Showing posts with label Hotel.Inspektor. Show all posts
Showing posts with label Hotel.Inspektor. Show all posts

Monday, 30 July 2012

PUKUL TAPI MENGAKU TIDAK BERSALAH DI MAHKAMAH - INSPEKTOR HOTEL

Seorang anggota polis hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret berbeza, di Seremban atas enam tuduhan memukul, mengugut dan memecah cermin kereta dalam kejadian berasingan pada 17 Julai lalu.

Tertuduh, Insp Mohd Azuan Yasin, 32, membuat pengakuan tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh, Haslina Basarudin dan S.Megaswary.

Di hadapan Mohamad Izwan dan Haslina, Mohd Azuan dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan masing-masing terhadap Mohamaed Nadzeem Zainal Larifin, 25, dan Koh Wen Gio, 32, dengan menggunakan objek keras berwarna hitam menyerupai senjata pistol kira-kira pukul 2.50 pagi di lobi Hotel S2 di Seremban pada 17 Julai lepas.

Bagi kesalahan ini, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun, denda dan sebatan, mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Mohd Azuan turut dituduh di hadapan kedua-dua majistret itu melakukan kesalahan dengan menakutkan secara jenayah ke atas kedua-dua mangsa dengan cara menggunakan senjata menyerupai pistol berwarna hitam di lokasi, masa dan tarikh yang sama yang mana sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Satu lagi tuduhan di hadapan Mohamad Izwan, tertuduh didakwa memecah cemin pintu hadapan kereta nombor pendaftaran MBB 1531 milik Tan Chee Luan, 25, yang menyebabkan kerugian RM150 dalam satu kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi di sebuah kedai kopitiam di Temiang di Seremban pada tarikh yang sama.

Bagi pertuduhan ini, dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Di hadapan Majistret S.Megaswary, tertuduh dituduh memecah pintu kereta belakang sebelah kiri, nombor pendaftaran NBV 8822 milik Tan Chee Hold, 32, yang menyebabkan kerugian RM180 dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi di kedai kopitiam dekat Temiang di Seremban pada tarikh sama dan didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM4,500 untuk kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan kesemua kesnya akan disebut semula pada 13 September depan.

Bagi semua kes, tertuduh diwakli peguam bela Hanif Hassan manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Dalam pada itu, Mohamad Izwan dan Haslina turut mengarahkan agar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tersebar luas di dalam laman sesawang www.youtube.com bertajuk "Polis Memukul Pekerja Hotel di Seremban" berdurasi selama 3 minit 41 saat dikeluar serta merta dari laman berkenaan dan melarang sebarang penyebaran rakaman itu dalam apa jua bentuk saluran bagi mengelak prejudis kepada tertuduh yang minta dibicara.

- Bernama

Thursday, 19 July 2012

VIDEO !!! POLIS HENTAM BUDAK HOTEL KERANA AISKRIM ??



Bukti dah ada. Kecewa ada polis macam ni. Harap dipecat dari PDRM. Sekarang ni ramai polis yang tak layak jadi polis. Jadi polis sebab gaji dan imbuhan. Bukan niat menjaga keamanan. Macam tu juga dengan pekerjaan2 lain pun.

Seorang inspektor polis didakwa telah memukul dua pekerja hotel dengan buntut pistol selepas bertengkar dengan salah satu pekerja di Seremban semalam. 

Kejadian itu dirakam oleh CCTV hotel tersebut dan pihak pengurusannya telah menyerahkan video itu kepada Ahli Parlimen DAP Rasah, Anthony Loke, yang kemudian memuat-naik video itu dan berkongsinya di laman Facebook beliau. (Bahagian 1, Bahagian 2) 

Menurut Loke, inspektor tersebut telah pergi ke hotel berkenaan pada awal pagi semalam dan menginap di sebuah bilik sebelum membeli ais krim dari hotel tersebut. 

Dipercayai inspektor tersebut terbabit dalam pertengkaran dengan salah seorang pekerja hotel (yang memakai topi dalam video) mengenai harga ais krim, yang seterusnya membawa kepada kejadian tersebut. 

Loke memberitahu Malaysiakini bahawa inspektor tersebut telah memukul pekerja berkenaan dengan buntut pistol dan menariknya ke sebelah lain hotel dan dipukul lagi.



Sekarang ni dah jadi trend, pape hal yang berlaku, bagi je kat DAP. DAP polis rakyat ke? kehkehkeh!
Dari Harian Metro pula lain ceritanya:



Inspektor ditahan bantu siasatan
SEREMBAN: Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan bagi membantu siasatan berikutan dakwaan mengamuk sehingga mencederakan dua pekerja hotel bertaraf dua bintang selain merosakkan beberapa kenderaan di Seremban 2, di sini, kelmarin.


Dalam kejadian jam 2.50 pagi itu, lelaki berusia 32 tahun berkenaan pada mulanya bertikam lidah dengan dua pekerja hotel di kaunter lobi akibat tidak berpuas hati atas sebab tertentu.

Kejadian itu turut dirakam selama 10 minit menerusi kamera rakaman litar tertutup (CCTV) hotel.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes itu, namun menafikan dakwaan pihak tertentu pegawai polis itu berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol.

“Ujian air kencing yang dibuat menunjukkan pegawai polis berkenaan tidak berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol. Kami juga menafikan dakwaan kononnya dia turut mencederakan seorang daripada mangsa menggunakan pemegang pistol.

“Selain itu, kita masih menyiasat dakwaan mengenai pegawai polis itu turut merosakkan kenderaan di luar hotel itu.“Punca dia bertindak demikian juga masih disiasat. Selain itu, kawad cam akan dilaksanakan dan ketika ini pegawai polis berkenaan ditahan untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Difahamkan kejadian itu menyebabkan seorang daripada mangsa terpaksa dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) kerana cedera di bahagian belakang telinga kiri akibat dihentak objek tumpul oleh pegawai polis itu.


Sumber : Media Cyber


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive