Showing posts with label Olimpik. Show all posts
Showing posts with label Olimpik. Show all posts

Tuesday, 7 August 2012

MANOHARAN MALAYALAM DAP MOHON MAAF !!!



KUALA LUMPUR: Selepas dikritik banyak pihak termasuk pimpinan Pakatan Rakyat sendiri, Adun Kota Alam Shah, M. Manoharan akhirnya memohon maaf kepada pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

"Saya secara ikhlas berharap permintaan maaf saya akan diterima," kata beliau menerusi Twitter tengahari ini.

Permohonan maaf itu ekoran tindakan beliau sebelum ini mengeluarkan komen berhubung kekalahan tipis Chong Wei itu kepada Lin Dan di temasya Olimpik 2012 kelmarin yang kemudiannya dikritik hebat.

Dalam kenyataan yang juga dibuat melalui twitter itu kelmarin, dia mengatakan Lin Dan telah menang dan dia bermain lebih baik daripada "Lee Chong AWAY...".

Kenyataannya itu menimbulkan kemarahan peminat sukan badminton tanah air yang kemudian tampil mengkritik sikap wakil rakyat itu.

"Saya amat menyesal dengan komen-komen yang saya keluarkan dan menghulur permohonan maaf sepenuh hati kepada Datuk Lee Chong Wei dan keluarganya," kata beliau lagi.

Pagi ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut mengecam kenyataan Manoharan semalam yang menyifatkannya sesuatu yang sangat tidak sensitif.

Kecaman sama turut diutarakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui twitternya hari ini yang menyifatkan ulasan wakil rakyat DAP itu sebagai tidak bijak.

BIAR BETUL !!! MANOHARAN DIBIDAS ANWAR ??



ADUN Kota Shah Alam, perlekeh Datuk Lee Chong Wei ekoran kekalahannya dalam perlawanan Final Badminton Olimpik London 2012.

Sungguhpun tidak Chong Wei berjaya merangkul emas, ternhyata menjadi fenomena apabila jutaan rakyat Malaysia menzahirkan kekecewaan dan perasaan bangga terhadap karisma Chong Wei bermain untuk negara.

Sementara itu, kritikan yang sebaliknya oleh Manoharan Malayalam (salah seorang pemimpin DAP), apabila beliau memperlekehkan Chong Wei melalui beberapa kenyataannya menerusi akaun Twitter beliau pada malam itu.


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak bersetuju dan menyelar kenyataan Adun Kota Shah Alam itu yang didakwa cuba mempolitikkan kekalahan tipis Lee Chong Wei pada Final Olimpik London 2012 ketika menentang Lin Dan.

Ulasan tidak bijak; pertahan semangat suka! – Twitter Anwar Ibraham

Dalam masa yang sama, Nik Nazmi Nik Ahmad (Adun Seri Setia) juga menempelak kenyataan Manoharan yang dikatakan tidak wajar. Menurutnya, beliau percaya kenyataan seperti itu dibuat kerana terlalu taksub dengan politik, maka terbawa-bawa hingga ke sukan.

“Kenyataan seperti itu tidak wajar dan tidak sepatutnya dikeluarkan kerana pada saya itulah kalau terlalu taksub pasal politik. Sepatutnya beliau (Manoharan) lebih terbuka mengenai perkara itu dan tidak mencampuradukkan antara politik dan sukan,” – Nik Nazmi.

Dalam kenyataan lainnya di menerusi akuan twitter Nik Nazmi :”tak wajar mana-mana pihak memperkecilkan usaha Chong Wei semalam kerana ketaksuban”.

Dalam perkembangan sama, Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh dilihat turut tidak senang dengan tulisan Manoharan apabila beliau menulis “sesetengah ahli politik tidak seharusnya menggunakan sosial media sekiranya mereka kurang berupaya untuk berfikir sebelum ‘bertwitter’.

Malah Manoharan turut dicemuh oleh beberapa pengguna laman sosial itu ekoran kenyataan yang dibuat ketika rakyat negara ini dilihat sedang bersedih ekoran kegagalan Chong Wei membawa pulang emas pertama untuk negara. Ia merupakan peluang terakhir Chong Wei untuk menghadiahkan sebutir pingat emas kepada 28juta penduduk negara ini. Lebih menyentuh perasaan orang ramai apabila Chong Wei turut meminta maaf di Twitternya 

“terima kasih semua saya minta maaf saya tidak dapat emas”.

Saturday, 4 August 2012

PEMBERIAN AISKRIM PERCUMA SATU PENGHINAAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA - PKR



PKR dan Pakatan Rakyat hari ini membantah apabila pihak syarikat Baskin Robin menawarkan ais krim secara percuma jika Malaysia berjaya meraih pingat emas yang pertama di sukan olimpik London 2012 jika Datuk Lim Chow Wei menang didalam perlawanan akhir badminton menentang Lin Dan dari China.

"Memberi ais krim secara percuma adalah satu penghinaan kepada rakyat Malaysia dan politik kotor Umno BN yang sering kali mengaitkan pemimpin pakatan dengan skandal seks dan lucah","apakah tindakan fitnah sebegini harus dihalalkan dengan mengaitkan dengan sukan olimpik.

" Bukankah memberi ais krim secara terbuka lebih jijik berbanding dirumah atau tempat yang tertutup,Inilah politik Umno BN yang sudah kekeringan isu yang amat jijik dan tidak mempunyai peri kemanusian hingga sanggup memalukan pemimpin pakatan . Apabila ditanya kenapa dan siapakah yang tersinggung dengan isu ais krim,jurucakap PKR enggan memberi komen.

Sumber : Pisau.net

Cukup melucukan kenyataan Mak Lampir PKR yang meroyan bila Baskin Robin mahu memberikan percuma ais krimnya kepada rakyat jika Datuk Lee Chong Wei menang pingat emas Sukan Olimpik .

Zuraida kata memberikan ais krim ini adalah penghinaan kepada rakyat dan politik lucah . Satu lagi kenyataan bengong dari longkang pemimpin PR .

Semua benda pkr nak politikkan salahkan BN walhal memberikan ais krim percuma ini merupakan hadiah oleh syarikat berkenaan kepada pelanggannya untuk meraikan kejayaan negara .

Friday, 27 July 2012

BIAR BETUL !!! 'DAJJAL' DI OLIMPIK LONDON 2012 ??

Sama ada sedar atau tidak. Sama ada sengaja atau tidak sengaja. Itulah yang perlu kita ambil perhatian. Adakah ini satu simbolik atau sudah dirancang? Pabila KiDmelihat Maskot Sukan Olimpik London 2012, ternyata memang banyak persoalan wujud dalam minda.

Pabila membuat sedikit carian di google, maka Maskot Sukan Olimpik 2012 ini dikenali sebagai Wenlock dan Mandevill. Kenapa bermata satu? Sudah tentu first impression kita adalah DAJAL. Betul tak? jom kita tengok apa detail dari mereka.

Mereka istilahkannya sebagai ‘kamera’ yang merakamkan segalanya. Actually isu ini mungkin sudah diperkatakan oleh pelbagai komuniti di negara kita. Tapi apa yang dapat kita dapat buat adalah berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.Ia membuatkan kita supaya berfikir dan saling ingat-mengingati antara kita.
Doa Fitnah Dajal : “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari azab seksa api neraka Jahannam dan siksa kubur, serta serta fitnah hidup dan fitnah al-masih Dajjal.”
Sumber 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive