Monday, 30 July 2012

BIAR BETUL !!! LEBUH RAYA RAKYAT - KUTIPAN DERMA MENJANGKAU 3,600 BULAN UNTUK RM 1.8 BILION


Sinar Harian pada 24 Julai 2012 melaporkan jumlah sumbangan derma yang berjaya dikumpul untuk membina Lebuh Raya Rakyat telah mencecah RM1juta. Rakyat tentu gembira mendengar perkhabaran hebat yang dibuat Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa.


Ini bermakna dalam tempoh kurang dua bulan kempen kutipan, jumlah RM1 juta yang berjaya dikutip atau dikumpul boleh dianggap berjaya. Namun, ini bukan usaha mengutip dua atau tiga juta. Kos membina Lebuh Raya Rakyat bukan RM10 juta. Tetapi, RM1.8 bilion atau jika disebut dalam juta adalah 1,800 juta.

Maka, mari kita belajar matematik untuk mengira berapa lama lagi masa diperlukan untuk mencukupkan jumlah RM1,800 juta itu.

Jika berdasarkan prestasi kutipan sekarang, RM1juta dalam tempoh dua bulan, ini bermakna jumlah RM1,800 juta akan berjaya dikumpul dalam masa 3,600 bulan atau 300 tahun


Berapa tahun yang diperlukan oleh Kerajaan PAS Kelantan untuk kutip derma cecah 1.8 billion? Sehingga 2020? 2035? 2050? Pada masa itu, kereta dah boleh terbang kot dan Kelantan baru nak bina lebuh raya? OMG! Lembabnya pemikiran pemimpin PAS Kelantan!

Itu baru kutipan RM1 juta, belum ditambah lagi dengan kutipan derma ceramah, derma demonstrasi, derma himpunan hijau, oren hitam jingga bla..bla..bla.. Sudah tentu segala kutipan yang diterima itu digunakan sebagai Dana Pilihan Raya Pakatan Rakyat. Kesian rakyat ditipu..

Hentikan je la .. 300 tahun pun belum tentu dapat bina lebuh raya. Nak tunggu 300 tahun lagi, kos buat highway pun dah naik berkali ganda.. Solution untuk masalah PAS ni, tebang habis saja balak yang ada di negeri Kelantan tu untuk cover projek Lebuh Raya rakyat ni. Mudah, lagipun pemimpin Kelantan bukannya peduli dengan alam sekitar, pemanasan global etc. Yang penting bagi PAS hanyalah KUASA dan KUASA dan Kuasa.

1 comment:

  1. Ada tanggapan (Wallahuaklam) bahawa strategik politik disebalik projek kutipan derma ini iaitu mereka yang telah menderma diharap akan undi PAS sebab nak tengok projek ini berhasil (walaupun 300 tahun lagi?)

    Sedangkan jika pun terkumpul RM 1,800 juta dalam tempoh satu tahun sekalipun, belum tentu wang itu digunakan untuk bina lebuh raya tu.Ini yang rakyat tak tahu dan TAK SERIK-SERIK. Cuba tengok tabung-tabung yang lain tu.

    HP

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive