Thursday, 19 July 2012

VIDEO !!! POLIS HENTAM BUDAK HOTEL KERANA AISKRIM ??



Bukti dah ada. Kecewa ada polis macam ni. Harap dipecat dari PDRM. Sekarang ni ramai polis yang tak layak jadi polis. Jadi polis sebab gaji dan imbuhan. Bukan niat menjaga keamanan. Macam tu juga dengan pekerjaan2 lain pun.

Seorang inspektor polis didakwa telah memukul dua pekerja hotel dengan buntut pistol selepas bertengkar dengan salah satu pekerja di Seremban semalam. 

Kejadian itu dirakam oleh CCTV hotel tersebut dan pihak pengurusannya telah menyerahkan video itu kepada Ahli Parlimen DAP Rasah, Anthony Loke, yang kemudian memuat-naik video itu dan berkongsinya di laman Facebook beliau. (Bahagian 1, Bahagian 2) 

Menurut Loke, inspektor tersebut telah pergi ke hotel berkenaan pada awal pagi semalam dan menginap di sebuah bilik sebelum membeli ais krim dari hotel tersebut. 

Dipercayai inspektor tersebut terbabit dalam pertengkaran dengan salah seorang pekerja hotel (yang memakai topi dalam video) mengenai harga ais krim, yang seterusnya membawa kepada kejadian tersebut. 

Loke memberitahu Malaysiakini bahawa inspektor tersebut telah memukul pekerja berkenaan dengan buntut pistol dan menariknya ke sebelah lain hotel dan dipukul lagi.



Sekarang ni dah jadi trend, pape hal yang berlaku, bagi je kat DAP. DAP polis rakyat ke? kehkehkeh!
Dari Harian Metro pula lain ceritanya:



Inspektor ditahan bantu siasatan
SEREMBAN: Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan bagi membantu siasatan berikutan dakwaan mengamuk sehingga mencederakan dua pekerja hotel bertaraf dua bintang selain merosakkan beberapa kenderaan di Seremban 2, di sini, kelmarin.


Dalam kejadian jam 2.50 pagi itu, lelaki berusia 32 tahun berkenaan pada mulanya bertikam lidah dengan dua pekerja hotel di kaunter lobi akibat tidak berpuas hati atas sebab tertentu.

Kejadian itu turut dirakam selama 10 minit menerusi kamera rakaman litar tertutup (CCTV) hotel.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes itu, namun menafikan dakwaan pihak tertentu pegawai polis itu berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol.

“Ujian air kencing yang dibuat menunjukkan pegawai polis berkenaan tidak berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol. Kami juga menafikan dakwaan kononnya dia turut mencederakan seorang daripada mangsa menggunakan pemegang pistol.

“Selain itu, kita masih menyiasat dakwaan mengenai pegawai polis itu turut merosakkan kenderaan di luar hotel itu.“Punca dia bertindak demikian juga masih disiasat. Selain itu, kawad cam akan dilaksanakan dan ketika ini pegawai polis berkenaan ditahan untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Difahamkan kejadian itu menyebabkan seorang daripada mangsa terpaksa dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) kerana cedera di bahagian belakang telinga kiri akibat dihentak objek tumpul oleh pegawai polis itu.


Sumber : Media Cyber


4 comments:

  1. video dah terang terang macam tu.....ambil saja tindakan...ramai lagi yang jujur dan penyabar yang bolih jadi polis.....memang memalukan kaum kerabat polis.....buang aja

    ReplyDelete
  2. Bila berita yang disiarkan melalui Harian Metro jauh berbeza dari apa yang didlm video..memang pemberita HM kebanyakannya dapat upah 2 in 1 dari setiap berita yg mereka siarkan...

    ReplyDelete
  3. dah ada sijil nyawa2 ikan tu baik jadi polis..ada imbuhan..silap2 manusia mcm ni blh dibeli ni..bengis ngn budak mcm tu blh la..
    klu takde sijil tak dpt jd polis jadi penjenayah org mcm ni..mcm butoh
    nasib baik ada DAP je yg berani ketengahkan isu2 cm ni..nak harapkan parti2 melayu hampeh mcm taik..padahal budak2 melayu la yg ramai kena dera ngn polis mcm ni.. tp tak dilapurkan..
    harap byk la lg kejahatan2 polis ni didedahkan..
    bkn setakat kebaikan sj yg nk didedahkan..profesional la sikit..

    ReplyDelete
  4. Setuju dgn pndpt tuan...aku prnh di thn polis gara2 xwf repot yg aku lngsung xlkukan...polis ni klau betine gune air mte trus cair dn lelaki la jd mngsa....polis ke apa cmtu...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive