Pada pT yang utama dan penting adalah hijrah peribadi, kalau sekadar hijrah fizikal tapi peribadi masih kurang bersih kita seolah2 'musang berbulu ayam'. dan yang paling best trend sekarang...tak cukup "HIJRAH" kalau tak naik pentas dan kutuk balik kerajaan..
Ini termasuklah mana-mana artis 'basi' yang sekarang ini berdiri atas pentas pakatan dan biadap menghentam kerajaan memerintah sekarang.
Muhasabahlah diri anda wahai artis yang lupa daratan! Anda tak cukup sempurna untuk mengkritik orang lain! Betulkan diri anda dulu sebelum ada hati nak tegur orang lain.
Apa yang Kjee tulis ni, adalah luahan hati Kjee. Tidak khusus ditujukan kepada sesiapa tetapi ia adalah pemerhatian Kjee secara rambang. Kjee tahu Kjee akan dihentam berbakul2 oleh mereka tetapi itu sudah menjadi lumrah.
pT
Asal kata "hijrah" jer...diorang dah macam bayi dilahirkan semula...pastu siap boleh jatuhkan hukum kat org lain lagi sebab dia dah "bersih dari dosa"...tapi sebenarnya diorang ni dibayar untuk menjatuhkan tangan yang penah bagi diorang makan dulu...kita ada banyak perumpamaan untuk org yang macam ni..."melepaskan anjing tersepit", "mendokong biawak idup", dll lagi...tak tau nak kata apa...sepatutnya semakin tunduk padi sebab berisi..tapi kalau tinggi dirinya padi tu...rasanya kosong jer tu...ringan sampai boleh berdiri tegak...

Ramai yang suka luahkan perasaan mereka melalui maya sebab orang tak kenal mereka. Pengecut namanya, Tetapi Kjee rasa ada segelintir manusia yang kenal Kjee dan Kjee sikit pun tidak rasa takut untuk meluahkan isi hati Kjee. I write what I see.
Kjee nak story kali ni pasal insan2 yang berhijrah. Setiap kali ada insan2 ini yang melaung2kan mereka telah 'berhijrah', Kjee tengok 'penghijrahan' mereka hanya setakat pakai tudung litup dan mengenakan pakaian menutup aurat. Selain daripada itu, mereka lupa tutup sesuatu yang sangat2 penting! Mulut mereka! .
Maaflah. Kjee cukup jahil berkaitan Agama. Tetapi Kjee cuba sedaya upaya meneruskan dan melaksanakan apa2 tuntutan Agama kita seperti mana yang telah diturunkan kepada Kjee. Kjee akui, peribadi Kjee dulu dan sekarang amat berbeza. Tetapi Kjee tidak pernah gunakan perkataan 'berhijrah' kerana perkataan itu terlalu 'keramat'!
Kalau setakat Kjee pakai tudung dan mengenakan pakaian yang menutup tubuh yang sepatutnya, Kjee tak berani guna perkataan 'hijrah'. Hijrah pada Kjee ialah, Kjee fokuskan diri jadi insan yang solehah, jauhi segala yang dilarangNya. Jaga mulut, jaga adap sopan.
Dan Kjee yakin Kjee belum boleh mendabek dada mengatakan Kjee sudah berhijrah kalau Kjee tidak dapat melakukan semuanya dalam ertikata yang sepatutnya. Mulut ini masih lagi tidak dapat dikawal. Dan kekadang tingkah lakupun sukar hendak dibendung. Cakap ikut suka mulut dan keadaan semasa.
Anyway, terlalu ramai yang sekarang ini suka sangat menggunakan perkataan 'Hijrah'. Apakah dengan berselindung disebalik perkataan 'Hijrah', seseorang itu sudah boleh mencuci dosa2 silamnya?
Kjee berkata sedemikian sebab Kjee ada kenal seorang dua insan yang berhijrah kerana hendak mencuci dosa2nya. Tetapi sedihnya, dosa lama belum lagi sempat dicucinya, dia tambah lagi dosa baru iaitu mencaci, menesta dan mengkeji.
Yang paling Kjee tidak sanggup ialah mereka yang setelah berhijrah, terlupa 'tangan yang pernah menyuapnya makan dulu ataupun yang pernah melindungi keluarganya dulu'. Tidakkah mereka sedar betapa besarnya dosa mengenepikan insan2 yang pernah menghulurkan bakti kepada mereka?
Sebab itulah, wahai kalian semua. Kalau nak bertukar fesyen daripada yang sekarang kepada fesyen Muslimah, lakukan dengan tertib dan senyap2. Janganlah kata awak lakukan kerana 'berhijrah' seandainya tidak dibawak sekali 'mulut' dan 'perlakuan' untuk berubah dari yang kurang elok kepada yang elok.
Janganlah 'menakut2kan orang lain' yang ingin betul2 ingin 'berhijrah'. Buat apa pun, biarlah berpada2.
Allah Subhanata Ala tahu dan nampak segala2nya. Dan Allah swt Maha Pengampun!
Sumber : dapurkakjee.com
Asal kata "hijrah" jer...diorang dah macam bayi dilahirkan semula...pastu siap boleh jatuhkan hukum kat org lain lagi sebab dia dah "bersih dari dosa"...tapi sebenarnya diorang ni dibayar untuk menjatuhkan tangan yang penah bagi diorang makan dulu...kita ada banyak perumpamaan untuk org yang macam ni..."melepaskan anjing tersepit", "mendokong biawak idup", dll lagi...tak tau nak kata apa...sepatutnya semakin tunduk padi sebab berisi..tapi kalau tinggi dirinya padi tu...rasanya kosong jer tu...ringan sampai boleh berdiri tegak...
No comments:
Post a Comment