Wednesday 11 July 2012

HANYA POLIS URUS JENAZAH 'IMAN MAHDI'


Upacara pengebumian Khalil Afandi Abd Hamid berlangsung dalam keadaan penuh tanda-tanya apabila hanya anggota polis dan ahli jawatnkuasa Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dilihat menguruskan jenazahnya di Tanah perkuburan Islam di UPM di sini semalam. Tiada seorang pun kelibat ahli keluarga dan sahabat Allahyarham hadir pada upacara tersebut. Salah seorang ahli keluarga Khalil Afandi memberitahu, isteri lelaki itu tidak membenarkan seseipa pun hadir pada upacara tersebut.

"Isteri dia sudah pesan kepada kami supaya tidak satang termasuk rakan baiknya," dakwanya ketika ditemui di rumahnya Taman Lindungan Jaya, Petaling Jaya.

Jenazah Khalil tiba di Masjid UPM pada waktu Maghrib dan dibawa terus ke tanah perkuburan dengan diiringi 10 anggota polis dan dua buah kereta peronda milik pasukan keselamatan UPM.

Masalah timbul apabila tidak ada seseiapa yang dapat mengangkat jenazah ke liang kubur, namun pihak pengurusan masjid turut meminta bantuan daripada anggota polis dan pengawal keselamatan UPM.

Upacara pengebumian tersebut selesai kira-kira pukul 9.00 malam tadi. - sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive