Thursday, 12 July 2012

ANWAR AKAN JADI PM - DAP BUAT PAS MACAM TUNGGUL

KUALA LUMPUR 12 Julai – Siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri di kalangan pemimpin parti pembangkang masih lagi belum ada keputusan muktamad walaupun Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memegang jawatan berkenaan jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya.

Lim Guan Eng sudah menyatakan pendirian partinya namun Pas masih belum mengumumkan secara rasmi mengenai perkara itu. Masih belum ada kenyataan dari mana-mana pemimpin Pas yang menjurus kepada perakuan yang dibuat oleh Guan Eng terhadap Anwar, pemimpin-pemimpin Pas cuba bermain selamat dengan dengan membuat kenyataan bahawa sesiapa sahaja layak untuk menjadi Perdana Menteri mengikut apa yang ditetapkan dalam perlembagaan.

“Berdasarkan kepada apa yang berlaku itu, hanya DAP dan PKR sahaja yang mengiktiraf Anwar sebagai Perdana Menteri bagi meraih sokongan orang Melayu, sedangkan Pas masih cuba bersandiwara dalam perkara ini,” kata Prof Dr Samsul Adabi Mamat .

Sejak bersama DAP dan PKR, beberapa keputusan yang dibuat oleh Pas tidak disenangi oleh segelintir penyokongnya kerana banyak keputusan yang dibuat termasuk menukarkan perjuangan parti itu menjurus kepada kehendak DAP.

“Presiden dan Mursyidul Pas pernah menyatakan sesiapa sahaja layak untuk menjadi Perdana Menteri asalkan beragama Islam.

“Di samping itu, ada di kalangan penyokong Pas yang menyatakan pemimpin parti mereka lebih layak untuk menjadi Perdana Menteri berbanding Anwar disebabkan oleh beberapa perkara, ini yang menjadi masalah kepada mereka untuk mencari jawapan siapakah yang sebenarnya layak untuk jawatan berkenaan,” katanya.

Dr Samsul berkata, hasrat DAP untuk bertanding 90 kerusi seperti yang dilaporkan itu juga mungkin mempunyai kaitan dengan siapakah yang seharusnya menerajui pakatan pembangkang jika menang nanti.

“Pas menyatakan mereka ingin bertanding 80 kerusi untuk menjadi tunjang kepada pembangkang, kenyataan itu sebenarnya tidak disenangi oleh DAP sebab itu timbulnya cerita mereka akan bertanding 90 kerusi walapun perkara itu dinafikan.

“Apa yang berlaku sama mengenai siaapakah sebenarnya yang harus menjadi Perdana Menteri serta dan pengagihan kerusi membuktikan pembangkang masih tidak ada kesepakatan walaupuan mereka menyatakan tiada masalah berlaku di kalangan mereka,” katanya. -Media Politik



1 comment:

  1. BETUL,AKU HARAP MASYARAKAT AKAN MEMBELIAKKAN BIJI MATA LIHAT PERKARA NI,BETAPA PEMBANGKANG XSEHATI SEJIWA WALAUPUN BENDERA DIORANG ADA LOGO 3SERANGKAI

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive