Monday, 16 July 2012

FOTO TERKINI !!! 3 BERADIK MEREMPAT DALAM KUBU JEPUN



Laporan Sinar Harian pada 15hb Julai 2012....

KAMPUNG NIPAH, Bachok – Tiga beradik dekat sini terpaksa merempat dalam sebuah kubu tinggalan Jepun ketika Perang Dunia Kedua akibat kesempitan hidup.

Zaini Kasim, 43, berkata, sejak ibu mereka, Halimah Othman terbunuh dalam kemalangan maut empat tahun lalu, hidup mereka semakin melarat sehingga terpaksa menumpang di pondok tepi tanah perkuburan.

Menurutnya, ketika ibu mereka masih hidup, mereka tinggal menumpang di sebuah rumah di Pulau Belongan, namun terpaksa keluar selepas kematian ibu mereka.

“Kami tiga beradik kini ibarat sebatang kara sejak ibu meninggal dilanggar kereta sewa ketika dalam perjalanan menghantar kuih ke kedai, empat tahun lalu.

“Selepas ibu meninggal dunia, kami menumpang di pondok tepi kubur Bachok kira-kira setahun. Sejak minggu lalu, kami terpaksa pindah mendiami kubu peninggalan Jepun ini sebagai tempat perlindungan baru,” katanya kelmarin.

Beliau berkata, kini hanya dia seorang sahaja yang bekerja sebagai awak-awak bot nelayan sekali sekala untuk menyara dua adiknya yang sakit.


Susulan dari laporan tersebut PT bersama blogger Gelombang Kick telah membuat tinjauan  untuk melihat keadaan sebenar tempat tinggl 3 beradik tersebut. Memang terharu sangat-sangat melihat tempat tinggal mereka. Nak ulas panjang pun tak guna tapi lihat dengan mata dan hati  foto-foto yang sempat dirakam...


Beginilah nasib diriku....



Pandangan luar kubu

Pandangan dalm kubu..tempat tidur mereka

Lembat dan hapak

Beralaskan tilam yang sudah usang

Pondok tempat mereka berteduh disiang hari..

Beralaskan kayu terbuang

Tempat mereka memasak 


Tempat pinggan dan peralatan dapur...

Tidak termampu untuk PT fikir bahawa masih ada lagi rakyat Kelantan Negeri Berkebajikan tinggal di atas ran dan juga didalm kubu peninggalan zaman Jepun. Apakah pemimpin di kedua belah pihak hanya berdiam diri sahaja atau memejamkan mata atau memekakkan telinga untuk mendengar dan melihat masalah rakyat.

Pelik tapi benar masih ada lagi yang mengalami nasib sedemikian rupa. Tidak guna kita hanya mengenang nasib malang 3 beradik ini..tetapi inilah hakikat sebenar. Walaupun dengan keadaan yang serba kekurangan dalam segala2nya..mereka bertiga tabah meneruskan kehidupan.

Siapakah yang harus di persalahkan dalm isu ini? Adakah pihak Kerajaan BN yang melaungkan slogan 'Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan" atau Kerajaan Pas Kelantan yang menekankan 'Kerajaan Berkebajikan"? Apa pun kita masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat, fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

P/S : Laporan lanjut dan video akan menyusul di blog gelombangkick.blogspot.com

2 comments:

  1. Dah check ke Kad Pengenalan diorang ni? Mesti ada sesuatu yang menjadi kekangan untuk bantuan disalurkan... Seperti pengesahan pendaftaran dan sebagainya..

    ReplyDelete
  2. Tentang tu bukan dibawah kuasa kita tuan,.biarlah pihak kerajaan atau yang sewaktu dengannya mengambil tindakan yang sewajarnya...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive