Showing posts with label Rahim Noor. Show all posts
Showing posts with label Rahim Noor. Show all posts

Sunday, 21 October 2012

MUSA HASSAN - JANGAN JADI PENYIBUK URUSAN ORANG LAIN....




KUALA LUMPUR: Bekas ketua polis negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan menyelar cubaan sesetengah pihak yang cuba mencetuskan spekulasi susulan keputusan beliau menggugurkan kes saman ke atas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin lalu.

Dalam perbualan telefon bersama The Malaysian Insider malam tadi, Musa berkata perbincangan dengan Anwar adalah berbentuk peribadi dan berharap pihak tertentu berhenti daripada terus membuat pertikaian dalam isu tersebut.

“Kenapa mahu sibuk-sibuk hal saya? Ia adalah perkara peribadi antara saya dengan Anwar.

“Ini cubaan sesetengah pihak yang cuba mencetuskan spekulasi dan saya berharap tidak perlu pihak lain untuk terus mencampuri urusan saya dengan Anwar,” kata Musa.

Kes tuntutan saman ke atas ketua pembangkang tersebut telah ditarik balik oleh Musa atas persetujuan bersama antara kedua-dua belah pihak dalam perbicaraan yang berlangsung baru-baru ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Musa yang ditemui diluar mahkamah menerangkan keputusan untuk menyelesaikan perkara tersebut diambil selepas beliau diberitahu berlaku “salah faham” dalam peranannya di dalam kes saman tersebut.

“Saya diberitahu terdapat salah faham tentang peranan saya di dalam kes yang difailkan ke mahkamah ini melibatkan insiden mata lebam disebelah pihak defendan.

“Jadi saya menerima cadangan untuk menyelesaikan perkara ini diluar mahkamah,” kata Musa.

Anwar membuat laporan di ibu pejabat polis kontinjen Selangor pada 1 Julai 2008 dengan dakwaan Musa dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah mereka-reka keterangan dan menyembunyi beberapa fakta dalam penyiasatan serangan fizikal terhadapnya oleh KPN ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor pada 1998.

Berikutan itu, Musa menfailkan saman terhadap Anwar pada 21 Julai 2008 atas alasan dakwaan itu tidak berasas dan tidak benar dan telah mencemarkan maruah peribadi, imej, kehormatan dan nama baiknya dan juga kapasiti profesionalnya.

Dalam pernyataan tuntutannya, Musa menafikan mengambil bahagian dalam konspirasi untuk mereka-reka keterangan dan menyembunyikan fakta berkaitan serangan itu.

Musa juga berkata beliau tidak pernah menyalahgunakan kuasanya dalam apa cara sekalipun dalam penyiasatan kes rasuah dan liwat Anwar.

Ekoran keputusan tersebut, pelbagai khabar angin tercetus antaranya dakwaan bekas KPN tersebut akan menyertai PAS yang kemudiaannya dinafikan beliau.

Baru-baru ini beberapa pegawai tinggi kerajaan beragama Islam, termasuk bekas ketua setiausaha, bekas pegawai-pegawai khas serta pesara polis dan tentera menyertai PAS setelah menamatkan perkhidmatan mereka.

Antaranya bekas Ketua Siasatan Jenayah Datuk Fauzi Shaari, bekas ketua setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi Datuk Dr Nik Zain Nik Yusof dan bekas naib presiden Felcra Berhad Datuk Ramli Buyong.

Dalam sebuah temubual eksklusif bersama The Malaysian Insider sebelum ini, Musa telah memuji tindakan Fauzi menyertai PAS tetapi berkata beliau tidak akan mengikut jejak yang sama.

“Selepas ini, dia boleh mengajar PAS tentang undang-undang negara”, ujar Musa mengenai Fauzi ketika itu, sambil menambah bahawa beliau telah menolak lamaran dari sebuah parti komponen Pakatan Rakyat (PR).

Selain PAS, parti komponen PR adalah PKR dan DAP.

“Adalah lebih baik untuk orang seperti saya (bekas Ketua Polis Negara) untuk menjauhkan diri dari politik”, kata beliau kepada The Malaysian Insider pada bulan Julai lalu.

-malaysianiInsider-

Thursday, 10 May 2012

Siapakah yang kata Nik Aziz kafir ?? Rahim nafi!!!

KUALA LUMPUR: Siapakah sebenarnya yang mendakwa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai 'bapak kafir'?

Persoalan ini timbul apabila kekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor melalui satu kenyataan yang disiarkan oleh blog Malaysia Today menafikan beliau mendakwa Menteri Besar Kelantan itu sebagai 'bapak kafir'.

Menurut Rahim, apa yang beliau katakan hanya sikap para pemimpin PAS termasuk Nik Aziz dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang menggunakan hujah agama untuk melawan Umno.

Ia bermula apabila, akhbar Umno, New Strait Times baru-baru ini menyiarkan satu laporan bertajuk "Nik Aziz is father of kafir" (NST 8 Mei).

Dalam berita itu, NST melaporkan Rahim yang mendakwa Nik Aziz dengan menggunakan perkataan demikian.

Menurut apa yang tertera pada NST di muka surat 6 itu, laporan itu dibuat oleh dua wartawan iaitu Rahmah Ghazali dan Lim Poh Lean.

Rahmah pula melalui Twitternya menafikan beliau membuat laporan itu dan hanya terlibat dengan laporan yang memetik kenyataan Mahfuz Omar sahaja yang terletak di hujung berita itu.

Ini bermakna tinggal dua sahaja sekarang iaitu seorang lagi wartawan atau editor kepada berita berkenaan.

Menurut Rahim dalam penjelasan bertulisnya itu, beliau ditemubual melalui telefon oleh wartawan NST.

Rahim juga menjelaskan, beliau tidak pernah mengatakan Nik Aziz adalah 'political animal' kerana istilah yang beliau gunakan adalah 'political creature'.

Tuesday, 8 May 2012

Husam - Rahim Tiada Autoriti Pasal Agama!!! Nik Aziz Pun Apa Kurangnya??????

KOTA BHARU, 8 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, berkata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor, tidak ada autoriti langsung untuk membicarakan soal agama, apa lagi menghukum seseorang sebagai ‘bapak kafir’.

Katanya, tuduhan tersebut lebih kepada melepaskan dendam semata-mata dan beliau tidak ada hak untuk menyatakan sedemikian.

Husam yang juga anggota exco kerajaan negeri seterusnya berkata, dengan kenyataan penghinaan sedemikian di samping gambar skandal yang tidak bermoral, telah meletakkan politik negara terkeluar dari landasan moral dan agama.

Bukan itu sahaja, menurutnya lagi media hari ini juga saban waktu menyiarkan bahan berita berunsur fitnah, tuduhan tanpa fakta dan berbagai lagi tuduhan liar.

“Sudah sampai masanya amalan kotor seperti ini dihentikan dan amalan kotor seperti itu boleh ditamatkan. Segalanya perlu dinyatakan pada pilihanraya umum akan datang,” ujarnya.

Sementara itu, Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan mengutuk kenyataan yang disifatkan melampau dan tidak beradab.

Ketua Penerangannya, Dr Mohamed Fadzli Hassan, berkata kenyataan itu juga telah membangkitkan kemarahan rakyat di Negara ini tanpa mengira bangsa dan agama.

“Beliau tidak layak melebelkan seseorang itu Islam atau sebaliknya apa lagi masyarakat Negara ini telah mengetahui sejarah dan latarbelakangnya sewaktu menjadi Ketua Polis Negara,” ujarnya.

Pada masa yang sama PAS Kelantan turut menyokong penuh berhubung kenyataan Mursyidul Am itu menyeru rakyat di negara ini menyertai Bersih 3.0 walaupun ianya dilabelkan perhimpunan itu haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.


Layakkah Rahim 'mengkafirkan' TGNA?? - Datuk Mustafa Ali


PETALING JAYA: Kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor yang melabel Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai 'bapa kafir' mengundang kecaman pemimpin PAS pelbagai peringkat.

Sambil menyifatkan sebagai keterlaluan, pimpinan PAS bagaimanapun tetap mempertahankan kenyataan Mursyidul Am mereka yang sebelum ini menyatakan bahawa adalah wajib menyokong perhimpunan Bersih 3.0 walaupun pada akhirnya ia dicemari keganasan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, bekas Ketua Polis Negara itu tidak layak 'mengkafirkan' pemimpin utama parti itu hanya kerana kenyataan tersebut.

Malah beliau turut mempertikaikan kewibawaan Rahim untuk melabel seorang ulama seperti Nik Abdul Aziz sebagai kafir.

"Siapa Rahim Noor? Siapa dia nak cakap begitu? Dia tak ada kewibawaan," katanya kepada mStar Online di sin, Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Rahim yang melabel Nik Abdul Aziz sebagai 'bapa kafir' apabila dilihat cuba mengelirukan umat Islam dengan menyatakan bahawa wajib untuk menyokong perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Sementara itu Dewan Pemuda PAS mendesak Rahim menarik balik kenyataan tersebut yang disifatkan sebagai keterlaluan dan bersifat kurang ajar.

Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al Hiss berkata, perbuatan menuduh seseorang itu kafir adalah terlalu berat lebih-lebih lagi individu yang ditutuh itu adalah dikalangan ulama.

"Apakah latar belakang beliau jika hendak dibandingkan dengan ulama ini dan sejauh mana kefahaman Islam beliau sehingga boleh mengeluarkan pandangan seseorang itu sesat atau betul?

"Kenyataan beliau dengan jelas menghina institusi ulama," katanya.

Selain itu Raja Ahmad turut menggesa Rahim agar segera bertaubat kerana membuat tuduhan berkenaan.

"Kami meminta supaya Tan Sri Rahim bertaubat dan beristighfar dengan segera." katanya.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive