Showing posts with label Blogger. Show all posts
Showing posts with label Blogger. Show all posts

Friday, 28 February 2014

Kes Blogger Lucah Alvin-Vivian Akan Disebut 14 April!!!!

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 14 April untuk sebutan semula kes pasangan blogger kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee yang menghadapi tiga pertuduhan mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan. Lihat artikel terdahulu di [ SINI ].

Hakim Murtazadi Amran menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharudin Wan Ladin memberitahu mahkamah, keputusan terhadap rayuan pasangan terbabit telah ditetapkan pada 10 April ini di Mahkamah Rayuan.

"Pasangan itu telah memfailkan rayuan untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapi mereka di bawah Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan selepas Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan mereka dan rayuan berhubung kes itu akan diputuskan Mahkamah Rayuan pada 10 April," katanya.

Terdahulu, mahkamah turut membenarkan permohonan peguam Adilah Kamarzaman untuk mengecualikan kehadiran kedua-dua anak guamnya pada tarikh sebutan 14 April.

Pada 21 November lepas, Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau Lee May Ling, 24, untuk membatalkan pertuduhan dihadapi mereka mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan dengan alasan pertuduhan yang dibuat terhadap mereka adalah sah, teratur dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan, Tan dan Lee didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satu kandungan gambar dan komen bertajuk 'Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!)' yang mengandungi logo halal, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama dalam kalangan penganut agama berlainan, di CAF-Syed Restaurant Jalan Dang Wangi di sini antara 11 dan 12 Julai lepas.

Mereka juga didakwa memuat naik satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian-Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yang sama pada tarikh sama di Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2 di sini mengikut Akta Hasutan 1948.

Mereka turut berdepan pertuduhan mempamer gambar lucah di https://alviviswingers.tumblr.com/ di tempat sama antara 6 dan 7 Julai lepas mengikut Akta Penapisan Filem 2002. - Bernama

Wednesday, 5 June 2013

[FOTO] Ini Pulak Blogger PR Hina YDP Agong Anjing???


PT
Mangkuk ni sebenarnya menghina dirinya sendiri setaraf anjing dan babi saja pemikirannya. Mungkin semasa dia dalam perut ibunya lagi dia telah disusui dengan susu anjing dan babi barangkali??? Jadi perangai mangkuk ni pun jadi macam anjing dan babi jugak.  

Takkan KDN hari-hari nak menghadap puak-puak mereka saja..secara matematik mereka sudah buat perkiraan dalam hal ini.Habis te
ruk pun kalau sabit kesalahan bayar denda saja. Mana boleh tarik balik hak warganegara ke??!! Apapun mereka memang sudah rancang semua ni sudah lama. Mereka sudah siap 10 langkah di depan kita.

Kita baru dok berhujah, baru nak berhujah tentang ini tetapi mereka sudah standby nak menggerakkan yang lain pulak. Memang mereka dah susun nak punahkan semua ni. Sepatutnya puak-puak ni yang sepatutnya dihentam oleh penceroboh Lahad Datu, mereka ni langsung tak peduli tentang PERLEMBAGAAN NEGARA!!!

Dan ramai yang bukan Bumiputera PKR pula menyokong DAP tetapi tidak mahu terdedah sebab nak terus memperbodohkan penyokong Melayu/Islam PKR dan PAS, untuk menyembunyikan rahsia mereka ini sebagai menjadikan negara semakin tidak tenteram.

Wednesday, 24 April 2013

#GE13 : Blogger Sebar 'Mengundi Awal' Diburu Polis Malaysia,#tolakPR #Vote4BN

Kuala Lumpur, 24 April - Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak diarah mengundi awal bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) semalam seperti yang didakwa beberapa blogger, kata Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Ramli Mohamed Yoosuf hari ini.

Justeru, katanya polis akan mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebar dakwaan itu mengikut Seksyen 233 (1(a)) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

"Menggambarkan bahawa polis diarah untuk mengundi awal pada semalam (23 April) adalah sesuatu yang mengelirukan dan salah fakta," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini, hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang membuat spekulasi mengenai undi pos yang telah disalah tafsir sebagai undi awal boleh dikategori sebagai memberi maklumat salah.

Dalam pada itu, Ramli berkata Bukit Aman telah menerima 245 laporan polis berhubung PRU13 semalam menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 632.

Beliau juga memberitahu bahawa 1,430 aktiviti membabitkan PRU13 berlangsung di seluruh negara semalam iaitu ceramah (680), perjumpaan dan mesyuarat (219), kunjungan rumah ke rumah (44), kempen (199) dan lain-lain sebanyak 288.

"Jumlah tangkapan terkumpul sejak hari penamaan calon ialah 22 dengan tujuh tangkapan dibuat semalam termasuk dua di Perak dan lima di Negeri Sembilan melibatkan kesalahan pilihan raya," katanya.

Beliau turut mengingatkan calon supaya tidak berkempen di balai-balai polis seperti yang berlaku semalam.

"Balai polis bukanlah tempat untuk memperkenalkan diri kerana kami mempunyai banyak lagi urusan lain terutama untuk menguruskan hal-hal laporan mangsa-mangsa sesuatu kejadian," katanya. - BERNAMA

Wednesday, 20 March 2013

Ekoran Parlimen Bubar Hari Ini !! - Kenyataan Terkini Pejabat PM @NajibRazak




Ekoran dari khabar angin yang bertiup kencang mengatakan PM Najib telah membubarkan parlimen, lihat transkrip di bawah..berdozen blog-blog pembangkang memainkan khabar angin ini..

Berikut adalah transkrip penuh kenyataan akhbar Perdana Menteri pada sidang akhbar khas di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada pukul 12.35 tengah hari ini:

``Saya ingin mengumumkan mengenai pembubaran parlimen pada hari ini setelah mengadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi ini.

``Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk membubarkan parlimen berkuat kuasa hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 dijalankan.

``Yang di-Pertuan Agong menandatangani perisytiharan pembubaran parlimen.

``Dengan itu, kerajaan-kerajaan negeri turut dinasihatkan membubar Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa pada hari yang sama.

``Suruhanjaya Pilihan Raya juga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini.

Monday, 7 January 2013

BERAKHIRNYA EPISOD SAMAN TERHADAP BLOGGER TERHEBAT #Dr MiM !!!

Blogger pro Umno, Dr Norvandri Hasan Basri atau dikenali juga Dr MiM hari ini memohon maaf secara terbuka kepada anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ekoran dakwaan beliau kepada AJK PAS Pusat itu.

Permohonan maaf ekoran dakwaan Khalid adalah Bishop itu akan diletakkan dalam blog beliau novandri.blogspot.com dan Harakahdaily.net hari ini.

Dr Novandri juga bersetuju membayar sejumlah wang ganti rugi yang tidak disebutkan.Penyelesaian luar mahkamah ini dinyatakan di depan hakim mahkamah Pulau Pinang hari ini.



Dr Novandri melalui blognya, novandri.blohspot.com pada 15 Januari 2010 lalu menulis satu tulisan dalam blognya bertajuk 'Penjarakan Khalid Bishop Samad'.

Ekoran itu, Khalid melalui peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin menuntut supaya Novandri menarik balik tulisan dan gambar yang menunjukkan Khalid memakai tanjak Kristian dan salib dari blognya.

Setelah sekian lama berlalu, hari ini Novandri bersetuju untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah dengan memohon maaf secara terbuka kepada Khalid.

Hari ini keputusan persetujuan penyelesaian di luar mahkamah dimaklumkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Turut hadir adalah Khalid Samad bersama peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin dan peguam yang mewakili 
Dr Novandri. Hrkh

p/s

Aadakah nasib yang menimpa Doc adalah bukti 'pengiktirafan' kepada bloggers dan pejuang siber sebagaimana dilaung-laungkan oleh pembesar-pembesar parti Melayu?

APAKAH BLOGGER YANG DISAMAN PEMBANGKANG TERBELA ???

Soal kebebasan media serta kebebasan bersuara sekali lagi tercabar apabila pihak pembangkang menggunakan mahkamah sebagai usaha menutup mulut mereka yang lantang.



Kalau dulu tuduhan ini dibuat pembangkang terhadap kerajaan BN kerana menggunakan jentera kerajaan seperti badan kehakiman dan polis serta media untuk melenyapkan suara mereka. Mereka melabel pemerintah ketika itu dan kini sebagai kerajaan zalim kerana menyekat kebebasan bersuara. Manifesto mereka menjanjikan kebebasan bersuara pada rakyat jika mereka dipilih memerintah.


Terkini, blogger pisau.net pula bakal diheret ke mahkamah jika gagal memohon maaf dalam masa tujuh hari.Tindakan saman terhadap blogger ini dibuat Pengerusi DAP negeri Ngeh Koo Ham melalui peguamnya Wong Kian Kheong. Untuk rekod, Ngeh juga seorang peguam dan ADUN Sitiawan yang menganggap berita disiar blog itu fitnah dan berniat jahat. Untuk menutup Kelemahan mereka sanggup menyaman, maklumlah duit tengah banyak barangkali

Bukan itu sahaja, Khalid K juga tidak terkecuali dan Husam Musa juga menyaman blogger PapaGomo yang melibatkan kes fitnah dakwa Husam.

Tujuan utama ialah bila fail saman, segala komen2 dan pendedahan berkenaan dengan kes tersebut akan didiamkan buat sementara waktu selagi ianya menjadi kes mahkamah kerana bila fail sekarang sebutan kes mungkin tahun depan. Tetapi 2 pemimpin DAP itu tak boleh diamkan ramai lagi rakyat nak bercakap tentang tanah yang mereka dapat itu berlaku unsur rasuah dan salah guna kuasa. - sumber

PT
Apakah nasib para blogger yang disaman oleh pembangkang ini terbela?? Apakah UMNO/BN hanya memandang sebelah mata ?? Atau mengambil sikap berdiam diri tanpa menghiraukan untung nasib yang bakal menimpa blogger pro-BN ini. Bukan meminta simpati tetapi sekadar mengingatkat betapa penat lelah blogger ini tidak dihiraukan bila musibah datang menimpa empunya diri.

Sunday, 28 October 2012

KATA BLOGGER PR DI SELANGOR BANYAK ORANG UTAN YANG GANAS ???



Kata blogger pembangkang ...Selangor Banyak Orang Utan Yang Ganas....
kerana banner jelajah Merdeka Rakyat oleh 'bakal' PM ke 7 mereka
telah di perlakukan seperti di bawah...
Lupakah blogger pembangkang siapakah MB Selangor sekarang ???
Takkanlah MB pun sebangang dengan orang utan yang blogger mereka maksudkan ???



Tengok banner yang di bawah pulak siapakah yang melakukan proses ubah suai sehingga jadi begini ..kalau bukan puak2 PR ..lihat apa pulak kata blogger mereka pada banner di bawah ..tapi tengoklah sopan dan santunnya blogger hebat pembangkang....


PT

Apa saja dari pembangkang semua elok tak kiralah tengak bertenggek atas perut bini orang sekalipun...tapi kalau sebelah kerajaan apa saja yang dibuat semua salah dan haram dimata puak-puak mereka. Maklumlah sebelah puak-puak mereka satu pakej lengkap ada...LGBT la katakan. Belum lagi ditambah skandal dengan bini orang, belum ditolak dengan main dengan anak sendiri.....tapi wahai pembangkang hang kena ingat satu saja......ALLAH MAHA MENGETAHUI.......

Wednesday, 11 July 2012

HANYA POLIS URUS JENAZAH 'IMAN MAHDI'


Upacara pengebumian Khalil Afandi Abd Hamid berlangsung dalam keadaan penuh tanda-tanya apabila hanya anggota polis dan ahli jawatnkuasa Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dilihat menguruskan jenazahnya di Tanah perkuburan Islam di UPM di sini semalam. Tiada seorang pun kelibat ahli keluarga dan sahabat Allahyarham hadir pada upacara tersebut. Salah seorang ahli keluarga Khalil Afandi memberitahu, isteri lelaki itu tidak membenarkan seseipa pun hadir pada upacara tersebut.

"Isteri dia sudah pesan kepada kami supaya tidak satang termasuk rakan baiknya," dakwanya ketika ditemui di rumahnya Taman Lindungan Jaya, Petaling Jaya.

Jenazah Khalil tiba di Masjid UPM pada waktu Maghrib dan dibawa terus ke tanah perkuburan dengan diiringi 10 anggota polis dan dua buah kereta peronda milik pasukan keselamatan UPM.

Masalah timbul apabila tidak ada seseiapa yang dapat mengangkat jenazah ke liang kubur, namun pihak pengurusan masjid turut meminta bantuan daripada anggota polis dan pengawal keselamatan UPM.

Upacara pengebumian tersebut selesai kira-kira pukul 9.00 malam tadi. - sumber

Thursday, 5 July 2012

WAN SHADES SAMAN ROTIKAYA.COM

Mohamad Faizal Mohd Ali bekas penyanyi kumpulan Shades atau lebih dikenali dengan nama Wan Shades, menuruskan niatnya untuk mengambil tindakan saman terhadap blog hiburan rotikaya.com dengan dakwaan telah memfitnah dirinya pada artikel bertarikh 20 Feb 2012 lalu yang bertajuk “Wan Shades Suspek Utama Penyanyi Kumpulan R&B Rogol Anak Tiri Selama Tujuh Tahun”.

Menurut Wan, beliau meneruskan tindakan saman itu kerana ingin memberi pengajaran kepada pihak tersebut agar lebih berwaspada dan lebih beretika ketika membuat sesuatu spekulasi atau tuduhan melalui mana-mana artikel.

“Tindakan membawa kes itu ke mahkamah adalah semata-mata untuk memberi pengajaran kepada blogger yang adakalanya mengambil remeh etika dalam penerbitan.

“Saman ini adalah untuk memperingati pihak tersebut ; sungguhpun berada dalam medium media yang bebas, itu tidak bererti mereka boleh menulis dan memfitnah sesuka hati tanpa mengikut etika dan membuat research yang betul sehingga boleh mengaibkan pihak yang tidak sepatutnya,” Ujar Wan lagi.

Menurut Wan lagi, dakwaan tidak benar dari artikel berkenaan telah mencemarkan maruahnya sebagai seorang selebriti hiburan juga selaku Naib Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayung Daerah Gombak dan Setiausaha Rukun Tetangga Gombak Setia.

Wan juga memberitahu bahawa beliau telahpun bersemuka dengan pemilik blog hiburanberkenaan ketika dipertemukan dalam rakaman sebuah program “Awal Lagi” di siaran TV9 baru ini.

Ketika itu, pihak blog berkenaan telahpun memohon maaf kepadanya secara terbuka dan beliau sebagai seorang islam, menerima permohonan maaf tersebut dengan ikhlas.

“Sebelum ini saya telah memberikan tempoh 7 hari untuk pihak portal tersebut membuat permohonan maaf namun mereka langsung tiada inisiatif untuk berbuat demikian, akan tetapi saya tetap maafkan.

“Apabila blogger itu memohon maaf secara berdepan, kita sebagai seorang Islam kena terima dan saya telahpun memaafkan mereka. Akan tetapi dari segi kerjaya saya tetap akan meneruskan saman terhadap pihak tersebut,” ujarnya lagi.

Sungguhpun demikian, Wan agak kecewa apabila pihak portal hiburan tersebut seperti tidak mengambil serius terhadap isu itu dan seolah tiada apa yang berlaku sebaliknya permohonan maaf itu hanyalah sekadar di depan kamera sahaja.

Dalam masa yang sama, Wan turut menafikan bahawa tindakan ini adalah kerana ingin mencari publisiti selepas beberapa tahun menyepi dalam dunia hiburan.- mStar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive