Wednesday, 18 July 2012

PEMUDA PAS SERTAI UMNO - KENAPA UMNO BACHOK HANYA BERDIAM DIRI??


Adakah pemimpin UMNO Bahagian Bachok hanya berdiam diri sahaja melihat fenomena ini, apakah usaha mereka untuk 'BUAT KIRO' sebelum 256 pemuda Umno menyertai Pas? Betul kita tidak boleh memaksa seseorang itu kekal dalam sesuatu parti tetapi kita boleh beusaha dan berikhtiar untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku.

Tapi apa yang dilihat langsung tiada uasaha dari pihak Umno sendiri dalam menangani isu ini. Apakah bagi pemimpin Umno Bachok dengan penyertaan pemuda dari beberapa kampung tersebut tidak menggugat kekuatan mereka dalam menghadapi PRU13 nanti?

Betullah kata sesetengah veteran Umno, menang atau kalah dalam PRU13 nanti kehidupan pemimpin Umno tetap selesa dan tidak sedikit pun terjejas 'periuk nasi' mereka. Malah bertambah lagi imbuhan, barangkali.

Untuk makluman di Kg Kuchelong sendiri ada seorang pemimpin kanan Umno Bahagian Bachok, takkanlah beliau hanya memekakkan telinga atau memejamkan mata bila perkara ini terjadi? Apakah inisiatif yang beliau sebagai orang kanan lakukan?? Pelik bin Ajaib..!!

Apa pun kita masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat, fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Pandai2 lah buat pilihan agar apa yang kita pilih nanti akan memberi keamanan dan keharmonian kepada generasi akan datang dan jangan kita buta dan dibutakan !!!





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive