Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Wednesday, 14 May 2014

ADUN Bukit Besi Buat U-Turn Kembali Kepada UMNO

Skrip Perak Berulang Adun Bukit Besi kembali kepada Umno, kata Shahidan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi, Roslee Daud yang menjadi wakil rakyat bebas pagi ini kembali kepada parti tu.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi Umno itu, kedudukan terkini kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu menyebabkan tiada keperluan untuk diadakan pilihan raya negeri.

"Dengan kembalinya Roslee maka BN kembali memerintah," katanya kepada The Malaysian Insider. “Kedudukan terkini, Umno kembali kepada 15, PAS 14, PKR 1, dan calon bebas 2.” Lewat malam tadi, bekas Menteri Besar Terengganu,

Datuk Seri Ahmad Said dan Adun Ajil, Ghazali Taib bertindak keluar Umno, tidak sampai 24 jam selepas Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai ketua eksekutif baru negeri itu.

Awal pagi semalam, Roslee menyertai Ahmad dan Ghazali keluar daripada Umno. Tindakan berkenaan menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dalam DUN Terengganu apabila hanya mempunyai 14 kerusi, PAS (I4), PKR (1) dan Bebas (3).

DUN Terengganu mempunyai jumlah keseluruhan 32 kerusi. Kemelut itu menyaksikan PAS Terengganu mendesak DUN dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya diadakan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan ‎akan berjumpa semua Adun BN Terengganu malam ini bagi meredakan ketegangan politik di negeri itu. – TMI

Politikus tukar keputusan jika kena ‘harganya’, kata Kadir Jasin

Datuk A Kadir Jasin tidak menolak kemungkinan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno di Terengganu yang keluar parti boleh bertukar fikiran jika kena pada "harganya".

Kemelut politik dalaman Umno di negeri itu tercetus selepas peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai menteri besar dan kemudian diikuti dua lagi Adun.
Lebih meruncingkan, PAS mendakwa empat lagi Adun akan keluar parti sebagai tanda membantah keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Ini hanya perkembangan awal.

"Ahli politik boleh bertukar fikiran secara sukarela jika kena pada 'harganya'. Seringkali dikatakan ahli politik yang kita percayai sudah tiada lagi," kata Kadir dalam blognya kadirjasin.blogspot.com hari ini.

Kadir juga membayangkan keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya beberapa Adun lain di Terengganu mengambil langkah sama keluar parti.

"Situasi pasti buruk kepada BN (Barisan Nasional) sekiranya ada Adun Umno lain mengikut jejak Ahmad dan Ghazali," katanya.

Jangkaan Kadir tersebut semakin menjadi kenyataan apabila Adun ketiga, Roslee Daud dari Bukit Besi meninggalkan Umno dan menjadi wakil rakyat bebas.

Kadir berkata, PAS boleh membentuk kerajaan baharu di Terengganu dengan mendapatkan undi tidak percaya ke atas menteri besar baharu menerusi sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Mereka (PAS) juga boleh mendesak sesi khas DUN untuk mendapatkan undi tidak percaya ke atas menteri besar memandangkan beliau tidak memiliki majoriti di dalam dewan," katanya.

Ahmad bersama dua lagi Adun Umno keluar parti beberapa jam selepas Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik sebagai menteri besar baharu semalam.

Tindakan tersebut menyebabkan komposisi DUN yang dikuasai oleh BN di Terengganu berubah dan menjadikan jumlah kerusi sama dengan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Azhar Abdul Hamid berkata BN masih kekal memerintah Terengganu walaupun tiga wakil rakyatnya keluar parti.

Beliau berkata, walaupun bilangan wakil rakyat BN berkurangan daripada 17 kepada 14 dan pembangkang mempunyai 15 anggota dalam dewan undangan negeri, speaker juga dikira sebagai wakil kepada kerajaan negeri yang memerintah dengan kedudukan kerusi 15:15:3.

Secara konvensyennya, kebanyakan ahli politik menandatangani surat peletakan jawatan undur tarikh sebelum memegang jawatan di Malaysia. Ahmad yang mengawal sesetengah pecahan dalam Umno Terengganu mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada Mac 2008.

Walaupun Umno memilih Datuk Seri Idris Jusoh. Idris kini merupakan menteri pendidikan II dalam Kabinet Najib. Tahun lalu,

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut mereka tidak boleh campur tangan di Terengganu jika berlaku DUN tergantung disebabkan BN menang tipis.
Menurut SPR, terpulang kepada parti politik untuk menyelesaikan masalah itu.

PT
Kemelut politik yang berlaku di Terengganu diharap dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya.

Thursday, 15 November 2012

OSTAZAH ABBIEY DIUSUNG OLEH LEBAI PAS ???



Kesian Abby Abadi....teruk kena fitnah sejak masuk PAS....Bunyi ayatnya macam hendak menagih simpati betapa jahatnya manusia lain melihat 'penghijrahannya' dari sudut negetif.

Abby yang tengah glamour diusung dari pentas ke pentas ceramah seluruh negara oleh PAS sebenarnya tidak perlu melenting sangat dalam bab ini.

Tiada ada siapa yang boleh mempertikaikan kalau dia kini sudah bertudung dan mahu jadi wanita solehah.

Kalau Abby hendak tahu apa yang buat sesetengah orang termasuk rakan artisnya jelak ialah gelagatnya yang dikatakan 'over' sejak masuk parti itu.

Ini termasuklah dakwaannya bahawa artis yang bertudung susah cari makan di negara ini.

Juga sindirannya pada wanita yang tidak bertudung seolah dia seorang 'ustazah' veteran. Sambungannya tekan di sini

PT
Ada banyak cara untuk mendalami agama..Kewajipan mendalami agama ini sebenarnya jatuh kepada tiap orang Islam…Tetapi..untuk belajar agama tak semestinya masuk parti PAS dan kutuk kawan-kawan artis …jika ramai orang yang baru berhijrah tidak faham tentang ini, sudah tentulah nanti ia akan menjadi satu fenomena dan ikutan…dan dilihat agak glamor dan stail bila belajar agama dengan puak PAS…Kesesatan Abby paling nyata ialah beliau samakan masuk parti PAS seperti sudah layak masuk syurga, termasuk dalam ‘list’ di akhirat yang akan dipersoalkan Tuhan?, menghina artis2 lain dan macam2 lagi merepek dan sesatnya bercakap yg boleh rosakkan Aqidah.

Apapun kita masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renung-renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

Tuesday, 2 October 2012

ALKISAH PERBINCANGAN 5 PAKAR BEDAH !!!


Lima pakar bedah sedang berbincang siapakah yang boleh menjadi pesakit mereka yang terbaik untuk mereka laksanakan pembedahan.

Pakar bedah pertama berkata, “Saya suka melihat seorang akauntan di atas meja pembedahan saya, sebab apabila anda membukanya, segalanya di dalam diri mereka adalah dinomborkan.”

Pakar bedah kedua menjawab, “Ya itu mungkin betul, tapi awak patut mencuba juru-elektrik, segalanya dalam kod berwarna.”

Pakar bedah ketiga menyambut, “Ohh… tidak!. Saya betul-betul meraskan bahawa pustakawan adalah yang terbaik, segalanya dalam susunan abjad.”

Pakar bedah keempat pula bersuara, “Kamu semua tahu, saya sukakan pekerja binaan, mereka selalu mengetahui bila anda tertinggal barangan tertentu dalam diri mereka dan bilakah sesuatu kerja mengambil masa lebih lama daripada yang dijanjikan.”

Tetapi pakar bedah kelima membuatkan mereka semua terdiam apabila beliau berkata, “Kamu semua silap, ahli politik adalah yang termudah untuk dibedah. Mereka tiada berhati perut, tiada perasaan, dan isi kepala mereka sentiasa boleh diubah-ubah.”


Wednesday, 26 September 2012

HINA ISLAM !!! MOHON MAAF DAN RUMAH GOPINATH DISERANG

Dikhabarkan rumah budak India yang menghina agama Islam itu telah diserang semalam. Mujurlah pihak polis pantas datang dan angkut pun dia untuk disoal siasat kerana menimbulkan ketegangan agama.

Dalam isu-isu perkauman dan agama di negara Malaysia seolah-olah senipis kulit bawang. Contoh kes budak India ini sudah cukup membuktikan semua rakyat di negara harus hormati sensitiviti agama dan kaum yang lain di Malaysia ini.




Dari makluman bahawa rumah budak keling yang hina Islam dalam Fesbuk tu dah diserang oleh 'pihak tertentu' semalam..

Kalau tengok gambar yang dikirimkan kepada gua, pintu pagar rumah mamat tu terkopak dan kereta yang ada didepan rumah tu pun teruk dirosakkan..

Tak tahu lagi macam mana keadaan budak keling tu sekarang, tapi khabarnya Polis sampai awal ke rumah budak keling tu selepas 'amukan' pihak terbabit dilaporkan..



Dan Polis dikatakan dah ambil budak tu untuk disiasat atas kesalahan menghina umat Islam dan juga menimbulkan ketegangan diantara agama..

Sebelum ni, budak keling tu mendakwa laman Fesbuk dia telah diHACK dan posting menghina Islam tu bukan dia yang buat.. Tapi setelah diselidik, kafir keling tu memang sejak awal lagi suka cari pasal..

Korang cuba baca apa yang keling celaka tu kata dalam printscreen di bawah ni.. Memang keling ni kuat menipu beb.., dan memang patut dia diajar!!



Diharap apa yang terjadi ni boleh dijadikan pengajaran kepada kafir-kafir yang lain di Malaysia.. Jangan ingat umat Islam akan berdiam diri bila agamanya dihina..

Jangan ingat umat Islam lemah bila berpecah kerana fahaman politik.. Aku yakin umat Islam di negara ni akan bersatu bila sampai masanya!! Tunggu dan lihat saja!!!


Sumber : MPP online

Monday, 24 September 2012

CUBAAN MENAMATKAN RIWAYAT HIDUP KETUA PEMUDA KEPONG !!!





Politik di negeri Selangor sudah memasuki politik samseng apabila Ketua Pemuda Umno Kepong, Datuk Norizan Ali cedera parah di bahagian perut dan diberitakan empat jari tangan dipercayai terputus akibat ditikam di depan rumahnya di Ampang, Selangor awal pagi ini.

Beliau kena tikam di kawasan depan rumah, sekitar 3.30 pagi. Keadaan serius, cedera teruk di perut, jari terputus.

Motif Norizan, awal 40-an dan seorang ahli perniagaan diserang belum diketahui kerana barang-barang tidak hilang.

PT
Apapun kita masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

Friday, 14 September 2012

SELEBRITI BURUKKAN KERAJAAN DI BAYAR OLEH PARTI POLITIK - ZED ZAIDI

Ini menarik dan keluar dari mulut Presiden Persatuan Seniman (Seniman) sendiri. Zed Zaidi mendakwa wujud’nya artis yang dibayar untuk memburukkan kerajaan sedia ada.

Bercakap kepada mStar Online hari ini, Zed Zaidi dedahkan segelintir selebriti yang kini aktif berpolitik menerima imbuhan puluhan ribu ringgit ketika hadir ke program atau ceramah.

“Hasil maklumat yang kami peroleh, artis yang cenderung kepada parti politik tertentu mendapat imbuhan berlipat ganda berbanding ketika mereka aktif dalam bidang seni”

“Jumlah pendapatan itu mencecah puluhan ribu ringgit sebulan bergantung kepada banyak mana program atau ceramah yang mereka sertai dalam masa sebulan,”
kata Zed Zaidi.

Menurut Zed Zaidi lagi, tiada selebriti yang melakukan aktiviti melibatkan politik secara sukarela sedangkan mereka tiada pekerjaan lain. Semuanya kerana imbuhan yang di’terima.

Selain bermotifkan politik dan wang, Zed Zaidi juga mendakwa ada segelintir artis yang berhijrah hari ini semata mata untuk menutup kisah hitam yang dilakukan dahulu.

“Ada juga artis yang berhijrah tetapi bukannya benar-benar berhijrah sebaliknya sekadar mahu menutup kisah buruk diri yang pernah dilakukan semasa bergelar artis,” tambah Zed Zaidi lagi.


Sumber : rotikaya

Saturday, 8 September 2012

ARTIS MASUK POLITIK,MODAL BUKAN ILMU,HANYA WAJAH DAN PENAMPILAN - DR MAZA


Nampak kebelakangan ini, perbezaan politik bukan lagi membawa kepada pertarungan minda dan tawaran khidmat pengurusan pentadbiran yang lebih baik, tetapi pertarungan siasah di negara ini telah menyuburkan akhlak yang buruk dan kehilangan adab sopan.

Ada yang tunjuk kemaluan pada gambar pemimpin tertentu, ada yang kencing ke atas gambar pemimpin yang lain, ada pula yang baling kasut ke dalam masjid, tarian punggung dan pelbagai lagi. Para pemimpin politik kita ini mungkin terlalu sibuk berkempen sehingga lupa untuk mengajar adab sopan sebagai insan kepada para pengikut mereka.

Fatwa Artis

Di celahan itu yang menarik hari ini artis-artis yang baru masuk politik sehari dua pun seakan sudah menjadi ‘sarjana Islam’. Mula mengeluarkan hukum ke atas orang lain.

Sambutannya hebat. Modalnya bukan ilmu, tapi ‘wajah dan penampilan’ yang memikat penganjur. Jika ‘ustaz’ dibayar seratus dua, tetapi artis yang bercakap Islam dibayar beberapa ribu ringgit satu ceramah. Namun jika artis lelaki, ataupun artis wanita yang ‘kurang comel’, tidaklah seberapa sambutan dan bayarannya.

Kita hendaklah tahu seperti yang disebut oleh para sarjana Islam, bab politik islami bukan mudah untuk dihuraikan. Politik memerlukan kefahaman tentang maslahah dan maqasid syarak. Suatu ilmu yang memerlukan banyak latar pengetahuan yang baik. Namun, jika artis masuk parti politik, segala kesarjanaan itu seakan diberikan kepadanya. Ini memang tanda-tanda akhir zaman.

“Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal-dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat- adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya’la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih.dan ini disetujui oleh Al-Zahabi.

Bukan salah artis berceramah dan berkongsi pengalaman. Mereka yang berubah memang dialu-alukan. Namun setiap orang kena tahu kadar pengetahuannya mengenai apa yang dia perkatakan. Jangan cepat simpulkan hukum sedangkan anda bukan ahlinya.

Apapun, politik kita memang ajaib. ‘Macam-macam ada’ dan semua boleh. Dulu ada orang cakap, asal barang jadi duit, kita ambil. Hari ini, asal barang jadi politik, kita angkut

Disiplin

Kehidupan ini bukan segala-galanya politik untuk kita menggadaikan segala adab dan kesopanan hanya kerana politik. Insan itu walau apapun kelemahan peribadinya, tetapi dia sepatutnya memiliki ketertiban dan kesopanan pergaulan yang diwarisi samada dari agama ataupun budaya.

Bahkan dalam Islam, dalam medan perang yang saling bunuh membunuh itu pun, adab dan akhlak yang baik dipertahankan. Disiplin mesti dipatuhi. Dalam hadis:

“Apabila Rasulullah s.a.w. mengirimkan pasukan tentera maka baginda bersabda: “Keluarlah kamu (medan jihad) dengan nama Allah, perangilah di jalan Allah sesiapa yang kufur dengan Allah. Jangan kamu melanggar perjanjian, jangan kamu mengkhianati harta rampasan perang, jangan kamu rosakkan mayat, jangan kamu bunuh kanak-kanak dan ahli-ahli rumah ibadat”. (Riwayat Ahmad, kata Ahmad Muhammad Syakir: “Sanad hadith ini hasan”).

Nilai pejuang rakyat itu apabila dia dapat mendisiplinkan dirinya dan menghiasi diri dengan budi dan sopan yang menyebabkan rakyat menjadikan ikutan. Justeru, kawalan diri sekalipun di hadapan musuh yang hendak membunuh antara nilai peradaban yang diajar oleh Islam.

Lihatlah apa yang Allah tegaskan kepada orang Islam yang berperang dengan musuh-musuh yang menyerang dan ingin membunuh mereka: (maksudnya):
“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas”.(Surah al-Baqarah 190).

Apakah politik ini lebih buruk dari medan perang darah sehingga kita hendak berlebih-lebih dalam perangai dan budi. Kita jangan lupa apa yang Nabi s.a.w bersabda:
“Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Orang politik lupa, pengikut yang ‘kurang ajar’ dan tidak beradab itu hari ini mereka biadap dengan musuh politik mereka, esok kebiadapan itu akan dihalakan pula kepada orang yang disokong pada hari ini.

Piawaian

Paling masalah apabila setiap pihak cuba bertindak membalas keburukan dengan keburukan. Jika kita berikan nasihat ‘mengapa awak londeh seluar dan tunjuk kemaluan kepada gambar pemimpin tertentu’, maka akan ada yang menjawab ‘mereka lagi teruk, ada macam-macam lagi yang mereka pun buat’.

Demikianlah puak-puak politik itu saling menghalalkan tindakan masing-masing atas nama keburukan lawan mereka. Apa yang pelik dalam masa yang sama masing-masing mendakwa mereka lebih baik dari lawan mereka.

Malangnya, apabila tiba masalah budi perangai, masing-masing memakai piawai yang setaraf dengan pihak lawan ataupun lebih teruk. Itu belum lagi datang ‘geng agama’ parti masing-masing yang akan mengeluarkan dalil untuk menghalalkan perangai buruk anggota dan penyokong masing-masing. Dalil agama dibaca bukan mengikuti kehendak Tuhan, tetapi kehendak parti!

Ustaz Muda

Apatah lagi jika ada pula ulama atau ustaz muda mana-mana parti yang baru kenal politik sehari dua, dan mungkin ghairah hendak menjadi calon maka segala dalil dibawa, segala sirah salafussoleh dibaca seakan-akan yang dipertahankan itu Abu Bakar al-Siddiq dan ‘Umar bin al-Khattab.

Dalil-dalil agama dipermainkan untuk kepentingan politik masing-masing. Apa yang terkena pada orang lain dibaca secara terang, yang terkena diri sendiri ditakwil dengan sejuta penafsiran. Jika parti lawan berkumpul untuk bantahan maka mereka namakan tunjuk perasaan dan dihukum haram. Kononnya, bukan amalan salafussoleh. Jika geng parti sendiri berkumpul dinamakan menyuarakan pendirian, hukumnya halal. Dimasukkan dalam amar makruf dan nahy munkar.

Maka perhimpunan di KL oleh parti lawan sibuk diharamkan dengan segala fatwa, tetapi di Jeli dan Gua Musang oleh parti sendiri didiamkan. Jika pemimpin kerajaan parti lain yang buat silap, ditegur dalam media dan ditulis surat terbuka. Namun jika pemimpin kerajaan parti sendiri buat salah, difatwakan haram bercakap kesalahan pemimpin di khalayak ramai, kena berbisik di telinga mereka.

Dalil-dalil agama dan nama salafussoleh dikhianati atas kedangkalan pengetahuan, ataupun kepentingan politik ‘orang muda agama’. Maka tidak pelik jika Allah menyifatkan golongan ulama yang menjual agamanya seperti anjing. Firman Allah:

“Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-’Araf: 175-176).
Sumber : petikan dari blog drmaza.com

Friday, 24 August 2012

ISU NASHA !!! PAS AKAN BINCANG




Ketua penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata isu mengenai kenyataan bekas timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa mungkin akan dibincangkan secara sepintas lalu dalam mesyuarat Biro Politik parti itu esok.

Bagaimanapun, fokus utama mesyuarat itu adalah untuk membincangkan mengenai isu politik dan persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, katanya.

''Esok mesyuarat politik dan akan bincangkan isu melibatkan soal politik, pilihan raya umum. Isu Nasha mungkin (dibincangkan) sepintas lalu sahaja.

''Dia bukan lagi dalam AJK (jawatankuasa PAS pusat). Dia dalam masjlis syura dan mesyuarat kita tidak akan fokus untuk dia," kata Tuan Ibrahim ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada mesyuarat tersebut akan membuat apa-apa ketetapan mengenai MP Bachok tersebut, yang sebelum ini mencadangkan agar parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat jika DAP menentang hukum hudud.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika diminta penjelaskan lanjut mengenai perkara itu juga menyatakan perkara sama.

"Tak ada yang khusus mengenai Nasha," katanya dalam kiriman SMS kepada Malaysiakini.

Isu mengenai perbincangan tersebut ditimbulkan oleh timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yang berkata isu Nasharuddin mungkin akan menjadi salah satu agenda dalam mesyuarat biro berkenaan.

Friday, 17 August 2012

VIDEO !!! UCAPAN RAYA KE UCAPAN POLITIK NURUL IZZAH ??



Kesian.. buta mata ka buta hati? semua hal pun mau politik.. bukan main lagi graduasi topi segiempat...keadilan bersuara!! Hak bersuara suami telah dinafikan? Nak ucapan raya ke nak mengutuk?

Friday, 27 July 2012

LAGI PEMINAT SELAR TINDAKAN ABBY !!!


PETALING JAYA: Tindakan pelakon Abby Abadi yang mendakwa artis bertudung sepertinya hanya akan mendapat tempat dalam industri hiburan apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang dalam pilihan raya umum akan datang mengundang reaksi negatif daripada kalangan peminat.

Mereka berpendapat, kenyataan Abby yang baru “berhijrah” itu sebagai cetek pengetahuan selain tiada kewajaran untuk dia mencampuradukkan urusan agama dengan politik sekiranya mahu bergelar Muslim sejati.

Komen pembaca yang disiarkan oleh portal rotikaya.com antara lain meminta pelakon Gerak Khas itu supaya berhati-hati ketika memberi kenyataan terutama yang berkaitan agama walaupun penghijrahan yang dilakukannya itu adalah langkah yang baik.

Peminat pelakon itu, Suzana Salleh turut meminta Abby supaya tidak taksub dengan politik kerana agama Islam itu bukanlah parti PAS yang disertainya sekarang.

Artikel mengenai Abby yang disiarkan The Malaysia Insider pada Rabu lalu.
“Jangan terlalu taksub dengan politik. Jika ikutkan, orang perempuan langsung tidak boleh terlibat dalam lakonan apatah lagi nyanyian,” katanya.

Raihan Rizal pula menasihati pelakon itu supaya memberi tumpuan kepada anak-anak dan keluarga kerana apa dibimbangkan langkahnya melibatkan diri dalam politik akan menyebabkan dia hanyut dalam fantasi sendiri.

Malah pelakon itu juga diminta untuk mencontohi pengacara Wardina yang berjaya mendidik anak dengan ilmu agama yang cukup sehingga mampu menghafal surah tertentu dalam al-Quran.

“Saya rasa lebih baik akak fokuskan kepada anak-anak dan keluarga sebelum akak lebih jauh hanyut dalam fantasi akak sendiri. Jangan akak sibuk dengan politik, anak-anak terabai. Ingat, matlamat tidak boleh menghalalkan cara,” katanya.
Antara komen yang dibuat oleh peminat Abby mengenai kelantangan pelakon itu.
Leylazulaikha pula berpendapat, ramai artis yang bertudung tetapi mereka masih mendapat tempat ketika kerajaan ketika ini memerintah tanpa dinafikan hak masing-masing.

Malah tindakan Abby untuk menyertai mana-aman parti politik adalah hak peribadinya tetapi pelakon itu haruslah tidak memberi kenyataan yang menunjukkan kelemahan dirinya sendiri.

“Berapa ramai artis bertudung yang masih ada dalam industri? masih boleh bebas berkarya? Ada kerajaan sekarang sekat?

“Sebelum salahkan kerajaan sekarang, salahkan orang dalam industri sendiri. sebab mereka itu yang meletakkan halangan ke atas artis yg mula berhijrah,” katanya.

Dalam pada itu Feewit Fuyoo pula menjelaskan, terdapat kebenaran apabila seseorang artis itu melakukan penghijrahan, ruang kreatifnya menjadi sempit tetapi sikap tuduh menuduh dan mengata keburukan orang adalah sesuatu yang dilarang oleh agama Islam.

“Pastinya sebelum ini segala hasil yang diperoleh melalui orang atau pemerintah yang dicerca malah rasanya penghijrahan (Abby) sekarang ini pun rasanya sedikit sebanyak menggunakan hasil kerajaan yang di cerca,” katanya.


Menerusi portal The Malaysia Insider pada Rabu lalu, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan mendakwa artis yang berhijrah seperti beliau hanya akan mempunyai pekerjaan sekiranya kerajaan yang sedia ada tidak lagi memerintah.

Dalam artikel yang bertajuk "Abby Abadi: Muslim artistes will work only after Pakatan takes power" (Abby Abadi: Artis Muslim Akan Bekerja Selepas Pakatan Ambil Alih Kuasa), pelakon tersebut antara lain mendakwa ruang individu sepertinya untuk berkarya menjadi sempit dan beliau mengharapkan golongan artis yang berhijrah dapat setia bersama PAS jika mahu melihat perubahan. - mStar

Thursday, 26 July 2012

APA YANG DIA BUAT, TERPULANG PADA DIA - AC MIZAL

Umum mengetahui tentang kemelut yang melanda antara pelakon Abby Abadi dengan pengacara, Dato’ AC Mizal yang hangat diperkatakan lebih seminggu yang lalu. Semuanya bermula apabila video ucapan Abby di sebuah perhimpunan bagi menuntut pembebasan tahanan ISA tersebar sehingga membuatkan Dato’ AC mencabar pelakon Gerak Khas itu berdebat secara terbuka atas kutukan beliau terhadap PDRM.

Berpeluang bertemu dengan pengacara Maharaja Lawak Astro ini di Bazaar Ramadhan Bukit Jalil, petang semalam dan kesempatan ini digunakan untuk bertanyakan kepada Dato’ AC mengenai isu yang timbul.

“Bagi saya, fahaman politik itu terpulang kepada diri masing-masing, tapi sensitiviti itu perlu ada. Saya hanya terasa hati dengan apa yang dia cakap sebab saya anak polis. Ahli keluarga saya ramai yang jadi polis. Saya hanya kecewa sebab dia kutuk polis, sebab saya keluarga polis, itu saja,” ujar Dato’ AC mengulas mengenai isu tersebut.

“Saya dah minta nasihat orang-orang tertentu mengenai isu ini, jadi biarkan sajalah. Biarkan dia dengan ketidakpuasan hatinya itu. Bagi saya, kebijaksanaan kadang-kadang bukan datang dari akal, tapi dari perasaan. Akal dan mulut kadang-kadang tak dapat dikawal.

“Mungkin apa yang dia cakap tak kena pada batang hidung sendiri dan terkena pada sekumpulan orang. Bagi saya, kita tak boleh cakap dalam satu kumpulan itu semuanya jahat dan atas dasar itu saya dinasihat untuk biarkan saja apa yang Abby nak cakap.

“Saya juga tidak ada hak untuk mengatakan dia betul atau tidak, tapi saya percaya Islam ini ada Rukun Iman dan Rukun Islam. Bagi saya politik hanya fahaman, politik bukan agama. Apa yang dia buat, jika dia rasa dia betul, terpulang pada dia. Saya hanya doakan dia sentiasa selamat dan sejahtera.”

Ditanya tidakkah mereka mahu bermaaf-maafan memandangkan bulan Ramadhan ini bulan yang mulia, Dato’ AC menjawab, “Dia pun tak buat salah pada saya, cuma saya saja yang terasa hati dengan kenyataan dia. Bagi saya, tak perlu maaf-bermaafan. Hanya nasihat saya, berjaga-jaga sajalah, sebab setiap tindakan itu mesti ada balasan dan kesannya. Jangan hanya ambil tindakan tanpa memikir kesannya,” ujar Dato’ AC mengakhiri perbualan.

Sumber

Friday, 6 July 2012

NIK AZIZ DAN PERMAINAN POLITIKNYA !!!



Kebanyakan akhbar, blog dan media  mengutip perjalanan politik Nik Aziz. Katanya dan 'fatwa' Nik Aziz turut dipaparkan dan diulas oleh banyak pihak. Penyokong Pas yang taksub sudah pasti menyokong secara membabi buta apa sahaja yang diperkatakan oleh Nik Aziz, semuanya baik. Diatas permainan politik Nik Aziz yang selalu berdolak dalik, sekejap nak sekejap tak nak. Tiba-tiba boleh, tetiba tak boleh. Pelik sangat2 dengan permainan politik Nik Aziz ni sehinggakan rakyat Kelantan jadi 'bengong kelu' dengan sesetengah tindak tanduk yang tidak terjangka oleh akal fikiran.

Kumpulan yang penting dalam membahas isu Nik Aziz ialah kumpulan atas pagar yang terdiri dari golongan pertengahan umur dan remaja. Mereka ini menerima kepimpinan Nik Aziz dengan berfakta dan menilai dengan akal yang waras. Setiap hujah Nik Aziz dinilai dengan penuh akademik sesuai dengan penampilan Nik Aziz yang kononnya pemimpin berilmu dan digelar ulamak.

Pada satu masa tindakan Nik Aziz yang bukan sahaja berkeras menolak kerjasama dengan sesama Islam -Umno- malah mengeluarkan kata-kata 'pergi jahanamlah Umno itu sejajar dengan Quran dan hadith atau disokong oleh fakta yang kukuh?


Apa yang jelas sebagai pemimpin dan ahli potitik Nik Aziz cuba menunjulkan dia lebih hebat dari Hj. Hadi. Sebagai ulamak dia cuba menjadikan dirinya 'soho' dan sempurna. Sebab itulah setiap kali fatwa yang dikeluarkan walaupun bercangah dari hukum Islam tapi mendapat kredit politik peribadi serta sokongan 'gila' dari para penyokong. Tambahan pula akhir2 ini  beberapa orang artis telah menyertai Pas. Kehulu kehilir para artis2 di bawa ke majlis ceramah mereka.

Sejak dari dulu lagi Nik Aziz lebih popular dari Hj. Hadi ,sekarang gara-gara strategi politik yang digunakan oleh beliau iaitu Parti Pas mengatasi Islam. Strategi meletakkan Pas mengatasi Islam. Politik Nik Aziz berjaya menyakinkan Dap bahawa Pas untuk semua sesuai untuk msayarakat majmuk dan berbagai agama masa kini. Apa sahaja fatwa yang dikeluarkan oleh Nik Aziz semenjak dulu sampai sekarang, beliau berjaya meletak Pas mengatasi Islam. 




 pT melihat penyokong Pas begitu taksub kepada Nik Aziz mengatasi Islam, walaupun hujah Nik Aziz bertentangan dengan Islam. Nik Aziz memang patut dilupakan oleh Pas bukan sahaja kerana beliau gagal membawa perpaduan dalam partinya sendiri tetapi juga tidak pernah ikhlas menjayakan perpaduan ummah. Jika Nik Aziz berterusan dengan meletakkan Pas mengatasi Islam maka, Nik Aziz adalah seorang penglipurlara politik murahan.

pT
Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

Thursday, 5 July 2012

HEBAT BETUL !!! RAMAI UMAT ISLAM TOLAK AGAMA - 'USTAZAH' ABBY


Cerita pelakon Abby Abadi menyertai parti Pas sudah lama heboh sejak keputusannya berhijrah. Tambahan pula, dia sering dilihat berada di kebanyakan ceramah anjuran Pas.

Bagaimanapun, Abby sebelum ini pernah menafi kan hal itu dan mengakui tidak berminat untuk melibatkan diri dengan mana-mana parti politik.

Namun sejak kebelakangan ini, Abby dilihat banyak mengeluarkan status yang menjurus kepada keagamaan. Tidak terkecuali mengenai perihal Pas.

Petikan dari sebuah akhbar dan apa yang diperkatakan oleh ustazah Abby begitu memeranjatkan banyak pihak. 



Begitu  berat tuduhan Abby Abadi terhadap ummat Islam. Baru saja beberapa bulan 'berhijrah' sudah mula mempertikaikan keIslaman org lain. Seolah2 keIslaman sudah sempurna dgn menyertai parti politik yg sebenarnya mempergunakan Islam demi kepentingan kuasa.

pT
Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

Tuesday, 3 July 2012

TERKINI !!! VIDEO - HAIRIE HANTU SUDAH LETAK JAWATAN



pT
Apapun masing-masing ada otak, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

Wednesday, 27 June 2012

WOOO !!! 'USTAZAH ABBY' JADI MANGSA KEGATALAN PAK LEBAI PAS






Tersenyum memanjang 'ustazah Abby' bila ramai pak lebai dan pak haji pas menghalakan lense kamera kearahnya. Jangan terperasan udahlah ustazah!!!
pT
Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

Sunday, 24 June 2012

HAIRIE SI ARTIS YANG ........ MASUK PAS???


Selepas Amy Search dan beberapa rakan artis menjadi ahli Barisan Nasional (BN) tidak lama dulu, kini tiba giliran Hairie Othman mengikut jejak langkah mereka.

Bezanya parti politik yang menjadi pilihan pelakon drama Waris itu ialah Pas. Penyertaan Hairie dan seorang lagi aktor, Zulkifly Ismail disahkan dalam Harakah Daily.

Kedua-dua pelakon itu akan menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu dalam satu program di Taman Melewar, Gombak 6 Julai.

pT
Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

Tuesday, 19 June 2012

KENAPA DAN MENGAPA LAJIN UKIN LETAK JAWATAN?

Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin telah meletak jawatan sebagai ketua Umno cawangan Kerambai Kebatu selepas pendedahan sebelum ini yang beliau tidak akan mempertahankan jawatan sebagai ketua Umno bahagian Beaufort.

Ini, menurut Sabah Times, telah diumumkan Lajim pada hari Sabtu ketika satu majlis menyambut harijadinya yang ke-57.

"Surat peletakan jawatan saya sebagai ketua cawangan Umno telah dihantar kepada setiausaha Umno bahagian Beaufort beberapa hari lalu," beliau dipetik sebagai berkata.

Lajim (kanan), yang merupakan timbalan menteri perumahan dan
kerajaan tempatan di peringkat persekutuan, adalah antara pemimpin Sabah yang dispekulasi akan melompat parti untuk menyertai PKR semasa lawatan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah Ahad lepas.

Lajim telah menafikan dakwaan tersebut selepas ia tidak menjadi kenyataan apabila penerbangan Anwar ke Kota Kinabalu tertangguh berikutan cuaca buruk, tetapi berkata "apa saja boleh berlaku".

Di majlis sambutan harijadinya itu, Lajim berkata terdapat desakan supaya beliau keluar Umno dan kerajaan, tetapi menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada tekanan itu.

Bagaimanapun, menurut Sabah Times, beliau mencabar BN dan kepimpinan Umno supaya memecatnya dan bahawa "rakyat Klias dan Beaufort telah bersedia" untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

"Siapakah mereka untuk menuntut saya berbuat demikian (meletak jawatan). Jika saya telah melakukan kesalahan, maka ia terpulang kepada parti dan kerajaan untuk memecat saya, lagi pun bukan mereka yang menentukan masa depan saya, tetapi penduduk kawasan pilihan raya ini," beliau dipetik sebagai berkata di hadapan kira-kira 5,000 penyokong di kediamannya di Kampung Kaundu Kebatu.

Bagaimanapun, ahli Parlimen Beaufort itu dilihat membayangkan bahawa beliau mungkin tidak lama terus berada dalam parti lama.

"Langkah pertama adalah untuk tidak mempertahankan kedudukan saya sebagai ketua bahagian, langkah kedua ialah untuk meletakkan jawatan sebagai ketua cawangan, apakah langkah ketiga, kita tunggu dan lihat," beliau dipetik sebagai berkata.

Pengumuman itu dibuat pada hari yang sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Sabah.- mK


pT
Semuga ALLAH memberi kekuatan dan petunjuk kepada YB Dato' dalam mengharungi liku-liku perjuangan.  Langkah ke3 yang di maksudkan oleh beliau, harap-harap janganlah jadi seperti Ibrahim Ali. Fikir-fikir dan renung-renungkanlah!!!

Sunday, 17 June 2012

BIAR BETUL !!! UNDI PAS DAPAT PAHALA?


Kedai kopi tempat pT bersarapan

Pada pagi Jumaat 15hb Jun 2012 pT bersama seoarng sahabat ke sebuah kedai kopi di sebuah kampung dalam DUN Chempaka untuk bersarapan pagi. Apa yang menarik untuk pT kongsikan bersama pembaca adalah tentang satu artikel berkaitan dengan parti Pas. Inilah salah satu gambar yang terdapat di dalam brochure tersebut.


Salah satu petikan yang di rakam di dalam brochure

pT bertanyakan dari mana browser ini diperolehi, beliau memberitahu brochure diambilnya dari masjid. Tambahnya lagi, brochure ni memang sengaja di letakkan untuk jemaah masjid. Banyak lagi artikel yang terdapat di dalam brochure tersebut, tetapi saya tertarik untuk merakamkan sekeping gambar seperti yang tertera di atas.


Betul ke ? "Undi Pas Dapat Pahala?" Tapi kalau kita berzikir, insy'Allah kita dapat pahala, salah satu pintu syurga dibuka untuk orang yang banyak mengingati Allah sama ada senang atau susah. Betul tak? Janganlah hidup kita suka menyesat orang lain. Fikir-fikir dan renung-renungkanlah!!!


Saturday, 16 June 2012

DAA BETUL KE MAJORITI GURU KELANTAN SOKONG BN?

BACHOK - Majoriti lebih 30,000 guru di Kelantan kini menyokong Barisan Nasional (BN) yang menjadi penanda aras bahawa parti komponen itu mampu merampas tampuk pemerintahan Kelantan daripada PAS pada pilihan raya umum kelak.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata golongan itu juga sanggup bekerja keras bagi memastikan BN kembali berkuasa.

"Mereka telah memberi keyakinan yang tinggi pada setiap program (Umno) yang diadakan sejak akhir-akhir ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Kesejahteraan Guru 1Malaysia di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) di sini.

Lebih 1,000 guru yang berpakaian merah menyertai perhimpunan itu, yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan Hussin Awang dan Pegawai PPD Bachok Saufi Abdul majid.

Awang Adek, yang juga Timbalan Menteri Kewangan, berkata perspektif buruk sangka kaum guru terhadap kerajaan pusat kini sudah berubah apabila mereka benar-benar memahami dasar baru yang diperkenalkan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata guru mempunyai pengaruh besar di kalangan masyarakat dan mampu memperjelas dasar itu kepada penduduk dengan tepat supaya rakyat tidak mudah dipengaruhi pembangkang.

Sementara itu, Hussin ketika berucap berkata golongan guru tidak mempunyai sebab untuk tidak menyokong kerajaan sedia ada kerana kepentingan mereka sudah diambil kira, dan kesemua janji kepada mereka ditunaikan.

"Ini termasuk peluang kenaikan pangkat yang lebih luas dan tawaran gaji yang lebih lumayan berbanding sebelum ini," katanya. - Bernama

pT
PRU12 dulu beliau pernah berkata semua  guru-guru Kelantan  sokong umno, at last..Umno kalah teruk. Jangan terlalu yakin Datuk sebab mengikut kajian secara rambang di sekolah, ramai di kalangan guru-guru sekolah samada rendah atau menengah menyokong parti pembakang. Apa pun persediaan untuk menghadapi dan meraih sokongan dari guru harus giat bukannya hanya bijak bercakap tapi..kemenangan milik orang lain. Fikir-fikir dan renung-renungkanlah!!!!

4 SOALAN YANG PAYAH UNTUK RAKYAT MALAYSIA



1.Kalau di takdirkan anda mempuyai anak gadis jelita tiba-tiba anda terpanggil atau mendapat seru untuk berjihad ke jalan Allah dan anda hanya ada pilihan untuk mengamanahkan untuk menjaga anak gadis anda kepada 5 hamba Allah dibawah ini semasa permergian anda, siapa kah pilihan anda ?

A)Mat Sabu
B)Jamaluddin Jarjis
C)Rais Yatim
D)Anwar Ibrahim
E)Najib Tun Razak

2.Siapakah Wanita Model pilihan anda

A)Sharizat
B)Dr Masitah
C)Wan Azizah
D)Rosmah Mansor
E)Rafidah Aziz

3.Kalau anda mempunyai perniagaan dan mahu memberi amanah untuk menjaga kewangan anda, Siapakah diantara calon yang berikut yang menjadi pilihan anda

A)Khir Toyo
B)Isa Samad
C)Husam Musa
D)Khairy Jamaluddin
E)Shafie Apdal

4.Diantara muka-muka bukan Islam dibawah ini, muka yang mana boleh dipercayai untuk bekerjasama dengan Islam

A)Karpal Singh
B)Kayveas
C)Chua Soi Lek
D)Lim Guan Eng
E)Koh Tsu Koon

pT

Sila kemukakan jawapan anda dan nilai sendiri penilaian yang anda berikan selamat menjawab..jangan ada dusta di hati....fikir-fikir dan renung-renungkanlah!!!!





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive