Showing posts with label Husam. Show all posts
Showing posts with label Husam. Show all posts

Tuesday, 31 July 2012

VIDEO !!! CERITA SEBENAR DISEBALIK PROJEK DEPU HUSAM MUSA


Video pembongkaran Projek Depu Datuk Husam Musa oleh kru KCW  yang memungkinkan beliau 'deme tak kebah' bila pembongkaran demi pembongkaran akan dipaparkan kepada rakyat serta penyokong Pas Kelantan !!!!

Sila klik : http://gelombangkick.blogspot.com untuk merasai pengalaman menemubual 'orang kita' oleh blogger gelombang kick. dan ambo orang kampung.

Monday, 30 July 2012

BIAR BETUL !!! LEBUH RAYA RAKYAT - KUTIPAN DERMA MENJANGKAU 3,600 BULAN UNTUK RM 1.8 BILION


Sinar Harian pada 24 Julai 2012 melaporkan jumlah sumbangan derma yang berjaya dikumpul untuk membina Lebuh Raya Rakyat telah mencecah RM1juta. Rakyat tentu gembira mendengar perkhabaran hebat yang dibuat Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa.


Ini bermakna dalam tempoh kurang dua bulan kempen kutipan, jumlah RM1 juta yang berjaya dikutip atau dikumpul boleh dianggap berjaya. Namun, ini bukan usaha mengutip dua atau tiga juta. Kos membina Lebuh Raya Rakyat bukan RM10 juta. Tetapi, RM1.8 bilion atau jika disebut dalam juta adalah 1,800 juta.

Maka, mari kita belajar matematik untuk mengira berapa lama lagi masa diperlukan untuk mencukupkan jumlah RM1,800 juta itu.

Jika berdasarkan prestasi kutipan sekarang, RM1juta dalam tempoh dua bulan, ini bermakna jumlah RM1,800 juta akan berjaya dikumpul dalam masa 3,600 bulan atau 300 tahun


Berapa tahun yang diperlukan oleh Kerajaan PAS Kelantan untuk kutip derma cecah 1.8 billion? Sehingga 2020? 2035? 2050? Pada masa itu, kereta dah boleh terbang kot dan Kelantan baru nak bina lebuh raya? OMG! Lembabnya pemikiran pemimpin PAS Kelantan!

Itu baru kutipan RM1 juta, belum ditambah lagi dengan kutipan derma ceramah, derma demonstrasi, derma himpunan hijau, oren hitam jingga bla..bla..bla.. Sudah tentu segala kutipan yang diterima itu digunakan sebagai Dana Pilihan Raya Pakatan Rakyat. Kesian rakyat ditipu..

Hentikan je la .. 300 tahun pun belum tentu dapat bina lebuh raya. Nak tunggu 300 tahun lagi, kos buat highway pun dah naik berkali ganda.. Solution untuk masalah PAS ni, tebang habis saja balak yang ada di negeri Kelantan tu untuk cover projek Lebuh Raya rakyat ni. Mudah, lagipun pemimpin Kelantan bukannya peduli dengan alam sekitar, pemanasan global etc. Yang penting bagi PAS hanyalah KUASA dan KUASA dan Kuasa.

Thursday, 12 July 2012

DARI FAIL LAMA !!! BULAN MAC TAHUN 201.....? STADIUM YANG DIJANJIKAN OLEH HUSAM AKAN SIAP DIBINA

KOTA BHARU, 18 Mei 2011 : Kerajaan negeri Kelantan akan membina sebuah stadium yang memuatkan 40,000 orang di samping ruang masjid di merata-rata bahagiannya di Bukt Merbau, Pasir Puteh.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Mat dalam satu kenyataan media yang dibacakan selepas Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.

“Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini.

“Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh,” .


Tetapi sampai sekarang apa yang dijanjikan oleh PAS bagaikan berlalu begitu sahaja..Sehingga sekarang sudah pun akhirMei 2012. Bayang bayang manusia sedang sibuk dengan pembinaan projek tersebut hilang entah kemana. Mungkin juga PAS menggunakan makhluk halus untuk menyiapkan projek tersebut. Tapi yang pasti sekali lagi rakyat Kelantan di beri 'janji manismu' oleh PAS.

Rupa2nya betul juga apa yang dikatakan oleh YB Husam Musa yang menyatakan Kompleks Sukan tersebut akan mula dibina pada bulan Mac. Tetapi beliau tidak pernah menegaskan yang stadium itu ka dibina pada Mac 2012.. Pembelit betul la si Husam ni. Nampaknya sekali lagi rakyat Kelantan terutama penyokong tegar Pas telah di 'kencingkan' oleh Husam. Sia baca entri di bawah tentang laporan yang berkaitan..


Perincian projek kemudiannya dinyatakan oleh EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, Dato Husam Musa, semasa Sidang DUN Kelantan (Bajet 2012) pada bulan Oktober tahun yang sama. Menurut beliau, Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan (UPEN) telah menerima cadangan pembangunan yang berasaskan BOT (Bina, Urus dan Pindah) daripada empat (4) buah syarikat. Syarikat yang akan menjalankan projek berkenaan yang dijangka bermula pada Mac 2012, akan turut bakal membina projek komersial lain di kawasan berkenaan bagi membolehkan mereka mendapat dana untuk menampung kos.



Pas menjangkakan mereka boleh menipu Rakyat Kelantan dengan janji-janji manis mereka untuk mengundi PAS dan PR di dalam PRU13. Sekarang, tembelang dan kelentong mereka sudah pecah. Rakyat Kelantan seharusnya mendesak Kerajaan PAS Kelantan menunaikan janji-janji mereka. 

Sekarang sudah bulan Julai..Tidak nampak satu pun bayang jentera berat atau peralatan untuk membina kompleks sukan serta stadium yang dijanjikan oleh Kerajaan Pas Kelantan.Bayangkan kalau seluruh rakyat Kelantan yang bukan penyokong pas tuntut di akhirat dan apa yang harus dijawab oleh Nik Aziz? Atau inikah stadium yang bakal dibina pada bulan Mac tahun...........



pT 
Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

Tuesday, 3 July 2012

LEBUH RAYA RAKYAT - EXCO BELUM LULUS DERMA DAH KUTIP...HUSAM ! HUSAM!


Masihkah ingatkah anda kepada projek lebuhraya dia yang berharga RM 1.9 bilion ? ... Kutipan derma dari orang ramai telah dilancar dan telah pun dikutip.... peranan juruukur awal menyiapkan jajaran projek lebuh raya rakyat sudah berjaya menyiapkan kerja-kerja ... Bagaimana kalau Exco tak lulus ? Nampaknya rakyat Kelantan kena 'kencing' oleh Husam !!!

pT
Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

Monday, 2 July 2012

BIAR BETUL !!! LEBUH RAYA RAKYAT - HUSAM KATA JAJARAN JALAN RAYA SUDAH DISIAPKAN PADA 2007


Husam menyatakan bahawa lapan juruukur yang mengambil alih peranan juruukur awal menyiapkan jajaran projek lebuh raya rakyat sudah berjaya menyiapkan kerja-kerja ukur sepanjang 30 km.

Kata beliau kerja-kerja mengukur jajaran jalan raya tersebut sebenarnya sudah disiapkan pada 2007, namun juruukur yang terbabit tidak dbenarkan menyerahkan laporan kepada kerajaan negeri.

Bagaimanapun katanya, kerja-kerja pembinaan lebuh raya tersebut dijangka akan dimulakan selepas mendapat kelulusan mesyuarat Exco kerajaan negeri dalam masa terdekat ini.

Menurutnya jentera berat milik syarikat juga sudah berada di lokasi bagi memulakan kerja-kerja pembinaan.

“Kita akan laporkan setiap minggu perkembangan projek pembinaan lebuh raya tersebut selepas ini bagi pengetahuan rakyat,” katanya.

pT
Persoalannya kenapa baru sekarang Husam melaporkan jajaran sudah siap pada 2007? Pelik betul !!!  Apapun masing-masing ada otak, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

Thursday, 21 June 2012

SKANDAL DINAR KELANTAN - KENAPA KERAJAAN PAS KELANTAN MEMBISU?


KOTA BAHARU - Kerajaan PAS Kelantan telah diminta untuk memberi penjelasan kepada rakyat berhubung isu urus niaga dinar dan dirham yang kini menjadi isu di negeri itu.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata penjelasan adalah perlu bagi membuktikan ketelusan kerajaan negeri tersebut di dalam pelaksanaan urus niaga di pasaran yang telah menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat.

"Ia untuk mengelak kekeliruan di kalangan rakyat yang tidak mendapat penjelasan sebenar mengenai perkara itu terutama apabila iannya sudah menjadi isu selepas beberapa laporan polis dibuat berhubung perkara berkenaan," katanya kepada pemberita pada majlis Malam Anugerah Kecemerlangan Mahsiswa dan Malam Pra Graduan 2012 Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini malam tadi.

Turut hadir ialah Rektor UiTM Cawangan Kelantan, Prof Madya, Dr Mohd Shukri Omar.

Laporan media semalam melaporkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) telah mendesak kerajaan Kelantan supaya menggantung urus niaga dinar dan dirham bagi membolehkan pihak berkuasa melakukan siasatan sepenuhnya terhadap apa yang didakwa sebagai berlaku 'skandal mata wang syariah' di negeri ini.

Mereka juga meminta Datuk Husam Musa selaku Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri menjelaskan mengenai isu itu.

Isu berkenaan timbul selepas tiga laporan polis dibuat terhadap dakwaan berlaku salah laku yang membabitkan seorang daripada pegawai kanan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT) iaitu sebuah syarikat pengeluar mata wang dinar dan dirham milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)

Ketiga-tiga laporan polis itu dibuat oleh bekas Pengarah Eksekutif KGT, Nik Mahani Mohamad pada 31 Jan lepas, seorang pelabur Jepun, Takao Kono pada 28 Mei dan seorang rakyat Perancis, Mohamed Esfih pada 1 Jun.

Terdahulu dalam ucapanya, Mohd Fatmi yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Baharu meminta pelajar supaya mensyukuri nikmat pembangunan yang diberikan melalui institusi pendidikan itu. - Bernama

Wednesday, 20 June 2012

SKANDAL DINAR KELANTAN - AZIDI TAK TAKUT SAMAN HUSAM


KOTA BHARU - Pihak yang bertanggungjawab mendedahkan skandal mata wang dinar dan dirham dikeluarkan oleh Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT) tidak takut disaman berhubung dakwaan itu kerana mereka mempunyai bukti kukuh.

Blogger, Syed Azidi Syed Abdul Aziz menegaskan, semua pendedahan yang dilakukan termasuk laporan polis terhadap individu tertentu sudah disahkan kebenarannya dan ia bukan sekadar tuduhan karut.

Syed Azidi berkata, pihaknya menunggu masa yang sesuai untuk mendedahkan satu persatu fakta berkaitan dengan skandal mata wang syariah terbabit berdasarkan maklumat serta bukti dimilikinya.

Sehubungan itu, Syed Azidi meminta supaya Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa menjelaskan kepada rakyat perkara sebenar lagipun beliau sudah mendedahkan nama individu berkaitan dan meminta exco negeri itu menjawab 10 soalan dimuatkan menerusi blognya.

“Kita mahu Husam bertanggungjawab dan bersikap telus dalam perkara terbabit kerana syarikat itu dikendalikan Kerajaan Negeri jadi, rakyat juga mempunyai hak untuk mengetahui keadaan sebenar.

“Lagipun perkara ini tidak ada kaitan dengan serangan bersifat peribadi, pendedahan ini adalah untuk kebaikan rakyat dan bukannya disebabkan pilihan raya yang semakin dekat. Saya tidak takut kerana kami ada bukti,” katanya ketika sidang media di sini, semalam.

Dalam pada itu, Syed Azidi bersama beberapa NGO menggesa Kerajaan Kelantan supaya menggantungkan urus niaga dinar dan dirham sehingga siasatan polis selesai serta mencadangkan pengurusannya mengenainya perlu diserahkan kepada pihak Baitulmal untuk menyelianya berlandaskan syariah Islam sebenar.

Kelmarin, media melaporkan Polis Kelantan mengesahkan sedang menyiasat tiga laporan polis yang dibuat ke atas seorang pegawai kanan KGT iaitu syarikat pengeluar mata wang dinar dan dirham.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersialnya, Superintendan Mohamed Zulmazi Che Daud berkata, pihaknya menunggu laporan daripada Polis Kuala Lumpur sebelum tindakan lanjut.

Friday, 8 June 2012

BIAR BETUL !!! SEKALI NI PROJEK AMBO BERES - HUSAM


Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa menafikan Kerajaan Kelantan mengutip derma daripada rakyat untuk menampung kos pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai.

Husam berkata, sepatutnya Umno malu setelah pelbagai tuduhan dilemparkan seolah-olah menunjukkan Kerajaan Negeri tidak mampu membina lebuh raya tersebut sehingga terdesak untuk mengambil duit daripada rakyat.

Bagi menepis dakwaan tersebut, Husam menjelaskan pihaknya mempunyai perancangan kewangan yang teliti bagi menyiapkan pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer (km) itu mengikut fasa tertentu. “Kita lancar derma Umno sindir kepada kita, mereka beranggapan Kerajaan Negeri tidak ada duit untuk menyiapkannya. Bukan kita mengutip duit daripada rakyat.

Sebenarnya kita memberi peluang kepada orang ramai dalam konteks wakaf, terpulang kepada mereka sendiri mahu derma atau tidak.

“Kita sendiri sudah atur pembiayaan kewangan yang baik, dan pada pakej pertama untuk pembinaan sepanjang 43 (km) dijangkakan memerlukan RM700 juta termasuk pengambilan tanah,” katanya sempena Taklimat Khas Pelancaran Isu-isu Pilihan Raya di sini, semalam.

Hadir sama pada taklimat yang diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan ialah Mursyidul Am Pas , Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Penerangan Pas, Dr Fadhli Datuk Hassan. Husam tidak menyebut secara menyeluruh berhubung perancangan yang akan dilakukan memandangkan beliau bimbang menjejaskan usaha sama pihak terlibat dalam pembinaan lebuh raya tersebut.

“Saya difahamkan setakat ini salah satu syarikat yang terlebat ini telah menerima ugutan daripada pihak tertentu supaya tidak meneruskan pembinaannya dan dikatakan projek syarikat tersebut di Seremban akan ditarik balik sekiranya ingkar dengan amaran itu,” katanya.

Dalam pada itu, Husam berkata, tindakan 400 peserta yang menyerahkan memorandum dan peralatan di hadapan pejabat Menteri Besar kelmarin adalah usaha untuk menyindir Kerajaan Negeri untuk menyiapkan lebuh raya tersebut

“Mereka ingat kita tidak mampu untuk siapkan lebuh raya ini, mereka ini tidak faham, kita bukannya kutip duit rakyat, malah kita juga mempunyai pinjaman RM750 juta yang akan dijelaskan dalam tempoh 25 tahun,” katanya.

Selain itu, Husam berkata, 40 peratus sumber iaitu batu dan pasir adalah aset Kerajaan Negeri dan perkara itu tidak membimbangkan Kerajaan Negeri dalam mendapatkan peralatannya. Bagaimanapun, Kerajaan Negeri memberi peluang kepada rakyat untuk membuat pahala dan pihaknya bersedia untuk menerima apa sahaja walaupun ia adalah sebutir batu. 


Dengar sajalah apa yang di janjikan oleh Husam ni....
pT
Nak buat highway? Husam Musa? Projek kambing jamnapari. Projek Kelantan Koridor Depu. Dinar emas Kelantan. Bazar Tok Guru. Skim takaful warga emas Kelantan. Projek2 di atas tu,apa dah jadi? Wahai rakyat Kelantan tolong celik la mata sikit dan jangan lagi di penuhi perut dengan sejuta janji dari Husam.  Belum buat,dah minta derma,dah buat,minta derma lagi.Kalau BN yang buat macam ni, mau kena maki. Tindas rakyat la,tanggungjawab kerajaan la...apa la.Fikir-fikirkanlah!!!

Tuesday, 5 June 2012

BIAR BETUL !!! MENGIMBAU PROJEK KORIDOR DEPU HUSAM


Kebiasaannya projek-projek yang dirancang dan dilaksanakan oleh Husam, Insyallah ianya tidak akan ke mana. Hanya gah pada nama dan pelancarannya sahaja sepertimana projeknya yang lepas-lepas. Terbaru projek Husam adalah Lebuh Raya Rakyat. Tetapi ada baiknya kita imbas kembali Projek Koridor Depu Husam beberapa tahun lalu.

Projek kambing jamnapari
Projek Kelantan Koridor Depu
Dinar emas Kelantan
Bazar Tok Guru
Skim takaful warga emas Kelantan 
Kompleks sukan dan stadium Bukit Merbau

Ketika Kerajaan Pusat di bawah UMNO sedang sibuk melancarkan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) kira-kira lima tahun lalu, Kerajaan Pas Kelantan juga tidak mahu mengalah, mereka wujudkan satu lagi koridor iaitu Koridor Depu.

Agak kelakar bunyinya depu hendak berlawan dengan perancangan ekonomi berimpak tinggi untuk jangka masa panjang. Tetapi seperti Pas melalui master mindnya Husam Musa meyakinkan rakyat bahawa depu boleh mengubah hidup dengan memberikan pendapatan tambahan.
Maka berpuluh-puluh 'bill board' dan baner dinaikkan untuk menunjukkan bahawa Kerajaan Pas Kelantan serius dengan pembangunan depu. Bagaimanapun sehingga kini habuk pun tidak ada. Mana pokok depu, mana raisinnya yang dikatakan harga berpuluh ribu.

Itulah dia wajah sebenar Pas Kelantan, perancangan mereka tidak pernah berjaya tetapi mereka amat bijak bermain wayang menutupnya. Khabarnya Kerajaan Pas Kelantan menyediakan peruntukkan jutaan ringgit untuk projek depu ini. Adakah ini satu lagi pembaziran.

Jika melalui Jalan Pasir Mas - Rantau Panjang sudah pasti semua dapat melihat sebuah tapak sedang dibangunkan di bawah projek ECER  iaitu Kompleks RTC dan beberapa prasarana lain,tetapi bagaimana dan apa sudah jadi dengan Koridor Depu, habuk pun tidak ada.
Koridor Depu hanyalah koridor untuk menipu rakyat, koridor yang cuba menunjukkan Kerajaan Pas Kelantan ini hebat malah lebih hebat daripada Kerajaan Pusat.

pT
Sampai sekarang, akhirnya tidak ada satu pun yang kelihatan, sekali lagi rakyat Kelantan ditipu oleh Pas. Sudah sampai masanya kita berfikir dengan waras atau apakah kita mahu ditipu untuk tempoh 22 tahun lagi. Fikir-fikirkanlah!!!.

Wednesday, 9 May 2012

Ingatkan RM38,000 rupa2nya RM15,000 - Husam



KOTA BHARU: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, menyifatkan durian runtuh kepada peneroka sebanyak RM15,000 terlalu kecil jika dibandingkan dengan keuntungan yang diperolehi.

Katanya, RM15,000 hanyalah pulangan hak pada mereka ke atas kehilangan ladang komersial yang sebelum ini menjadi sumber dividen tahunan.

“Felda memberikan dividen yang tertinggi di Negara ini, iaitu 15 peratus setahun kepada peneroka, iaitu hasil ladang komersial yang tidak ada peneroka.

“Ladang komersial itu diagihkan dalam bentuk dividen kepada peneroka sebanyak 15 peratus seorang setiap tahun,”ujarnya lagi.

Dakwa Husam lagi, apabila peneroka diberikan RM15,000 ini mereka tidak lagi menikmati dividen tahunan seperti mana sebelum ini kerana ladang berkenaan telah menjadi milik Felda Golden Vantures Holding Bhd (FGVH).

“Tukaran dari hak milik tersebut terlalu kecil. Saya ingat durian runtuh ini RM38,000 ke atas bersekali dengan saham peneroka dalam syarikat FGVH yang disenaraikan,”ujarnya.

“Sepatutnya dengan hak yang dilepaskan oleh peneroka itu mereka seharusnya mendapat jumlah yang lebih besar daripada apa yang diberikan,”ujarnya.

Tambahnya, jika dinilai dari RM15,000 untuk diagihkan kepada semua peneroka hanya melibatkan jumlah RM500 juta.

“Jadi saya nak tanya Perdana Menteri ke mana perginya wang sebanyak RM1.5 bilion lagi. Kenapa mereka hanya diberikan RM15,000 dan bukannya RM38,000 sebagaimana yang diwar-warkan sebelum ini?,”soalnya.

Beliau berkata demikian sewaktu sidang medianya di JKR 10 selepas mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan, di sini, semalam.


Tuesday, 8 May 2012

Husam - Rahim Tiada Autoriti Pasal Agama!!! Nik Aziz Pun Apa Kurangnya??????

KOTA BHARU, 8 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, berkata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor, tidak ada autoriti langsung untuk membicarakan soal agama, apa lagi menghukum seseorang sebagai ‘bapak kafir’.

Katanya, tuduhan tersebut lebih kepada melepaskan dendam semata-mata dan beliau tidak ada hak untuk menyatakan sedemikian.

Husam yang juga anggota exco kerajaan negeri seterusnya berkata, dengan kenyataan penghinaan sedemikian di samping gambar skandal yang tidak bermoral, telah meletakkan politik negara terkeluar dari landasan moral dan agama.

Bukan itu sahaja, menurutnya lagi media hari ini juga saban waktu menyiarkan bahan berita berunsur fitnah, tuduhan tanpa fakta dan berbagai lagi tuduhan liar.

“Sudah sampai masanya amalan kotor seperti ini dihentikan dan amalan kotor seperti itu boleh ditamatkan. Segalanya perlu dinyatakan pada pilihanraya umum akan datang,” ujarnya.

Sementara itu, Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan mengutuk kenyataan yang disifatkan melampau dan tidak beradab.

Ketua Penerangannya, Dr Mohamed Fadzli Hassan, berkata kenyataan itu juga telah membangkitkan kemarahan rakyat di Negara ini tanpa mengira bangsa dan agama.

“Beliau tidak layak melebelkan seseorang itu Islam atau sebaliknya apa lagi masyarakat Negara ini telah mengetahui sejarah dan latarbelakangnya sewaktu menjadi Ketua Polis Negara,” ujarnya.

Pada masa yang sama PAS Kelantan turut menyokong penuh berhubung kenyataan Mursyidul Am itu menyeru rakyat di negara ini menyertai Bersih 3.0 walaupun ianya dilabelkan perhimpunan itu haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive