Showing posts with label aiskrim. Show all posts
Showing posts with label aiskrim. Show all posts

Saturday, 4 August 2012

PEMBERIAN AISKRIM PERCUMA SATU PENGHINAAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA - PKR



PKR dan Pakatan Rakyat hari ini membantah apabila pihak syarikat Baskin Robin menawarkan ais krim secara percuma jika Malaysia berjaya meraih pingat emas yang pertama di sukan olimpik London 2012 jika Datuk Lim Chow Wei menang didalam perlawanan akhir badminton menentang Lin Dan dari China.

"Memberi ais krim secara percuma adalah satu penghinaan kepada rakyat Malaysia dan politik kotor Umno BN yang sering kali mengaitkan pemimpin pakatan dengan skandal seks dan lucah","apakah tindakan fitnah sebegini harus dihalalkan dengan mengaitkan dengan sukan olimpik.

" Bukankah memberi ais krim secara terbuka lebih jijik berbanding dirumah atau tempat yang tertutup,Inilah politik Umno BN yang sudah kekeringan isu yang amat jijik dan tidak mempunyai peri kemanusian hingga sanggup memalukan pemimpin pakatan . Apabila ditanya kenapa dan siapakah yang tersinggung dengan isu ais krim,jurucakap PKR enggan memberi komen.

Sumber : Pisau.net

Cukup melucukan kenyataan Mak Lampir PKR yang meroyan bila Baskin Robin mahu memberikan percuma ais krimnya kepada rakyat jika Datuk Lee Chong Wei menang pingat emas Sukan Olimpik .

Zuraida kata memberikan ais krim ini adalah penghinaan kepada rakyat dan politik lucah . Satu lagi kenyataan bengong dari longkang pemimpin PR .

Semua benda pkr nak politikkan salahkan BN walhal memberikan ais krim percuma ini merupakan hadiah oleh syarikat berkenaan kepada pelanggannya untuk meraikan kejayaan negara .

Thursday, 19 July 2012

VIDEO !!! POLIS HENTAM BUDAK HOTEL KERANA AISKRIM ??



Bukti dah ada. Kecewa ada polis macam ni. Harap dipecat dari PDRM. Sekarang ni ramai polis yang tak layak jadi polis. Jadi polis sebab gaji dan imbuhan. Bukan niat menjaga keamanan. Macam tu juga dengan pekerjaan2 lain pun.

Seorang inspektor polis didakwa telah memukul dua pekerja hotel dengan buntut pistol selepas bertengkar dengan salah satu pekerja di Seremban semalam. 

Kejadian itu dirakam oleh CCTV hotel tersebut dan pihak pengurusannya telah menyerahkan video itu kepada Ahli Parlimen DAP Rasah, Anthony Loke, yang kemudian memuat-naik video itu dan berkongsinya di laman Facebook beliau. (Bahagian 1, Bahagian 2) 

Menurut Loke, inspektor tersebut telah pergi ke hotel berkenaan pada awal pagi semalam dan menginap di sebuah bilik sebelum membeli ais krim dari hotel tersebut. 

Dipercayai inspektor tersebut terbabit dalam pertengkaran dengan salah seorang pekerja hotel (yang memakai topi dalam video) mengenai harga ais krim, yang seterusnya membawa kepada kejadian tersebut. 

Loke memberitahu Malaysiakini bahawa inspektor tersebut telah memukul pekerja berkenaan dengan buntut pistol dan menariknya ke sebelah lain hotel dan dipukul lagi.



Sekarang ni dah jadi trend, pape hal yang berlaku, bagi je kat DAP. DAP polis rakyat ke? kehkehkeh!
Dari Harian Metro pula lain ceritanya:



Inspektor ditahan bantu siasatan
SEREMBAN: Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan bagi membantu siasatan berikutan dakwaan mengamuk sehingga mencederakan dua pekerja hotel bertaraf dua bintang selain merosakkan beberapa kenderaan di Seremban 2, di sini, kelmarin.


Dalam kejadian jam 2.50 pagi itu, lelaki berusia 32 tahun berkenaan pada mulanya bertikam lidah dengan dua pekerja hotel di kaunter lobi akibat tidak berpuas hati atas sebab tertentu.

Kejadian itu turut dirakam selama 10 minit menerusi kamera rakaman litar tertutup (CCTV) hotel.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes itu, namun menafikan dakwaan pihak tertentu pegawai polis itu berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol.

“Ujian air kencing yang dibuat menunjukkan pegawai polis berkenaan tidak berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol. Kami juga menafikan dakwaan kononnya dia turut mencederakan seorang daripada mangsa menggunakan pemegang pistol.

“Selain itu, kita masih menyiasat dakwaan mengenai pegawai polis itu turut merosakkan kenderaan di luar hotel itu.“Punca dia bertindak demikian juga masih disiasat. Selain itu, kawad cam akan dilaksanakan dan ketika ini pegawai polis berkenaan ditahan untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Difahamkan kejadian itu menyebabkan seorang daripada mangsa terpaksa dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) kerana cedera di bahagian belakang telinga kiri akibat dihentak objek tumpul oleh pegawai polis itu.


Sumber : Media Cyber


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive