituduh Laporan Audit Itu Orang UMNO..... saja saja nak burukkan Negeri Pembangkang? - Sumber

Friday, 14 June 2013

Amaran Tun M - Jangan Bagi Muka Kepada Pembangkang!!!

KUALA LUMPUR:  Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan kerajaan supaya tidak lagi berlembut dan memberi muka kepada pembangkang yang berterusan memperlekeh sistem demokrasi negara.

"Kita perlu keras sikit jangan bagi muka sangatlah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam sempena Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2013 di sini, malam tadi.

Beliau berkata sikap pembangkang yang pada mulanya bersungguh-sungguh mahu mengiktiraf pilihan rakyat bertukar sekelip mata apabila mereka gagal memperoleh sokongan majoriti rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas.

"Mereka hendak iktiraf pilihan rakyat tapi sekarang hendak jatuhkan kerajaan. Bila sistem demokrasi dilaksana mereka tolak sisitem itu. Bagi mereka demonstrasi jalanan adalah demokrasi," katanya.

LID 2013, yang berlangsung selama enam hari sejak Ahad lepas, disertai enam negara iaitu Namibia, Uganda, Kenya, Nigeria, Lesotho and Botswana. Sementara itu, dalam ucapannya bertajuk 'Transforming A Nation:

The Malaysian Experience", Dr Mahathir berkata pelaksanaan dan penyelarasan yang betul oleh Kerajaan Malaysia telah memberi manfaat kepada rakyat dan ekonomi negara. Beliau berkata, inisiatif kerajaan menerusi Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) telah mempertingkatkan daya saing dan peluang ekonomi Malaysia.

"Ketika waktu saya, saya telah mengarahkan semua menteri turun ke akar umbi bagi memastikan semua perancangan dilakukan dengan sewajarnya," katanya.

Dr Mahathir berkata strategi kerajaan juga termasuk menyediakan insentif kepada syarikat tempatan dan percutian bebas cukai kepada pelabur untuk menggalakkan lebih banyak kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI).

"Apabila kita (Malaysia) mempunyai lebih banyak aliran masuk FDI dan kadar guna tenaga meningkat, FDI juga merangsang ekonomi kita," katanya.

Sumber

Thursday, 9 May 2013

Kepada Siapa Yang Belum Tahu Tentang Kod Rahsia Pakatan !!!


1 . Maklumat mengenai kod-kod tarikh yang dikeluarkan oleh pihak pembangkang kepada rakyat Malaysia berkait dengan kegiatan atau aktiviti 'hidden hand'
di Malaysia.

2. Kod yang digunakan adalah tarikh dan merujuk terus kepada kod warna pakaian semasa revolusi jalanan

3. Kod : 505, 105 , 135, 508 , 510

505 - 5 mei- pilihanraya PRU13
805 - 8 mei - perhimpunan anwar di kelanajaya
105 - 10 mei
135 - 13 mei
508 - 5 ogos
510 - 5 oktober

4. Perhimpunan revolusi melalui jalanan (non violent war) ini telah di asaskan oleh Gene Sharp. Mereka menggunapakai 198 modul operandi yang telah digariskan
oleh Gene Sharp untuk diaplikasikan di Malaysia, antaranya :

- perhimpunan jalanan
- duduk bantah
- baring di atas jalanraya
- berkhemah di dataran merdeka
- memberi bunga kepada pengawai keselamatan
- demontrasi
- membuat huru hara di kawasan bandar
- menggunakan logo berlambang 'tangan' (BERSIH)
- menggunakan perkataan 'occupy'
- warna kod pakaian (BERSIH - KUNING, ANTI LYNAS - HIJAU, TUKAR - MERAH)

5. 198 cara yang digariskan Gene Sharp boleh dirujuk di sini >> http://www.aeinstein.org/organizations103a.html

6. video tangan asing boleh dirujuk di sini >> http://www.youtube.com/watch?v=sWkEAO0ktcA

Sumber

Monday, 8 April 2013

#GE13 : Taktik PR Guna Dakwat Kekal Dibongkar !!! #tolakPR #vote4BN #ManifestoBN


Malaysia bukanlah negara yang sempurna,tetapi tidak keterlaluan dikatakan bahawa tidak ada apa yang terlalu signifikan yang perlu diperjuangkan di negara ini melainkan perjuangan untuk memperkasakan jati diri rakyatnya.Secara dasarnya,negara ini sudah cukup lengkap bagi membolehkan ia berfungsi dengan aman,stabil,makmur dan sejahtera.

Apa yang perlu hanyalah penambahbaikan sahaja dan bukannya perubahan drastik.Kedudukan negara yang ‘lengkap’ inilah yang menyukarkan pihak yang ingin menjatuhkan kerajaan iaitu dari segi mencari isu yang cukup penting untuk dijuarai.

Justeru,mahu tidak mahu mereka terpaksa memfitnah,mencipta isu atau menimbulkan isu daripada sesuatu yang bukan isu,untuk diperjuangkan.Oleh kerana isu yang ditimbulkan bukanlah isu yang ‘genuine’,maka ia selalunya membawa akibat yang buruk atau merugikan sahaja. Contohnya, isu ISA dan isu dakwat kekal dalam pilihanraya.

Sedangkan,kedua-dua isu ini bukanlah satu isu,buktinya ia tidak pernah menjadi masalah kepada negara dan rakyat selama ini.Malah negara terus tumbuh dan berkembang maju dengan amalan demokrasi yang cemerlang,serta sentiasa aman dan stabil sama ada dengan kewujudan ISA mahupun tanpa penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya.Oleh itu,sejak dari awal lagi kita meragui desakan pembangkang yang ingin sangat menggunakan dakwat kekal dalam pilihanraya.

Sedangkan sistem itu adalah ‘primitif’,terdedah kepada berbagai cara manipulasi dan tidak effisien.Hairan sekali kita apabila pembangkang bermati-matian memperjuangkannya sambil menolak sistem biometrik yang lebih canggih dan ‘reliable’.Malang sekali apabila desakan pembangkang ini telah tidak dikekang dengan hujah yang tegas.

Bagaikan tidak mampu menahan asakan maka akhirnya sistem dakwat kekal pun diluluskan walaupun semua pihak cukup sedar akan kelemahan sistem tersebut.Kini,apabila pilihanraya menjelang tiba,muncullah beberapa pihak yang mendedahkan taktik kotor pembangkang berkaitan dakwat kekal.Sedangkan semua taktik itu telah pun dijangka sedari mula lagi dan boleh dielakkan. 

Bekas orang kuat Anwar,iaitu Datuk Zulkifli Noordin telah menyebarkan maklumat tentang bagaimana dakwat kekal akan dimanipulasi pembangkang ketika pengundian berjalan.Menurut beliau,antara cara manipulasinya adalah dengan terlebih dahulu mewarnakan tangan pengundi yang terpilih sebelum ke pusat pengundian.

Apabila disekat,pengundi tersebut akan memberitahu bahawa ‘ada pihak UMNO yang memaksa mereka mewarnakan tangan jari terlebih dahulu sebelum tiba,bagi menghalang mereka mengundi’. Dari situ,‘orang-orang mereka’ yang telah bersedia di situ akan mencetuskan kekecohan dan menuduh SPR tidak telus.

Sekiranya,pengundi tersebut tidak disekat dan pihak pemantau mengesahkan yang dakwat tersebut bukan dakwat yang digunakan oleh SPR, dan nama mereka masih belum dipotong, maka ‘orang-orang mereka’ yang telah bersedia di situ, tetap akan memulakan kekecohan dan menuduh SPR tidak telus juga.Objektifnya satu sahaja iaitu menuduh SPR tidak telus serta menimbulkan huru-hara sehingga keputusan pilihanraya tidak ditolak. 

Apa yang PR terlepas pandang ialah,tidak logik jika menuduh SPR atau UMNO/BN/Kerajaan yang memanipulasi dakwat kekal kerana terbukti sejak dari mula lagi SPR,UMNO,BN atau Kerajaan begitu keberatan untuk menggunakan sistem itu.Tentulah lebih logik jika pihak yang mendesak penggunaan sistem itu,iaitu PR sendiri,yang sebenarnya mempunyai perancangan awal untuk memanipulasinya. 

Rakyat Malaysia bukan semuanya bodoh seperti penyokong PR yang sanggup menelan apa saja yang disumbat ke minda mereka.Majoriti rakyat Malaysia mampu menggunakan logik akal dalam menilai sesuatu isu atau kejadian. Buktinya, Malaysia kekal aman di bawah pemerintahan BN selama lebih separuh abad. 

Lagipun,bukan sekali PR berbuat silap sebegini.Sebelum insiden Lahad Datu,PR juga yang begitu sibuk sekali membangkitkan soal ‘Sabah nak hilang’.Begitu juga sebelum demo BERSIH bertukar ganas,PR juga yang sibuk membangkitkan soal keganasan polis.Taktik yang sama digunakan dalam isu dakwat kekal ini,iaitu menuduh ia bakal dimanipulasi BN,di mana PR sendiri yang akan memanipulasinya.Untuk pengetahuan PR,taktik itu sudah tidak laku kerana rakyat sudah kenal siapa mereka.

Sebuah perjuangan tanpa asas,tanpa isu yang ‘solid’,‘valid’ atau ‘genuine’ memanglah sukar untuk diteruskan.Fitnah dan penipuan perlu sering diperbaharui di mana akhirnya pasti memakan diri.Walaupun taktik ini telah terbongkar,jangan kita sekali-kali menyangka yang PR tidak akan meneruskannya.Percayalah yang mereka tetap akan mencubanya kerana mereka tahu ada di kalangan penyokong mereka dan rakyat Malaysia yang tidak mendapat maklumat mengenainya serta bakal percaya kepada apa saja pembohongan mereka.

Kesimpulannya,PR benar-benar bergantung kepada undi dari golongan yang buta tuli dan yang tidak mendapat maklumat untuk menang dalam PRU kali ini.Justeru,andainya BN dapat memastikan semua rakyat mendapat maklumat yang tepat, maka yang tinggal menyokong PR tentulah di kalangan buta tuli sahaja.Apapun,semua pihak harus berjaga-jaga bagi memastikan taktik kotor PR tidak menjadi pada hari pengundian nanti.Kamera,CCTV,pemerhati dan pemantau wajar diletakkan sebanyak mungkin bagi memastikan PRU-13 berjalan lancar,bersih dan adil sepertimana biasa.

Sunday, 7 April 2013

#PRU13 : Taktik PR Guna Dakwat Kekal Dibongkar !!! #ttolakPR vote4BN

Malaysia bukanlah negara yang sempurna,tetapi tidak keterlaluan dikatakan bahawa tidak ada apa yang terlalu signifikan yang perlu diperjuangkan di negara ini melainkan perjuangan untuk memperkasakan jati diri rakyatnya.

Secara dasarnya,negara ini sudah cukup lengkap bagi membolehkan ia berfungsi dengan aman,stabil,makmur dan sejahtera.Apa yang perlu hanyalah penambahbaikan sahaja dan bukannya perubahan drastik.Kedudukan negara yang ‘lengkap’ inilah yang menyukarkan pihak yang ingin menjatuhkan kerajaan iaitu dari segi mencari isu yang cukup penting untuk dijuarai.

Justeru,mahu tidak mahu mereka terpaksa memfitnah,mencipta isu atau menimbulkan isu daripada sesuatu yang bukan isu,untuk diperjuangkan.Oleh kerana isu yang ditimbulkan bukanlah isu yang ‘genuine’,maka ia selalunya membawa akibat yang buruk atau merugikan sahaja. Contohnya, isu ISA dan isu dakwat kekal dalam pilihanraya.

Sedangkan,kedua-dua isu ini bukanlah satu isu,buktinya ia tidak pernah menjadi masalah kepada negara dan rakyat selama ini.Malah negara terus tumbuh dan berkembang maju dengan amalan demokrasi yang cemerlang,serta sentiasa aman dan stabil sama ada dengan kewujudan ISA mahupun tanpa penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya.

Oleh itu,sejak dari awal lagi kita meragui desakan pembangkang yang ingin sangat menggunakan dakwat kekal dalam pilihanraya.Sedangkan sistem itu adalah ‘primitif’,terdedah kepada berbagai cara manipulasi dan tidak effisien.Hairan sekali kita apabila pembangkang bermati-matian memperjuangkannya sambil menolak sistem biometrik yang lebih canggih dan ‘reliable’.

Malang sekali apabila desakan pembangkang ini telah tidak dikekang dengan hujah yang tegas.Bagaikan tidak mampu menahan asakan maka akhirnya sistem dakwat kekal pun diluluskan walaupun semua pihak cukup sedar akan kelemahan sistem tersebut.

Kini,apabila pilihanraya menjelang tiba,muncullah beberapa pihak yang mendedahkan taktik kotor pembangkang berkaitan dakwat kekal.Sedangkan semua taktik itu telah pun dijangka sedari mula lagi dan boleh dielakkan.

bekas orang kuat Anwar,iaitu Datuk Zulkifli Noordin telah menyebarkan maklumat tentang bagaimana dakwat kekal akan dimanipulasi pembangkang ketika pengundian berjalan.Menurut beliau,antara cara manipulasinya adalah dengan terlebih dahulu mewarnakan tangan pengundi yang terpilih sebelum ke pusat pengundian.

Apabila disekat,pengundi tersebut akan memberitahu bahawa ‘ada pihak UMNO yang memaksa mereka mewarnakan tangan jari terlebih dahulu sebelum tiba,bagi menghalang mereka mengundi’. Dari situ,‘orang-orang mereka’ yang telah bersedia di situ akan mencetuskan kekecohan dan menuduh SPR tidak telus.

Sekiranya,pengundi tersebut tidak disekat dan pihak pemantau mengesahkan yang dakwat tersebut bukan dakwat yang digunakan oleh SPR, dan nama mereka masih belum dipotong, maka ‘orang-orang mereka’ yang telah bersedia di situ, tetap akan memulakan kekecohan dan menuduh SPR tidak telus juga.

Objektifnya satu sahaja iaitu menuduh SPR tidak telus serta menimbulkan huru-hara sehingga keputusan pilihanraya tidak ditolak. Apa yang PR terlepas pandang ialah,tidak logik jika menuduh SPR atau UMNO/BN/Kerajaan yang memanipulasi dakwat kekal kerana terbukti sejak dari mula lagi SPR,UMNO,BN atau Kerajaan begitu keberatan untuk menggunakan sistem itu.

Tentulah lebih logik jika pihak yang mendesak penggunaan sistem itu,iaitu PR sendiri,yang sebenarnya mempunyai perancangan awal untuk memanipulasinya. Rakyat Malaysia bukan semuanya bodoh seperti penyokong PR yang sanggup menelan apa saja yang disumbat ke minda mereka.Majoriti rakyat Malaysia mampu menggunakan logik akal dalam menilai sesuatu isu atau kejadian. Buktinya, Malaysia kekal aman di bawah pemerintahan BN selama lebih separuh abad.

Lagipun,bukan sekali PR berbuat silap sebegini.Sebelum insiden Lahad Datu,PR juga yang begitu sibuk sekali membangkitkan soal ‘Sabah nak hilang’.Begitu juga sebelum demo BERSIH bertukar ganas,PR juga yang sibuk membangkitkan soal keganasan polis.Taktik yang sama digunakan dalam isu dakwat kekal ini,iaitu menuduh ia bakal dimanipulasi BN,di mana PR sendiri yang akan memanipulasinya.

Untuk pengetahuan PR,taktik itu sudah tidak laku kerana rakyat sudah kenal siapa mereka.Sebuah perjuangan tanpa asas,tanpa isu yang ‘solid’,‘valid’ atau ‘genuine’ memanglah sukar untuk diteruskan.Fitnah dan penipuan perlu sering diperbaharui di mana akhirnya pasti memakan diri.Walaupun taktik ini telah terbongkar,jangan kita sekali-kali menyangka yang PR tidak akan meneruskannya.

Percayalah yang mereka tetap akan mencubanya kerana mereka tahu ada di kalangan penyokong mereka dan rakyat Malaysia yang tidak mendapat maklumat mengenainya serta bakal percaya kepada apa saja pembohongan mereka.Kesimpulannya,PR benar-benar bergantung kepada undi dari golongan yang buta tuli dan yang tidak mendapat maklumat untuk menang dalam PRU kali ini.

Justeru,andainya BN dapat memastikan semua rakyat mendapat maklumat yang tepat, maka yang tinggal menyokong PR tentulah di kalangan buta tuli sahaja.Apapun,semua pihak harus berjaga-jaga bagi memastikan taktik kotor PR tidak menjadi pada hari pengundian nanti.Kamera,CCTV,pemerhati dan pemantau wajar diletakkan sebanyak mungkin bagi memastikan PRU-13 berjalan lancar,bersih dan adil sepertimana biasa.

Saturday, 6 April 2013

#ManifestoBukanJanji : Rumusan Dan Dapatan Keseluruhan 'Kosong' Pakatan Pembangkang #tolakPR #GE13



1. Setelah dikaji dan diteliti Manifesto 'karut' ini, telah didapati beberapa perkara menarik yang boleh dikupas dan dijelaskan.

2. Salah satu daripadanya adalah manifesto ini tidak mempunyai data yang kukuh. Ini adalah kerana mereka yang merangka manifesto ini tidak mempunyai pengalaman berkhidmat dengan kerajaan.

3. Maka mereka sebenarnya tidak ada akses kepada agensi-agensi Kerajaan yang senantiasa mendapatkan maklum balas daripada rakyat tentang kemahuan rakyat itu sendiri.

4. Dengan mengeluarkan satu manifesto yang meletakkan perkataan rakyat retorik semata-mata kerana bukanlah ini sebenarnya keperluan rakyat.

5. Kerajaan dari satu segi boleh menimbangkan antara keperluan rakyat dan kehendak rakyat. Ini adalah satu dilema yang perlu kerajaan tanggung. Apa tidaknya, keperluan itu tidak semestinya kehendak, tetapi keperluan itulah yang perlu dipenuhi terlebih dahulu.

6. Dengan megeluarkan manifesto yang menjanjikan perkara-perkara karut, maka mereka sendiri telah memper'bodoh'kan beribu-ribu kakitangan awam yang sentiasa bertungkus-lumus memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

7. Manifesto ini juga memper'bodoh'kan ratusan pakar-pakar ekonomi, sosial dan pembangunan yang juga berusaha bersama-sama kakitangan kerajaan untuk menghasilkan suatu pelan pembangunan negara dengan menyatakan hasil daripada 13 orang ini sahaja lebih baik daripada ratusan pakar yang lain.

8. Gunakan Hak Untuk berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!

9. Baca, fahami dan teliti Rumusan daripada Manifesto Karut Pakatan Pembangkang ini.






















































Sunday, 31 March 2013

#LahadDatu : Siapa Pemimpin Pembangkang SMS Kepada MNLF Dikesan #TolakPR #Vote4BN


SANGAT MENGEJUTKAN! Rupa-rupanya perancangan "mereka" bukan setakat memberi wang dan menghuru-harakan negara tetapi lebih dari itu.

Kami sungguh terkejut. Penemuan terbaru kami mendapati Individu Pembangkang bukan sahaja menyalurkan sejumlah wang yang besar kepada Militan Kiram, tetapi juga kami mendapat petunjuk baru yang amat-amat 'berat' di mana Individu Pembangkang turut menjanjikan beberapa perkara lain.

Sumber kami menunjukkan kepada kami beberapa sms dalam bahasa Inggeris, di antara Individu Pembangkang dengan pihak Militan Kiram, yang kami percaya dihantar kepada pihak perantara yang kami yakin ialah MNLF.

Daripada sms yang banyak itu, kami dapat bahagikan kepada dua bahagian. SMS dari Individu Pembangkang di Malaysia :

1. Parlimen akan dibubarkan pada hujung bulan Februari. "Kucar-kacir" mesti dibuat pada hari yang sama. Keadaan mesti dihuru-harakan supaya Najib terpaksa mengisytihar "Darurat".

2. Berjanji akan menyalurkan wang. 50% Deposit.

3. Berjanji akan memberikan Pangkat dan Jawatan.

4. Berjanji "kami tidak kenal kamu dan kamu tidak kenal kami".

SMS balas dari pihak MNLF/ Militan Kiram :

1. Beri kami wang dahulu untuk beli minyak, sewa senjata, upah dan makanan.

2. Kami mahu Jawatan dalam Kerajaan jika Individu Pembangkang tersebut berjaya menjadi Presiden! Kami mahu jawatan Ketua Polis Negeri Borneo Utara, District Officer Semporna, Kunak & Lahad Datu.

3. Elaun kepada Sultan Jamalul Kiram III dan waris-waris dibayar setiap bulan.

4. Memberikan "Kewarganegaran" secara percuma kepada semua keluarga mereka yang berada di Sabah secara automatik.

5. Membatalkan Perjanjian dengan MILF.

6. Membenarkan tentera MNLF dan Militan Kiram mendirikan Pos Kawalan di Tunku, Lahad Datu.

Sumber

Friday, 22 March 2013

[VIDEO] Siapakah Pemimpin Pembangkang Ini ???



Sekali tengok gambar kat atas tu, muka macam kenai. Tapi betul atau tidak tu taktau la. Rasanya macam dia.. tapi entah la. Pembaca boleh nilai sendiri.

Pehh mengayat nak dapat kunyit sampai macam tu sekali? ha ha ha.. teruk dohh.. macam ni nak jadi pemimpin? Fikir-fikirkanlah..

Kalau diluar negara, pemimpin yang disabitkan skandal seks, akan terus dikecam dan disingkirkan. Tapi kat Malaysia ni hebat, dah meliwat 2,3 kali pun boleh lepas lagi. Siap nak jadi calon PM? parrot nise boh !!!

Malang betul rakyat Malaysia ada pembangkang yang bangang macam puak Pakatan ni. - Sumber 


Friday, 15 February 2013

BETUL KE ! PEMIMPIN PEMBANGKANG KENA CEKUP KES KHALWAT ???



Dalam operasi sama juga, seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk ditahan bersama seorang janda di sebuah bilik di hotel bajet di Jalan Tiong Nam, awal pagi semalam.

Datuk yang berumur 60 tahun berada dalam bilik bersama wanita berusia 29 tahun apabila pihak penguat kuasa mengetuk pintu bilik.

Setelah pintu dibuka selepas diketuk kira-kira 15 minit, datuk itu didapati dalam keadaan separuh bogel, sementara wanita itu berkemban.

Janda itu difahamkan memberitahu pihak penguat kuasa bahawa dia susah dan sedar apa yang dilakukan adalah satu kesalahan.

Datuk itu pula mengaku tiada pertalian sah dengan wanita berkenaan.

Pihak penguat kuasa juga menahan seorang wanita hamil lapan bulan dan seorang lelaki yang disyaki berkhalwat.

PT
Ingat Pakatan Ingat perempuan. Pemimpin pakatan rakyat tidak dapat dipisahkan dengan skandal dan perempuan. Tidak sah jika pemimpin PR tiada skandal dengan mana-mana perempuan. Itulah Pakatan Rakyat ???

Thursday, 31 January 2013

[VIDEO] DR MAZA MEMANG PANDAI URUS DUIT MAK BAPAK DIA ???


Pandai betul Ostad Asri mengajar orang mengurus duit. Tapi inikah bahasa seorang ostad, takde beza dengan bahasa seorang samseng. Ops lupa pulak..mana-mana ostad yang menyokong Pas atau pembangkang bahasa mereka memang kurang ajar dan kesat. !!!

Aku rasa ustaz ni bengong la...tak boleh nak beza. Duit kerajaan tu duit cukai la. Dah bahasa kita dan adat kita macam tu ke ? 
Amerika lantaq dia la, nak sebut apa pun. Jangan dok tiru semua Amerika . Ostad sebut ustaz balik tiru.Kita orang Malaysia indentiti sendiri la ostad. Kenapa orang panggil duit gaji. Kenapa tak panggil duit titik peluh, bagi orang faham !!!

Sudahlah ostad cakap je la yang hang ni sama dengan ulamak pembangkang yang lain, semua yang kerajaan buat salah belaka, guna bahasa bukan macam seorang ostad...

Wednesday, 16 January 2013

TERKINI !!! MB BAWAH POKOK KANTOI MENIPU PAMPASAN BURUH PAKSA ???


Dakwaan bahawa Jepun membayar 207 bilion sebagai pampasan kepada pekerja dan keluarga buruh paksa adalah palsu. Berita ini diambil oleh pembangkang akibat ada pihak yang memalsukan memo kerajaan. Tindakan sebegini menghilangkan nilai kredibiliti pembangkang yang hari ini ghairah dalam melakukan pendedahan keburukan kerajaan. Bernama melaporkan bahawa Kementerian Kewangan menafikan perkara ini dan sedang dalam usaha membuat laporan polis mengenai pemalsuan tersebut.

PT
Kalau dah dasar suka menipu..takkan selesa hidup kalau tidak menipu....jadi MB pun dengan ihsan Dap Babi dan dengan pertolongan MB nyanyok Kelantan.

Monday, 7 January 2013

BERAKHIRNYA EPISOD SAMAN TERHADAP BLOGGER TERHEBAT #Dr MiM !!!

Blogger pro Umno, Dr Norvandri Hasan Basri atau dikenali juga Dr MiM hari ini memohon maaf secara terbuka kepada anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ekoran dakwaan beliau kepada AJK PAS Pusat itu.

Permohonan maaf ekoran dakwaan Khalid adalah Bishop itu akan diletakkan dalam blog beliau novandri.blogspot.com dan Harakahdaily.net hari ini.

Dr Novandri juga bersetuju membayar sejumlah wang ganti rugi yang tidak disebutkan.Penyelesaian luar mahkamah ini dinyatakan di depan hakim mahkamah Pulau Pinang hari ini.



Dr Novandri melalui blognya, novandri.blohspot.com pada 15 Januari 2010 lalu menulis satu tulisan dalam blognya bertajuk 'Penjarakan Khalid Bishop Samad'.

Ekoran itu, Khalid melalui peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin menuntut supaya Novandri menarik balik tulisan dan gambar yang menunjukkan Khalid memakai tanjak Kristian dan salib dari blognya.

Setelah sekian lama berlalu, hari ini Novandri bersetuju untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah dengan memohon maaf secara terbuka kepada Khalid.

Hari ini keputusan persetujuan penyelesaian di luar mahkamah dimaklumkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Turut hadir adalah Khalid Samad bersama peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin dan peguam yang mewakili 
Dr Novandri. Hrkh

p/s

Aadakah nasib yang menimpa Doc adalah bukti 'pengiktirafan' kepada bloggers dan pejuang siber sebagaimana dilaung-laungkan oleh pembesar-pembesar parti Melayu?

APAKAH BLOGGER YANG DISAMAN PEMBANGKANG TERBELA ???

Soal kebebasan media serta kebebasan bersuara sekali lagi tercabar apabila pihak pembangkang menggunakan mahkamah sebagai usaha menutup mulut mereka yang lantang.



Kalau dulu tuduhan ini dibuat pembangkang terhadap kerajaan BN kerana menggunakan jentera kerajaan seperti badan kehakiman dan polis serta media untuk melenyapkan suara mereka. Mereka melabel pemerintah ketika itu dan kini sebagai kerajaan zalim kerana menyekat kebebasan bersuara. Manifesto mereka menjanjikan kebebasan bersuara pada rakyat jika mereka dipilih memerintah.


Terkini, blogger pisau.net pula bakal diheret ke mahkamah jika gagal memohon maaf dalam masa tujuh hari.Tindakan saman terhadap blogger ini dibuat Pengerusi DAP negeri Ngeh Koo Ham melalui peguamnya Wong Kian Kheong. Untuk rekod, Ngeh juga seorang peguam dan ADUN Sitiawan yang menganggap berita disiar blog itu fitnah dan berniat jahat. Untuk menutup Kelemahan mereka sanggup menyaman, maklumlah duit tengah banyak barangkali

Bukan itu sahaja, Khalid K juga tidak terkecuali dan Husam Musa juga menyaman blogger PapaGomo yang melibatkan kes fitnah dakwa Husam.

Tujuan utama ialah bila fail saman, segala komen2 dan pendedahan berkenaan dengan kes tersebut akan didiamkan buat sementara waktu selagi ianya menjadi kes mahkamah kerana bila fail sekarang sebutan kes mungkin tahun depan. Tetapi 2 pemimpin DAP itu tak boleh diamkan ramai lagi rakyat nak bercakap tentang tanah yang mereka dapat itu berlaku unsur rasuah dan salah guna kuasa. - sumber

PT
Apakah nasib para blogger yang disaman oleh pembangkang ini terbela?? Apakah UMNO/BN hanya memandang sebelah mata ?? Atau mengambil sikap berdiam diri tanpa menghiraukan untung nasib yang bakal menimpa blogger pro-BN ini. Bukan meminta simpati tetapi sekadar mengingatkat betapa penat lelah blogger ini tidak dihiraukan bila musibah datang menimpa empunya diri.

Thursday, 29 November 2012

PEMBANGKANG MENGGELUPUR KEPANASAN BILA MELIHAT #PAU2012


Jelas terlihat di PWTC ini, bagaimana kekuatan dan semangat UMNO tidak pernah goyah walau sedikit. Pemimpin datang dan pergi, dengan yang salah dihukum, yang benar dijulang, sekali gus membolehkan UMNO kekal sebagai parti keramat bangsa Melayu Islam yang dihormati di rantau ini.

Kekecewaan dan kebimbangan yang kadangkala melanda akibat sikap segelintir yang tersasar arah, tidak menjejaskan keyakinan ahli-ahli terhadap parti.

Ini kerana ahli-ahli UMNO rata-ratanya cukup matang untuk memahami perjuangan ini iaitu perjuangan untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara yang dipegang sebagai prinsip utama.

‘Prinsip’ adalah kunci utama kekuatan UMNO. Mungkin segelintir di dalam parti ini mempunyai masalah dengan prinsip diri, namun apa yang pasti, prinsip parti UMNO itu sendiri tidak pernah bermasalah, malah kekal teguh dan tetap, dipasak terus ke sanubari setiap Melayu yang punya jatidiri.

Kita lihat hari ini bagaimana parti yang menggadaikan prinsip dan parti yang tidak ada prinsip, terhoyong-hayang diheret orang. Itulah PAS yang melelong Negara Islam dan juga PKR yang lahir dari penjara. Kedua-dua parti itu kini semakin bingung disergah dan diarah-arah oleh DAP.

Akibat prinsip yang caca-marba, bertukar-tukar dan tidak masuk akal, maka perjuangan pakatan mereka menjadi tidak tentu arah. Sekejap berhimpun memperjuangkan pilihanraya bersih, sekejap memperjuangkan alam sekitar, kemudian hudud, kesamarataan total, hatta berhimpun mendesak peliwat dibebaskan. Pendek kata, asal ada ruang, mereka pasti akan ‘berjuang’ tetapi berjuang untuk apa, itu belakang kira. Akhirnya, perjuangan mereka diterjemahkan dalam sepasang perkataan iaitu ‘BN K.O’.

Maka jelaslah sudah, bahawa apa yang mereka perjuangkan bukanlah prinsip, tetapi kuasa. Dengan menyebut nama Allah SWT, mereka memohon kecelakaan kepada saudara seagama. Dalam keselesaan bermuktamar, dalam mereka bersantai di kediaman mewah masing-masing, dalam mereka berebut-rebut jawatan dan membanding-banding kekayaan, mereka menuduh UMNO sebagai zalim. Inilah fitnah paling besar yang dilakukan atas nama Allah SWT dan diaminkan oleh beribu-ribu umat Islam.


Syukur, UMNO dianugerahkan dengan pemimpin-pemimpin yang jauh lebih rasional, bijak dan matang dari pembangkang. UMNO tidak menyambut doa kecelekaan itu dengan sifat amarah atau dendam malah langsung tidak berkecil hati. Tetapi UMNO menerimanya sebagai kelemahan saudara seagama yang keliru, jahil dan buntu yang perlu terus dididik, dibimbing dan dilindungi serta disedarkan dari terus menjadi kuda tunggangan atau anjing suruhan orang lain.


UMNO mendoakan agar mereka dibukakan hati dan mata serta kesejahteraan hendaknya. Jika mereka dipijak, UMNO tidak akan teragak-agak untuk membela biarpun mereka pernah mendoakan UMNO celaka.

Biarpun 25,000 peserta dalam himpunan BERSIH 3, 7,000 dalam Himpunan Lynas, dan entah berapa ribu dalam himpunan royalti minyak, himpunan kebangkitan rakyat, himpunan 901, BERSIH 1 & 2, dan entah apa-apa himpunan lagi, masih tidak dapat mengatasi semangat keramat sebuah Perhimpunan UMNO.

Jika sesiapa tidak yakin bahawa yang baik pasti mengatasi yang jahat, maka inilah masa untuk memulihkan keyakinan itu. Yakinlah bahawa doa ke arah kebaikan pasti akan dapat mengatasi doa kejahatan. Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive