Monday 16 July 2012

MBPJ KEHILANGAN LATHEEFA KOYA !!!

PETALING JAYA – Ahli MajlIs Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang juga Ketua Biro Hal Ehwal Guaman PKR, Latheefa Koya hari ini meletakkan jawatan secara rasmi sebagai ahli majlis pihak berkuasa tempatan itu.

Latheefa ketika dihubungi Sinar Harian memberitahu dia sudah menyerahkan surat rasmi peletakkan jawatan kepada Datuk Bandar MBPJ, Datuk Mohamad Roslan Sakiman dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Saya sudah serahkan surat itu kepada Datuk Bandar dan Menteri Besar pagi tadi,” katanya.

Beliau walau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai sebab keputusan peletakkan jawatan itu dibuat.

Dalam surat rasminya itu Latheefa berkata, dia faham bahawa Menteri Besar dan Exco mempertimbang untuk menyingkirkannya sebagai ahli majlis dalam MBPJ.

Katanya, perkara itu sudah sampai ke pengetahuan umum dan menjadi bahan spekulasi, jadi kedudukan sebagai Ahli Majlis tidak dipertahankan.

Difahamkan peletakan jawatan dibuat sejurus selepas Khalid mengeluarkan kenyataan di sebuah portal berita untuk menggugurkan beliau dari jawatan itu.

Dalam pada itu Pegawai Perhubungan Awam MBPJ, Zainun Zakaria mengesahkan surat peletakan jawatan Latheefa sudah diterima oleh pihak MBPJ.

"Keputusan peletakan jawatan itu berkuat kuasa serta-merta dan kini terdapat dua kekosongan jawatan ahli majlis selepas seorang lagi ahli majlis R. Selvarajan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya awal bulan lalu,” katanya.  -sH






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive