Tuesday, 10 July 2012

KARUT !!! DAP TAK AKAN TANDING 90 KERUSI - NIK AZIZ



KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan dakwaan DAP akan bertanding 90 kerusi melebihi kerusi yang ditanding Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) adalah tuduhan mengarut.

Menteri Besar Kelantan itu bagaimanapun berkata, beliau tidak akan mengulas mengenai percaturan kerusi sama ada Pas ataupun Pakatan Rakyat selagi mana Parlimen belum dibubarkan.

"Saya tidak mahu bercakap perkara yang karut maruk itu, sedangkan dalam Pas sendiripun saya tidak mahu membangkitkan isu tersebut," katanya ketika ditemui di Majlis Perjanjian Pembangunan Pusat Kitar Semula dan Kompos antara Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-Bri) dan SS Microbial Sdn Bhd di sini, semalam. - sH


pT
Faktanya adakah PAS akan diberi bertanding lebih dari 66 kerusi? PKR nak bagi? DAP nak bagi tambahan? Guna akal tengok statistik dalam parlimen sekarang mengikut parti. DAP terbesar dikalangan Pakatan Pembakang. Tengok statistik parti yang bertanding di PRU12. 

Berikan fakta kemungkinan PAS akan bertanding lebih kerusi dari DAP dan PKR. PAS menang kerana mainan isu Anwar.. Sebelum mainan isu Anwar PAS ada berapa kerusi di Parlimen? Jangan ingat Malaysia ni macam Kelantan yang 90% pengundinya Melayu/Islam.

Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive