Showing posts with label Jaya Negara. Show all posts
Showing posts with label Jaya Negara. Show all posts

Thursday, 12 July 2012

SIAPAKAH ADMIN BLOG JAYA NEGARA ?? SEHINGGA KINI MASIH DI SELUBUNGI MISTERI !!!



Siasatan telah mendapati Khalil Afandi dan pasangannya telah dihantar oleh sebuah kereta untuk ke Kompleks B, Bangunan JPM. Siapa yang identiti yang menghantar tersebut?

Sila baca tulisan di atas yang dipetik dari blog pembangkang iaitu Milo Suam. Video berdurasi 4.02 minit yang menggambarkan kejadian amukan tersebut dimuat naik pertama kalinya oleh saluran yang menggunakan pakai nama blog Milo Suam.

Apa maksud tulisan Milo Suam di atas "salah seorang sahabat yang berada di lokasi kejadian"? Artikel ditulis pada 9 Julai 2012 (baca sini) dan video dimuat naik pada 9 Julai 2012 oleh blogmilosuam.

Siapakah sahabat Milo Suam yang berada di lokasi kejadian? Sahabat atau Milo Suam sendiri yang berada di situ?

Sebab itu ada komen yang menulis mendakwa Milo Suam ada kaitan dengan amukan yang berlaku di Putrajaya (baca sini). Benarkah begitu?


Siapa pula lelaki beridentiti Aliosman Idris di bawah ini? Apakah sama identitinya dengan Hambali Idris?


Pada 11 Julai 2012, dikesan blog Jaya Negara telah ditutup oleh admin. Siapa sebenarnya admin blog Jaya Negara? Maksudnya dalam kes amukan ini, ianya melibatkan lebih daripada dua orang.


Sumber : Angin Perubahan

Wednesday, 11 July 2012

HANYA POLIS URUS JENAZAH 'IMAN MAHDI'


Upacara pengebumian Khalil Afandi Abd Hamid berlangsung dalam keadaan penuh tanda-tanya apabila hanya anggota polis dan ahli jawatnkuasa Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dilihat menguruskan jenazahnya di Tanah perkuburan Islam di UPM di sini semalam. Tiada seorang pun kelibat ahli keluarga dan sahabat Allahyarham hadir pada upacara tersebut. Salah seorang ahli keluarga Khalil Afandi memberitahu, isteri lelaki itu tidak membenarkan seseipa pun hadir pada upacara tersebut.

"Isteri dia sudah pesan kepada kami supaya tidak satang termasuk rakan baiknya," dakwanya ketika ditemui di rumahnya Taman Lindungan Jaya, Petaling Jaya.

Jenazah Khalil tiba di Masjid UPM pada waktu Maghrib dan dibawa terus ke tanah perkuburan dengan diiringi 10 anggota polis dan dua buah kereta peronda milik pasukan keselamatan UPM.

Masalah timbul apabila tidak ada seseiapa yang dapat mengangkat jenazah ke liang kubur, namun pihak pengurusan masjid turut meminta bantuan daripada anggota polis dan pengawal keselamatan UPM.

Upacara pengebumian tersebut selesai kira-kira pukul 9.00 malam tadi. - sumber

Tuesday, 10 July 2012

RUPA2NYA PENGAMUK @ JAYA NEGARA ADA MASALAH .......




Mungkin tulisan terakhir blogger Jaya Negara sebelum ditembak mati...

Polis mengesahkan dua suspek yang cuba menceroboh masuk ke dalam bangunan pejabat Jabatan Perdana Menteri, petang semalam mempunyai masalah mental.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya kini sedang mengesan pemandu sebuah kereta yang menghilangkan diri selepas membawa kedua-dua suspek ke bangunan pejabat Jabatan Perdana Menteri. – BH

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive