Thursday 12 July 2012

BAGI ARTIS 3 ORANG NI APA KERAJAAN BUAT SEMUA TIDAK BETUL !!!

KAMUNTING - Tindakan memprotes Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) masih belum berhenti apabila tiga artis tempatan menyertai perhimpunan bersama penganjur Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di hadapan pintu utama Kem Tahanan Kamunting (Kemta) bagi mendesak 45 tahanan dilepaskan segera.

Seramai 300 peserta termasuk tiga artis iaitu Abby Abadi, Hairi Othman dan Leman Raja Lawak mengadakan piket menentang akta yang dianggap zalim dan tidak relevan lagi.

Pelakon, Abby melahirkan rasa kecewa dengan apa yang berlaku dan turut mempersoalkan ke mana slogan 'Janji Ditepati' yang dicanang pihak berkenaan.

“Sehingga kini mengapa masih wujud kem tahanan sebegini dalam negara dan saya sendiri kecewa terhadap kezaliman yang dilakukan kepada tahanan,” katanya ketika berucap dalam perhimpunan ini.

Bagi, Hairie pula, dia mengajak semua rakyat bersatu menentang akta zalim tersebut dari terus berada di negara ini.


Menurutnya, semua golongan muda diharap dapat bersatu mentang akta ISA kerana dianggap tidak munasabah lagi.

“Tahanan perlu segera dibicarakan, seandainya didapati bersalah barulah layak mereka ditahan,” katanya.

Sementara itu, Leman Raja Lawak berkata, dia turut mempersoalkan sikap seorang pemimpin yang mengeluarkan komen di laman sosial, menganggap piket yang dijalankan rakyat tidak penting.

Katanya, perhimpunan aman pada kali ini mencecah 300 peserta malah turut membakar semangat kepada keluarga mangsa tahanan serta seluruh peserta yang hadir.

“Kita mendesak pihak berkenaan segera menimbang semula permintaan ahli keluarga agar tahanan dibicarakan atau dilepaskan,” katanya.


pT
Baru masuk politik dah macam2 perangai...elok sangat la tu...nak berubah tak perlu berpolitik...karier pun tidak kemana..masa nak kerja menagih kat kerajaan bukan main lagi pT pegang satu prinsip saja...mana yang betul kita pertahankan...bukan semua perkara yang kerajaan buat tu betul.

Mereka juga manusia, tapi yang konon2nya berubah ni dah macam pandai sangat sampai semua benda nak dihentam...masuk politik mana2 pun bukan tiket untuk kita jadi lebih baik atau masuk syurga. Syurga itu cuma TUHAN yang tentukan...tapi pT pasti kerajaan dah banyak buat perubahan, tapi apa yang pihak satu lagi buat??  Sehingga saat ini, pT rasa "BIG ZERO".

Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive